Chapter 10

Romance Completed 32926

"Ini apartment saya. 3 bilik tidur, 1 bilik stor, 1 bilik untuk ampaian ngan mesin basuh, 2 bilik air, 1 dalam bilik saya, 1 luar bilik, pastu ade dapur, ruang tamu. Bilik saya master room. Awak cakap awak nak tido bilik asing-asing kan? Saya ada dua bilik tetamu, satu depan bilik saya, satu lagi tepi bilik stor. Better awak gunakan yang depan bilik saya sebab lagi sebuah tu selalu Mama ngan Papa guna. But, frankly, that room has its own story, that's why I never use that room. Beware." Fareez tersenyum nakal. +

Mereka baru sahaja selesai memindahkan barangan ke dalam rumah Fareez yang berada di tingkat 7.

"Ha'a, betul la tu. Awak ingat saya ni penakut ke?" Fina berkata.

"Terserah lah awak nak caya ke tak. Saya dah pesan," Fareez mengangkat bahu. Fina tidak mengendahkan kata-kata Fareez.

"Takpe la. Saya nak kemas bilik dulu," Fina bergerak ke bilik yang dimaksudkan.

Bilik tersebut sederhana besar. Mungkin kecil sedikit daripada master room. Terdapat sebuah katil bersaiz queen di tepi dinding. Kemudian terdapat sebuah meja tulis dan satu rak buku bersaiz besar di tepi tingkap. Terdapat sebuah almari pakaian bersaiz besar bersebelahan dengan meja solek. Fina sangat berpuas hati melihat keadaan biliknya. Semua kemudahan lengkap tersusun.

"Awak, vacuum kat mane?" Fina bertanyakan Fareez yang sedang menonton televisyen.

Fina sudah selesai menukar pakaiannya, dia berseluar ketat hitam paras lutut dan berbaju baby tee putih. Dia memang biasanya berpakaian begitu apabila berada di rumah Ica dan Syida. Di rumah keluarganya, dia tidak berani berpakaian begitu disebabkan terdapat pembantu rumah dan tukang kebun. Namun, jika sekadar berduaan dengan Fareez, dia rasa tidak salah berpakaian begitu.

'Bukannya Fareez ada perasaan pun kat aku,' telahnya.

"Awak tengok dalam bilik stor hujung tu. Ada la tu," Fareez menjawab tanpa memandangnya. Khusyuk sahaja matanya menonton televisyen.

Fina bergerak menuju ke bilik stor tersebut. Dia tercari-cari vacuum yang dimaksudkan. Suasana bilik stor yang gelap menyukarkan pandangannya. Suiz lampu tidak kelihatan. Akhirnya dia ternampak vacuum di belakang pintu. Dia menarik vacuum tersebut keluar, sebelum dia merasakan ada rambut pada batang vacuum tersebut.

'Ish, berapa lama la dia tak gunakan vacuum ni?'

"Fina, jumpa tak?" Fareez bertanya apabila tidak mendengarkan sebarang bunyi daripada gadis tersebut. Dia bergerak ke arah bilik stor.

Fina yang ketika itu sedang mengangkat vacuum tersebut keluar, terkejut apabila merasakan rambut tersebut bergerak-gerak.

"Arghhh!!!" Fina terjerit. Fareez pantas bergerak ke arah Fina.

"Fina! Awak kenapa?" Fareez terkejut mendengar jeritan Fina. Fina terus bersembunyi di belakang Fareez tanpa sedar.

"Awak...throw those things away! I hate them!"

Fareez merasakan tangan Fina yang sudah menggeletar pada lengannya. Kelihatan beberapa ekor lipas sedang berjalan pada batang vacuum. Fareez tertawa besar.

"Oh, lipas? Saya ingatkan apa." Tawa Fareez masih belum hilang.

"It's not funny at all! How could those things be in the store?" Fina merengus geram. Badannya masih menggeletar.

"It's normal la. Dah nama pun stor, biasa la tu."

Fareez mengambil Ridsects yang berada di luar bilik stor, lalu menyemburkannya ke arah lipas-lipas tersebut. Sekejap sahaja, lipas-lipas tersebut mulai bergerak perlahan dan kemudiannya berhenti bergerak.

"See? Everything gonna be okay," Fareez berkata. +

Fina masih memegang lengan Fareez. Lelaki tersebut mengalihkan pandangannya ke arah Fina. Dia yang terperasankan tangannya yang berpaut kejap pada lengan Fareez pantas melepaskan rangkulannya. Wajahnya sudah merona merah.

"Thanks," Fina berkata perlahan, kemudian menyambung, "Tapi, memang dah takde lipas ke dekat vacuum tu?"

Fareez mengambil vacuum tersebut dan memeriksanya. "Takde dah. Selamat," Fareez menyerahkan vacuum kepada Fina.

Fina mengambil vacuum tersebut berserta Ridsect, kemudian berpesan kepada Fareez,"Make sure you get rid of those cockroaches."

Wajah Fareez langsung tidak dipandang. Perasaan malunya menebal. Fareez sekadar tersengih.

Jam sudah menunjukkan pukul 8. Fina hampir selesai mengemaskan biliknya. Dia sememangnya mahir dalam menyesuaikan susun atur dan warna supaya kelihatan menarik. Fina tersenyum puas apabila melihat biliknya kelihatan seperti bilik untuk belajar. +

Sebaik sahaja dia terdengar bunyi pintu diketuk, kakinya bergerak pantas ke arah pintu. Kelihatan wajah Fareez di muka pintu.

"Awak, saya nak keluar beli makanan ni. Awak nak makan ape?"

"Awak tolong belikan roti potong dengan tuna tin."

"Itu je?"

"Yup, itu je la."

Fareez menganggukkan kepalanya lalu berjalan pergi. Kemudian, kedengaran pintu rumah dikunci dari luar. Fina berjalan ke dapur dan mula memeriksa apa yang ada di dapur. Peti sejuk dibuka. Terdapat beberapa biji telur dan beberapa botol air kosong sejuk.

"Ini je yang ada? Apa yang dia makan selama ni? Takde stok langsung?" Fina menggelengkan kepalanya.

Kemudian dia bergerak ke almari dapur. Terdapat beberapa bungkus biskut dan stok mi segera. Gadis itu tersenyum, "Doktor ni makan megi juga, ek?"

Kebanyakan barangan yang dijumpanya sama ada bungkusan kosong, makanan yang telah tamat tempoh, ataupun botol-botol kosong.

"Okay, aku faham yang ini bekas rumah 'bujang', but still! Aduh, mana plastik sampah?" Fina menggumam, lalu mula membuka setiap laci. Di tangannya sudah tersedia penyembur lipas.

Hampir setengah jam kemudian, Fina selesai mengemaskan dapur. Entah berapa ekor lipas yang disemburnya sambil terjerit-jerit pun dia tak tahu. Habis semua lipas dimasukkan ke dalam beg plastik sampah hitam. Kedengaran bunyi pintu rumah dibuka.

"Awak buat apa Fina?" Fareez bertanya apabila melihat Fina yang sedang memegang penyembur lipas di tangannya.

"Mengemas tongkang pecah," Fina tersenyum memerli.

"Oh, dah siap?" Fareez bertanya selamba.

"Dah selesai. Better awak makan dekat ruang tamu ek? Dapur ni dalam proses menyahkan lipas." Fina mengelap peluh di dahinya.

'Boleh tahan letih rupanya kemas dapur ni.'

"Nie saya belikan roti ngan tuna."

"Letak dulu kat meja makan. Itu untuk sarapan esok. Awak, tempat buang sampah kat mane?"

"Kat tingkat bawah sekali, kenapa?"

"Saya nak buang sampah ni. Boleh tahan banyak sampah kat tongkang pecah ni."

"Awak nak turun macam tu ke?" Fareez memandangnya dari atas ke bawah.

"Hey mister, saya nak salin baju la. Awak ingat saya ni takde etika berpakaian ke?" Fina bergerak ke biliknya.

'Dia ingat aku ni ape? Takkan aku nak pakai macam ni kot.'

Fina menyarungkan seluar tracksuit panjangnya dan memakai sweater. Kepalanya disangkutkan topi. Lalu Fina bergerak ke ruang tamu.

"Tingkat bawah sekali kan?" Fina bertanya lalu dia mengangkat beg plastik sampah tersebut.

"Awak nak turun betul ke?" Fareez bertanya hairan.

"Iya la. Dalam plastik ni, ada lipas yang boleh tahan banyak saya jumpa masa mengemas tadi. Dan saya tak boleh tido selagi saya teringat pasal lipas ni, okay?"

Fina bergerak ke pintu. Tiba-tiba dia merasakan tangannya ditarik. Fina mengalihkan pandangan ke arah Fareez.

"Biar saya bawa turun."

"Hah? Ala, takde ape la. Saya boleh je bawak turun. Saya berpakaian ikut etika, okay?" Fina menolak.

"That's not what I mean. It's okay, I'll bring it out," Fareez pantas menarik beg plastik sampah dari Fina dan bergerak keluar meninggalkan gadis tersebut yang sudah terpinga-pinga.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Fina yang sedang khusyuk menaip thesisnya sesudah menunaikan solat Subuh tersedar. Pantas dia bergerak keluar untuk menyediakan sarapan. +

Sementara menunggu air yang dimasak mendidih, Fina bergerak ke bilik Fareez. Pintu biliknya diketuk, namun tiada balasan. Fina membuka pintu bilik tersebut yang tidak berkunci. Bilik tersebut dalam keadaan kemas dan tersusun. Dia terdengar bunyi air pancuran dari bilik air.

'Oh, tengah mandi.'

Fina kembali ke dapur dan mula menyediakan sarapan. Mujurlah dia teringat untuk membawa bekas makanan dan peralatan dapur. Jika tidak, alamatnya kena balik lagi lah rumah ibu bapanya. Peralatan dapur yang sangat asas sahaja yang ada di rumah tersebut.

Fina mula menyediakan sandwich tuna bakar dan air milo. Hanya itu sahaja yang ada, hendak goreng telur, minyak pun tiada. Selesai menghidangkan sarapan, Fina membuka televisyen sementara menunggu Fareez.

"Hurm, sarapan dah siap?" kelihatan Fareez sudah berada di meja makan. Fina turut bergerak ke meja makan.

"Hari ni saya ingat nak keluar, nak beli kelengkapan dapur. Takde langsung bahan untuk saya masak."

"Kita keluar sekali la japgi."

"Tak perlu la. Actually saya dah ajak Ica ngan Syida temankan. So, saya drive sendiri la jap lagi."

Mujurlah mereka menaiki kereta masing-masing ketika datang ke apartment Fareez kelmarin, jika tidak, alamatnya dia pergi naik teksi sajalah.

"Awak takut terjumpa ngan kengkawan awak yang lain ke kalau keluar dengan saya?" Fareez serkap jarang.

"That might be the case. But, well, awak berminat ke nak beli barangan dapur?" Fareez terdiam seketika, cuba meletakkan dirinya dalam situasi tersebut.

"Okay, you win. Awak kenal ke jalan-jalan area ni?"

"Small matter." Fina tersengih.

"Ica, Syida. Mane korang? Aku dah sampai mall ni." Fina tercari-cari kelibat mereka. Fina berskirt labuh hitam berblaus hijau. +

"Kitorang kat pintu masuk ni." Ica menjawab. Fina ternampak kelibat Ica dan Syida yang sedang tersengih sebaik sahaja dia tiba di pintu masuk.

"Fina, miss kau gila la." Syida memeluknya.

"Mengada kau kan? Baru sehari tak jumpa dah rindu." +

"Iya la Fina, kau dah jadi isteri orang kan. Feeling tu lain sikit."

"Tak perlu kuat sangat ye? Kalau kantoi, nahas kau." Fina menunjukkan isyarat diam.

"Okay, okay, tapi kenape kau nak datang ngan kitorang? Fareez camne?"

"Nape ngan dia? Kau nak aku datang ngan dia? Kalau orang nampak camne? No thanks. Dekat rumah je aku kenal die, okay? Kat luar, aku akan elakkan sebaik mungkin."

"Nak pula dia ikut cakap kau?" Ica bertanya hairan.

"Ala kau ni. Kitorang kawin bukan atas dasar cinta, dia takde perasaan kat aku, dan aku pun sama. So, biar je la."

"Tapi rasa macam mana ek kawin dengan lelaki beza 6 tahun?" Syida pula bertanya.

"Tak rasa pape la. Frankly, kalau kau tengok dia, nampak macam dia umur tu tak? Tak... kan? Kadang-kadang aku rasa dia sebaya je wei."

"Iye ke? Tak pe la macam tu. Ini yang kau ajak kitorang keluar sekali ni, kau nak beli apa?"

"Banyak benda la. By the way, dia dah bagi duit untuk barang dapur, so aku akan pastikan semuanya aku beli. Korang tau tak, makanan yang ada kat rumah tu cuma minuman bancuhan, mi segera ngan biskut. Telur ada la beberapa biji tapi minyak tarak langsung, ngan gula yang dah nak habis. Aku nak masak pun takde apa wei. Pastu tadi aku dapat brochure, ada jualan murah kan? So, aku nak membeli gila-gila punya. Okay, jom." Fina mengajak mereka.

"Banyak gila barang kau beli." Syida berkata. Fina tersengih. +

'Memang banyak la. Dah macam baru masuk rumah baru la sebab memang takde apa kat rumah Fareez tu.'

"Camna? Korang nak datang tak rumah aku?" Fina bertanyakan mereka.

"Tak pe lah. Kau kata Fareez ade kan? Tak manis lak kalau kitorang pegi." Ica menolak.

"La, datang je la. Apa yang tak manisnya? Bukannya aku takde." Fina memandangnya hairan.

"Takpe la Fina. Banyak lagi masa kan? Nanti-nantilah," Syida pula menolak.

'Bagi chance la pengantin baru nak berdua-duaan.'

"Terserahlah kat korang. Pape pun, thanks la tolong aku memborong. Kalau aku sorang je, tak tau la berape lama baru nak selesai."

"Takde ape la." Selesai berpelukan, Fina memandu keretanya pulang.

"Hello. Awak, tolong turun jap. Barang banyak la," Fina memberitahu Fareez. Mujurlah dia sudah menyimpan nombor Fareez. +

Beberapa minit kemudian, Fareez tiba di keretanya. Mereka mula mengangkat barangan yang dibeli Fina.

"Banyak betul barang awak beli," Fareez berkata setibanya mereka di rumah.

"Mestilah banyak. Ape pun takde saya nak masak. Beras pun awak takde, memang pelik la. Selama ni awak makan ape?" Fina bertanya hairan.

'Mujurlah tong beras ada, kalau tak dengan tong sekali kena beli.'

"Kan banyak kedai makan area ni, saya makan kat situ je la." Fareez menjawab.

"Oh, awak tak reti masak langsung?"

"Yang asas goreng-goreng saya pandai la." Fina mengangguk mengerti.

"Awak, tadi saya ada pusing-pusing kawasan ni tadi. Ada pasar basah dekat-dekat sini kan? Saya kena keluar lagi pagi esok. Bahan-bahan masakan macam sayur ngan lauk, saya beli esok la. Tadi, saya beli ikan ngan sayur sikit-sikit je."

"Okay. Awak keluar sorang je? Saya gi hospital esok pagi. Petang ni shift saya cancel."

"Ala, takde masalahnya saya keluar sorang. Dekat-dekat sini je pun." Fareez sekadar mengangguk. Fina mula menyusun atur barangan dapur yang dibelinya.

"Awak, makan." Fina yang baru selesai menghidangkan makan tengah hari memanggil Fareez. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Maklumlah, setibanya dia di rumah tadi pun hampir pukul 1. +

"Wah, sedapnye bau. Laparnya," ujar Fareez sebaik sahaja dia mengambil tempat di meja makan.

"Sorilah terlambat sediakan lunch hari ni." Fina menyendukkan nasi ke dalam pinggan Fareez.

"Berbaloi lambat makan pun kalau dapat makanan sedap." Fareez mula menjamu selera.

Fina sekadar menyediakan sambal tumis ikan bawal, ikan kembung masak kicap, telur dadar dan sayur campur goreng. Namun, Fareez kelihatan berselera menjamah hidangan makan tengah hari yang disediakan.

"Awak, mana pakaian yang dah pakai? Masukkan dalam mesin, japgi saya basuh." Fareez berpesan. +

"Hah? Nak campur ke?" Fina bertanya hairan.

"Habis tu? Rugi la kalau basuh pakaian asing-asing." Fareez menjawab.

"Oh, okay. Dah selesai nanti, awak gitau saya, saya sidaikan."

Fina bergerak ke biliknya selesai pakaian kotornya dimasukkan ke dalam mesin basuh, lalu mula melayari internet. Tugasan yang diterima sebelum cuti pertengahan semester memerlukannya untuk ke perpustakaan bagi mencari bahan rujukan. Namun perpustakaan kolej ditutup pada cuti pertengahan semester. Hendak ke perpustakaan awam, malas pula rasanya. Setelah hampir sejam dia khusyuk menaip tugasan, akhirnya matanya terlelap di meja belajarnya.

Fareez mengetuk pintu Fina, namun tiada jawapan. Mesin basuh sudah selesai menjalankan tugasnya. Fareez ingin mengingatkan Fina perihal pakaian yang perlu disidai.

Disebabkan tidak mendengar sebarang bunyi dari Fina, Fareez membuka pintu bilik tersebut yang tidak berkunci. Kelihatan Fina yang sudah terlelap di hadapan laptopnya. Fareez tersenyum, lalu berjalan pergi untuk menyidai pakaian. Tidak sampai hati pula untuk mengejutkan Fina yang sedang tidur.

Hampir sejam kemudian, Fina terjaga dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Fina terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. +

Sebaik sahaja dia teringatkan pakaian yang dibasuh sebentar tadi, pantas kakinya bergerak menuju ke ruang mesin basuh yang turut menempatkan ampaian. Merona merah mukanya apabila melihatkan semua pakaiannya sudah tersidai, termasuklah pakaian dalamnya.

Fina pantas bergerak ke ruang tamu. Kelihatan Fareez sedang menonton rancangan televisyen.

"Fareez, kenape awak sidaikan baju? Saya dah pesan, biar saya yang sidaikan." Fareez mengalihkan pandangannya ke arah Fina.

"Saya nak kejutkan awak, tapi awak tido tadi. Itu yang saya sidaikan, kenape?" Fareez menjawab selamba. Fina masih merona merah.

"Lain kali, biar saya yang uruskan bahagian pakaian. Awak jangan masuk langsung ruangan ampaian, tau?" Fina berpesan.

"Ala, relaks la. Saya dah biasa sidai pakaian perempuan masa kat rumah. Pakaian Mama ngan Lin pun saya selalu je sidai. Saya tak rasa ape-ape pun masa sidai baju awak tu, dan saya tak imagine pape pun, relaks la," Fareez menyakatnya. Fina terdiam mendengarkan kata-kata Fareez.

'Mamat ni memang cari nahas la. Sesedap mulut dia je cari pasal ngan aku.' Bibirnya diketap geram.

"Pape pun, lepas ni biar saya uruskan pakaian. Awak tak perlu pun, okay?" Fina terus bergerak ke biliknya.

'Rasa macam nak cekik-cekik saja tengkuk si Fareez tu.'

Fareez tersenyum. 'Ala, kalau aku tak sidai pakaian kau pun, macam la aku tak nampak.'

Dalam diam Fareez akui bahawa Fina sememangnya mempunyai lengkuk badan yang dicemburui mana-mana gadis. Pendek kata, memang sudah sempurna bentuk badannya yang juga tinggi lampai.

'Behave Fareez behave.' Kepalanya digeleng-gelengkan, mengusir bayangan gadis cantik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience