bab 8

Romance Completed 7617

"hishh.. apahal kau buat hal ni. kenapa waktu ni juga sayangku." rungut safa. keretanya boleh pula rosak. sudahlah jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

"menyesal pula aku balik lambat. ni lagi sorang sayang aku ni. nak dekat seratus kali aku call tak reti nak jawab. kat mana je tu?" bebelnya pula.

tiba tiba bulu romanya naik. safa sudah telan air liur. dia merasakan ada seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. ya Allah.. selamatkanlah aku.

safa merasakan orang itu semakin dekat dengannya. tiba tiba bahunya disentuh.

"makkk.. jangan apa apakan aku!" jerit safa. tangannya sudah menggigil gigil.

"hey.. shaf. it's me. khal." tegur khaliq perlahan.

"lain kali bagi salam lah. ni main terjah je. kalau aku ada sakit jantung. mati kat sini. macam mana?" marah safa.

"hey.. relax." kata khaliq sambil ketawa.

relax otak kau! "encik buat apa kat sini?" soal safa. dia cuba untuk tenang.

"baru habis kerja. awak? dah pukul berapa ni. takkan baru balik." soal khaliq sambil merenung jam tangannya.

"kereta saya rosak. tak tahu kenapa." jelas safa.

"ooo.. kalau macam tu, saya hantar awak balik. tempat ni sunyi kalau malam malam macam ni. nanti saya call kawan saya untuk ambil kereta awak." kata khaliq.

"ahh.. takpa kot. saya call teksi." balas safa. jual mahal lah sikit.

"saya tak benarkan awak naik teksi. jom ikut saya." jawab khaliq lagi.

"saya tidak minta kebenaran awak pun encik khaliq. takpa. saya call teksi." safa sudah mahu keluarkan telefon bimbitnya.

"awak masih macam dulukan safa. kuat melawan. degil." kata khaliq. dia terus menarik pergelangan tangan safa untuk ikut dia.

"ehh.. okay okay.. fine. tunggu. saya amik bag kerja saya. lepaskan saya." sudah pandai memaksa pula eh dia ni.

"hah.. kan senang macam tu." khaliq sudah menyilangkan tangan ke dada.
safa sudah menjeling.

______________________
lagu faded daripada alan walker mula memadamkan kesunyian di dalam kereta itu.

safa menjeling telefonnya dan tanpa teragak agak mengangkat panggilan itu.

"hello ashraf. kenapa i call dari tadi you tak angkat?" soal safa perlahan.

khaliq sudah menjelingnya tajam.

"sayang.. sorry. i ada meeting tadi. ni baru settle. you ada apa call i tadi?" soal ashraf pula.

"meeting malam malam? oh okay nevermind. kereta i rosak. ingat nak suruh you amikkan." kata safa.

"alaa.. sayang. sorry i tak jawab you call tadi. so sekarang you kat mana? dah sampai rumah ke?" soal ashraf lagi.

"tak. masih dalam perjalanan. bos i hantar balik." sempat dia memandang khaliq yang sedang tertumpu pada pemanduannya.

"nasib baik bos you ada." balas ashraf.

"sayang.. esok boleh tak you amik i?" soal safa lembut.

"sorry lah sayang.. esok i ada meeting lagi pagi pagi. tak dapat nak amik you." balas ashraf.

"ooo.. kalau macam tu, takpa lah." safa sudah memuncungkan mulutnya. teksi lah esok.

"maaf ya sayang. okay lah. i tengah drive ni. take care. dah sampai rumah jangan lupa inform i. bye babe." kata ashraf lembut.

"okay bye." balas safa. dia tenung lama telefonnya.

"esok saya amik awak." kata khaliq.

"it's okay. cukuplah saya susahkan encik harini." jawab safa.

"awak tak pernah susahkan saya safa." balas khaliq lagi.

"takpa lah encik." jawab safa lagi.

"safa. please. don't call me encik. panggil saya macam dulu. khal."

safa hanya diam.
"awak dengar tak safa?" soal khaliq.
"dengar."

keadaan menjadi sunyi kembali. masing masing melayan perasan masing masing.

___________________
"terima kasih encik.. ahh.. khal." kata safa apabila sudah berada dihadapan rumah safa.

"okay.. sama sama. esok saya amik awak pukul 7:30 pagi." kata khaliq.

"apa apalah." degil.. lagipun rezeki juga orang nak tolong amikkan. nak suruh ayah hantar, tapi ayah jauh pula tempat kerjanya.

baru sahaja safa keluar dari kereta, ibunya sudah berada dihadapan rumah.

"shaf.. mana kamu pergi ni. dah pukul 10 dah ni. kenapa baru balik? mana kereta kamu? siapa kamu tumpang ni?" soalan bertalu talu daripada puan maria.

khaliq yang masih berada di dalam kereta mula keluar.

"Assalammualaikum cik.. saya khal." tegur khaliq mesra.

khal? macam pernah dengar. "waalaikumussalam." balas puan maria juga mesra. terus dia pandang anak perempuannya untuk penjelasan.

safa yang seolah olah faham. "kereta shaf rosak. tak boleh hidup. ni bos shaf. dia hantar balik. ashraf shaf call dia tak angkat." lengkap penjelasan daripada safa. safa pun satu, lupa pula dia mahu beritahu ibu bapanya tadi.

puan maria mengangguk. "ooo.. terima kasih encik khal hantar anak saya balik."
ucap puan maria.

"eh cik.. panggil khal je." khaliq tersenyum.

"nak jemput masuk dulu?" ajak puan maria.

"takpe lah cik. dah malam sangat ni. takut menganggu keluarga cik je." balas khaliq dengan sopan.

"yerlah kalau macam tu. terima kasih ya. hati hati memandu." senang pula dia dengan anak muda itu.

khaliq mengangguk dan tersenyum.

safa dan puan maria tunggu sehingga kereta khaliq benar benar sudah pergi.

"ibu pernah jumpa dia ke? muka macam kenal." soal puan maria.

"kawan lama shaf. sekolah menengah kat johor dulu. dia pernah datang juga rumah kita dulu." jelas safa.

"ooo.. patutlah. makin handsome budak tu." balas puan maria sambil tersenyum.

"hishh.. ada ada je ibu ni." jawab safa.

"betullah." puan maria ketawa pula. mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience