"Assalammualaikum" safa membuka kasutnya dan mula memasuki rumah.
ketika dia di lalu di ruang tamu, ayahnya sedang menonton televisyen.
"waalaikumussalam." sahut ayahnya.
"eh ayah.. tak kerja ke? harini hari apa? ni johorkan? ahad dah kerja." soal safa pelik. ayahnya ini rajin bekerja. jarang ambil cuti.
"ayah ambil cuti harini." balas encik sufian.
"ohh.." malas lah mahu tanya kenapa ayah ambil cuti. mungkin ayah ada hal kot. nak katakan sakit. elok saja.
"alang alang kamu kat sini. ayah nak cakap sesuatu ni." ketika itu juga ibunya datang dengan membawa air.
"apa yah?" soal safa. tidak rasa apa apa.
"ayah dapat naik pangkat."
"ohh.. baguslah."
"di KL"
"pastu?" masih tidak rasa apa apa.
"kita kena..."
"wait. jangan cakap kita kena pindah KL." baru safa tersedar.
encik sufian mengangguk
"ala. tak nak..." safa merengek lagi.
"kita takda pilihan." kata encik sufian lagi.
"no, kita ada pilihan. takpa ayah batalkan jer. takpa. shaf okay duduk rumah ni. rumah ni pun besar juga. gaji ayah pun boleh tahan besar juga. jangan pindah ye?" air mata safa sudah mula bertakung.
"safa.." pujuk puan maria.
"tapi bu.. kat sana nanti susah nak cari kawan. kat sini dah ada kawan." air matanya sudah mula bergenang.
"safa.. faham ayah ye. ibu yakin kat sana shaf mesti ada kawan." pujuk puan maria lagi. tidak sanggup dia melihat anak perempuannya menangis.
"maafkan ayah shaf. ayah dah setuju. dua minggu lagi kita pindah ye. ayah sedang uruskan semua keperluan kita disana nanti." jelas encik sufian.
"takpa lah ayah. untuk kebaikan kita. shaf naik atas dulu. nak mandi dengan solat." kata safa dengan suara seraknya.
"nanti turun makan yer shaf." kata puan maria.
safa hanya mengangguk. dia tidak sanggup tinggalkan kawan kawannya disini.
selepas mandi dan solat dia terus tidur. dia tiada selera makan. dia mahu menangis.
_____________________
"wey khal. buat apa tu?" soal firdaus. rumah firdaus dan khaliq dekat. meraka selalu lepak bersama di rumah khaliq.
"fuhh.. chat dengan mirza." khaliq terus tekup mulut firdaus. dia bagi isyarat pada firdaus untuk senyap.
"kalau parents aku dengar, siap kau." kata khaliq geram.
firdaus meminta maaf.
"kalau kau dengan mirza, safa macam mana pula wey?" soal firdaus perlahan.
"kenapa pula dengan safa?" soal khaliq pelik. safa suka aku ke? takkanlah.
"laa.. bukan kau dah mula suka kat safa tu?" soal firdaus lagi.
"bila masa. hati aku masih dengan mirza lah." balas khaliq.
"kau rasa safa tu suka kau ke eh?" soal firdaus.
"entah. macam tak. dia macam menyampah gila dengan aku." balas khaliq.
"yeke. kadang kadang hati manusia ni kita tak tahu." batu api pula dia ni.
"kenapa? dia suka aku ke?" soal khaliq pelik.
"entah. aku pun tak tahu. kau tanyalah dia." balas firdaus.
"gila ke aku nak tanya.. ehh wait. kenapa aku layan semua benda alah ni. takde faedah betul lah. baik aku layan mirza ni. baru function." kata khaliq.
"lagi function kalau mak kau tahu." firdaus gelak.
khaliq sudah jeling tajam.
"ermm.. untung lah khal. handsome. ramailah orang suka. entah entah sufiah tu pun tengah cari time nak masuk." kata firdaus perlahan.
khaliq diam. malas dia mahu layan.
_____________________
hari ini kelas sunyi sepi. safa hanya duduk diam sahaja. tiada siapa yang tahu akan berita itu.
macam mana aku nak cakap ngan dia orang ni. aku tak sanggup nak tinggalkan kawan kawan aku. macam mana aku nak cari kawan baru kat sana nanti. aku sayang kawan kawan aku kat sini. kata hati safa. tanpa disedari, air matanya mula menitik kembali. dia mula tunduk. tidak mahu rakannya perasan.
"safa.. aku nak tanya kau. hal serius." soal khaliq secara tiba tiba. dia baru sahaja berhentu menulis apa yang cikgu tulis di papan putih.
khaliq tergamam apabila melihat safa lap matanya. dia nangis ke. dia mendongak sedikit untuk lihat buku tulis safa. ternyata ada beberapa titik air mata. kenapa dia nangis.
"shaf. kau menangis ke?" soal khaliq terkejut.
serentak itu juga sufiah pandang pada safa.
safa mendongak dan melihat khaliq dan sufiah sedang memerhatikannya. dia tersenyum.
"ooo.. takda lah. aku sahaja nak test mata. tak kelip. tak sangka pula keluar air mata." kata safa selamba.
"shaf. kau tak pandai menipu." kata khaliq. series. memang tak logik.
"kau ada masalah ke shaf?" soal sufiah pula.
"masalah? semua orang ada masalah kan. hah khal.. kau nak tanya apa tadi?" soal safa.
"takda apa lah shaf." hati dia masih mahu tahu kenapa safa nangis.
____________________
"hah.. khaliq buat apa pula dekat kau ni. muncung lagi?" soal khairah.
"tak buat apa." balas safa selamba.
"habistu, kenapa muncung?" soal khairah lagi.
"girls. nak tanya. kalau aku pindah, korang macam mana?" soal safa. dia perlu terus terang. takkan dia nak tinggalkan kawannya macam tu je.
"pindah? kau nak pindah mana?" soal nayli.
"shaf.. kau nak pindah ke?" soal mira pula.
safa mengangguk.
khairah yang sedang minum air tersembur.
"wey.. sopan sikit lah minum." marah nayli.
tetapi khairah tidak pedulikan kata kata nayli. dia lebih pedulikan anggukan safa tadi.
"kau main mainkan shaf?" soal khairah.
"aku serius." kenyataan dari safa.
"pindah mana? kenapa?" soal mira pula.
"pindah KL. ayah aku naik pangkat." okay. air matanya mula bertakung lagi.
"kau bergurau kan shaf?" soal nayli. air matanya juga sudah bertakung.
safa sudah tidak mampu berbicara. dia hanya mampu menggeleng.
"kenapa kau pindah shaf? nanti kita orang macam mana? tak best lah gosip takda kau? sampai hati kau buat kita orang macam ni." marah khairah. air mata juga sudah bergenang.
mereka berempat sudah menangis. mereka sudah tidak peduli kata kata orang yang melihat mereka begitu.
"eh.. nangis pula kita ni. lap air mata masing masing. sepatutnya kita kena habiskan masa kita dengan keseronokan. lagipun aku bukannya nak mati pun. aku nak pindah je. nanti kita boleh video call ke. skype ke. sekarang kan semua dihujung jari." kata safa sambil mengelap air matanya. dia mula ketawa.
"safa.. apa kau ni." marah mira. mereka mula lap air mata mereka. baru tahu malu bila lihat ada beberapa pelajar perhatikan mereka.
tanpa mereka sedari, di tempat meja makan lelaki yang tidak berapa jauh dari tempat duduk mereka juga ada seseorang yang perhatikan mereka. kenapa dia nangis eh?
____________________
"shaf.. aku nak tanya." kata khaliq.
"kau lagi tadi nak tanya aku, tapi tak tanya tanya juga." marah safa. khaliq, lepasni dah takda sapa dah nak gaduh dengan kau.
"kenapa kau nangis tadi kat kantin and kat kelas?" soal khaliq. ya. dia lihat di kantin tadi.
"none of your bisness. next question please." kata safa cuba tahan riak terkejutnya. dia nampak.
"kau kalau ada masalah. ceritalah kat kita orang. apa guna ada kawan." kata khaliq. dia merasa sesuatu bila melihat safa menangis. simpati?
"it's okay khal. aku dah luahkan kat kawan kawan perempuan aku tadi." kata safa selamba.
"luahkan kat aku belum." khaliq tersenyum sampai nampakkan giginya dan membuat peace.
safa hanya tersenyum. dia belum sedia mahu luahkan pada khaliq.
khaliq masih memerhatikan safa.
safa perasan dia sedang diperhatikan. tapi dia hanya diam.
Share this novel