bab 2

Romance Completed 7617

200X

"welcome back my friends.. SPM.. SPM." teriak safa sewaktu mereka memasuki kelas baru mereka.

"perlu ke kau nak jerit jerit macam tu? tak tahu malu eh kalau kelas sebelah dengar?" marah khaliq.

"suka hatilah. aku gembira lagi berapa bulan kita nak habis sekolah. sibuk je." balas safa.

"suara kau tu bising tahu tak? jagalah prestasi kelas akaun yang cemerlang ni." marah khaliq lagi.

"wey.. aku jerit je pun. tak kuat pun. aku tak tahu lah apa yang kau dengki sangat dengan aku ni." jelas safa. dia memang geram dengan lelaki yang kini sudah berada dihadapannya ini. kalau dia dapat cekik lelaki ni, memang dari dulu dia sudah cekik.

"dah diam. duduk tempat kau diam diam." balas khaliq selamba.

safa sudah menjelingnya tajam. "kesah apa aku kau jeling aku macam nak bunuh orang." kata khaliq perlahan.

"mirza.. aku geram betul dengan khal tu. dari tahun lepas, semua tak kena kat mata dia. kadang kadang aku duduk diam pun dia ada je nak kenakan aku." tahun ini dia duduk sebelah mirza. ingin tukar angin. dan melisa akan duduk disebelah sufiah iaitu di hadapannya.

"dia suka kau kot." balas mirza selamba.

"eee.. macam tu suka? tu namanya benci mirza." balas safa.

"kita tak tahu." kata mirza. dia ada jugalah perasaan cemburu. dia juga mahu khaliq melayannya seperti khaliq layan safa. walaupun memang kasar tapi ia lebih baik dari tak berbual lansung. dia mengeluh.

___________________
"baiklah. disebabkan keputusan akaun awak kurang memberangsangkan, saya nak tukar tempat duduk kamu semua. ni semua sebab kamu semua asyik bercakap masa saya sedang mengajar...." bebel cikgu zakiah.

masing masing hanya menadah telinga dan mampu menerima hakikat sahaja.

"pertama sekali saya hendak pecahkan kumpulan lelaki yang 4 orang ni. amik tempat kamu masing masing. satu kumpulan hanya seorang lelaki." maka 4 orang lelaki itu bangun dengan keadaan tidak bermaya.

"baiklah, sufiah kamu duduk sebelah khaliq." arahan cikgu zakiah.

sufiah sudah tersenyum dan lekas bergerak ke tempat duduk barunya.

"seterusnya, mirza kamu duduk dalam kumpulan raju." arah cikgu lagi. mirza memuncung sahaja kerana duduk bersama dengan raju adalah membosankan. lelaki itu hanya diam sahaja. hanya bercakap dengan pelajar lelaki sahaja.

"safa, kamu duduk dihadapan khaliq." kali ini muncung safa lagi panjang daripada muncung mirza. ini bagai satu cabaran untuk duduk dihadapan musuhnya.

"cikgu, boleh saya tukar tempat duduk dengan mirza?" soal safa. series, dia tak suka duduk dengan khaliq. kalau dia kena duduk depan khaliq sampai SPM, dia boleh kena darah tinggi gamaknya.

"tak boleh. ikut apa yang saya suruh." balas cikgu zakiah tenang.

safa mendengus perlahan. kaki dengan tidak relanya mula melangkah ke tempat duduk barunya. dia sudah nampak khaliq memandangnya. ahh.. aku tak suka apa yang dia akan cakap lepas ni.

"kau ingat aku suka duduk depan kau ke?" kata khaliq selamba.

see. aku dah agak dah. sabar safa. kata hati safa. "diam." itu sahaja yang mampu safa balas. takpa safa. kau mengalah kalini.

______________________
"safa. aku nak mintak tolong kau." kata khaliq.

"tolong apa?" balas safa. okay.. sekarang mood khaliq tengah baik. atau mungkin sebab cikgu tengah mengajar. ehh.. sekejap. mungkin ni pun salah satu perangkapnya.

"aku nak mintak tolong..."
"sekejap. cakap nanti. kau nak aku kena marah ngan..."
"safa alena. apa yang awak bualkan dengan khaliq tu. saya tengah mengajar ni. pandang papan putih." marah cikgu zakiah. dah agak dah.

safa menjeling khaliq. siap kau. tapi khaliq hanya senyum senget sahaja.

"okay.. saya nak awak semua buat latihan muka surat 40, 41 dan 42. soalan 1 hingga 6. yang masih kurang faham, boleh jumpa saya." arah cikgu zakiah.

nampaknya sufiah sudah kedepan. apa yang dia tidak faham. dia tinggalkan aku dengan pedengki ni kenapa. kata hati safa.

"safa, aku betul betul nak mintak tolong kau lah." terang khaliq. dia buat muka kesian.

ya Allah, kacaknya. ehh.. hell no. "kau nak mintak tolong apa?" aku baru sedar dia kacak ke? wey.. safa. jangan.

"kau tahu tak mirza dah hampir setahun tak tegur aku." kata safa.

"so? none of my bisness." jawab safa tenang.

"alaaaa... safa.. please..." khaliq merayu. matanya dikelip kelipkan.

ya Allah.. "kau nak kena tampar ke? ngada ngada sangat buat mata macam tu. cucuk kang." jawab safa tenang lagi.

"tolonglah aku." rengek khaliq lagi.

alaaa.. ni nak suruh aku pujuk mirza lah ni. nanti tak pasal pasal aku pulak kena marah ngan dia. "tak nak lah. nanti aku kena marah ngan dia." kata safa.

"kau jangan lah buat dia marah. kau guna cara paling halus." balas khaliq.

"tengok lah. tapi kalau aku kena marah, kau siap." kata safa geram.

"okay.." kata khaliq sambil kelip kelip mata lagi.

tapi tidak sempat safa membalasnya, sufiah duduk balik ketempatnya.

"khal, comelnya buat muka macam tu. buat lagi lah." kata sufiah.

okay.. awkward. safa dan khaliq masing masing diam. tetapi safa buat muka menyampah, khaliq pula tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience