bab 14

Romance Completed 7617

"nabilah, encik khaliq ada dalam bilik dia?" soal safa perlahan.

"tiada. dia ada meeting. kenapa? nak hantar fail? letak je lah dekat sini." nabilah lihat safa sedang memegang fail.

"haah. tapi saya rasa nak letak sendirilah atas meja dia." kata safa sambil tersenyum.

"aik.. kenapa? tiba tiba je." kata nabilah pelik.

"takda apa. doakan yang baik baik k?" balas safa sambil tersenyum. "masuk eh?" soal safa.

"err.. masuklah. tapi jangan buat apa apa yang pelik. nanti dia menyinga baru tahu." kata nabilah. mereka ketawa.

"don't worrylah." balas safa sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu.

______________________
"nabilah." tegur khaliq.

nabilah memandang khaliq didepannya. aduhai.. dia tersenyum. handsomenya. haishh.. ingat boyfriend kau.

"awak ke yang letak fail atas meja saya?" soal khaliq.

gulp. alena dah buat apa ni? "err.. tak."

"habistu?" soal khaliq lagi. muka masih tenang.

"errr.. cik alena yang hantar fail tu sendiri." sorry el.

"ohh.. okay. terima kasih." kata khaliq sebelum masuk semula ke biliknya.

"aikk.. tu je?" soal nabilah. pada masa yang sama dia lega.

tetapi tidak sampai beberapa minit dia lihat safa ke arahnya.

"bos panggil?" soalnya.
"haah. mood okay?" soalan wajib kalau safa mahu masuk ke bilik khaliq.
"okay kot. tadi okay je senyum kat saya. handsome." balas nabilah sambil tersenyum.
safa ketawa sebelum mengetuk pintu bilik itu.

"duduk." arah khaliq bila lihat safa sudah berdiri dihadapannya.
safa mengikut arahan.
"awak yang bagi fail ni?" soal khaliq.
safa mengangguk.
"jadi awak terima?" soal khaliq lagi.
"terima apa? saya bagi encik untuk check." kata safa buat buat tidak tahu.
"safa alena." tegur khaliq geram.
safa ketawa. "kan saya dah bagitahu kat nota tu." ya. dia tulis sesuatu pada nota yang terdapat dalam fail itu.

"i hope by choosing you as my life partner is a wise choice. yes, i do." khaliq membaca apa yang ditulis oleh safa pada nota kecil itu. dia naikkan kening sebelah.

"hishhh.. tak payah lah baca balik. malu lah!" marah safa. mukanya sudah bertukar merah.

"safa!!!" tiba tiba dia menjerit kuat.
safa terkejut. dah kenapa ni?

"yeahh.. alhamdulillah. finally!" kata khaliq. dia sudah berdiri.

"hey.. khal. behave." kata safa. malunya.

"tak boleh behave. excited. 8 tahun akhirnya." luah khaliq lagi.

safa sudah ketawa. macam budak budaklah khal.

khaliq tiba tiba tersedar. over sangatlah pula. "ohh.. sorry atas apa yang berlaku tadi. over sangat pula." kata khaliq.

safa masih dengan sisa tawanya. "takpa takpa. awak memang dari dulu over."

khaliq malu. "tapi awak betul betul terimakan shaf?"

safa mengangguk perlahan.
khaliq tersenyum. "safa. kalini saya janji. saya takkan buat awak nangis lagi. takkan buat awak sakit lagi. kalau awak sakit sebab saya, awak amik kayu. pukul saya. saya pasti, sesakit sakit awak pukul saya tu, lagi sakit hati awak dengan apa yang saya dah buat. saya akan buktikan pilihan awak untuk pilih saya sebagai teman hidup awak adalah pilihan yang terbaik."

safa terdiam. terharu.
"okaylah. nanti saya bincang dengan family saya untuk merisik awak. mesti dia orang happy." kata khaliq. tidak sabar pula berjumpa dengan mama dan papanya.

tiba tiba takut pula apabila dengar tentang keluarga khaliq. takut dia jadi seperti mirza dahulu.
"relax shaf. dia orang okay. saya dah besar. bukan 16 tahun lagi." khaliq seperti dapat membaca fikiran safa.

safa tersenyum. "okay.. boleh saya keluar?" soal safa.

"keluar dari bilik ni boleh, tapi jangan keluar dari hati saya sudahlah." balas khaliq.

safa mencebik. sejak bila pandai guna ayat ayat manis ni? dia mula melangkah keluar.

"el. awak dah buat apa el?" soal nabilah.
"buat apa?" soal safa pula. senyuman masih terukir dibibir.
"dia jerit nama awak tadi. terkejut saya. tak pernah pernah dia buat perangai macam tu." kata nabilah.
"ohhh tu.. entah dia. saya pun terkejut. marah betul tu." terang safa.
"dia marah pun awak boleh senyum." kata nabilah pelik.
"sebab masa dia marah, dia nampak handsome." kata safa.
"saya tahu." terkejut mereka apabila terdengar suara khaliq.
khaliq sudah berdiri depan pintu biliknya.
"ehh bos." tegur nabilah gugup.
khaliq tersenyum. "safa. betulkan ni. ada yang salah. lain kali fokus." kata khaliq sambil menghulurkan fail di tangannya.

safa mengambil fail itu.
"dah buat kerja. tak habis habis gosip fasal saya." kata khaliq sebelum masuk semula ke dalam biliknya.
"nasib baik saya tak sakit jantung." kata nabilah.
mereka ketawa. safa mula tinggalkan tempat itu.

safa membelek fail itu untuk melihat kesalahannya. tiba tiba dia terjumpa satu nota.

'I love you darling. dan saya akan pastikan awak juga akan merasakan yang sama.'

safa tersenyum. khaliq dah tak takut dah. ahh.. rasa macam nak jatuh cinta balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience