bab 3

Romance Completed 7617

"safa. kau dah boleh start sekarang. cikgu takda ni." kata khaliq.

"eee.. aku tak suka orang macam kau ni." terang safa.

"jangan risau. aku pun tak suka orang macam kau. dah.. pergi sekarang." kata khaliq tenang.

"aku macam nak tumbuk je kau ni. sabar ajelah." balas safa. kakinya juga melangkah je tempat mirza.

"mirza.. aku rindu lah nak duduk sebelah kau. aku tak suka duduk sebelah khal tu. asyik kenakan aku je." safa merengek.

"tulah. aku pun rindu nak duduk sebelah kau. raju tu diam je. bukak mulut pun cuma nak tanya aku soalan." balas mirza pula.

"kau nak tukar tempat duduk dengan aku tak? aku dengan raju okay. takda masalah" soal safa. mari kita mulakan strategi.

"no way. duduk sebelah khaliq lagi aku tak nak." jelas mirza.

"mirza kau tahu tak, sampai sekarang khaliq masih suka kat kau. apakata korang kawan balik." kata safa sambil kenyitkan mata kat khaliq.

khaliq berkerut dahi tanda marah. safa menjeling. hekeleh..

"kau ni safa. tahun ni spm lah.. kita kena fokus." balas mirza.

"aku tak suruh korang couple balik pon, aku suruh korang kawan balik. yerlh sejak putus, korang dah tak bertegur dah. ni boleh memutuskan silaturahim." kata safa lagi.

"safa alena. kau jangan nak bersubahat dengan khal eh." kata mirza sambil ketap gigi.

"mana ada aku bersubahat dengan dia. aku just nak kita semua berkawan balik. happy happy. kita dah final year dah. kau tak fikir ke. lepas ni kau dah tak jumpa kita orang termasuk dia. nanti jangan kau mengadu rindu pula eh." panjang safa membebel. tak tipu.

"shaf, kau tahu tak kenapa aku tak bertegur dengan dia sampai sekarang?" soal mirza perlahan.

"kenapa?" dia juga mahu tahu. yerlah, dia orang ni bukan budak kecil lagi yang lepas terputus hubungan bermaksud terputus segala galanya.

"ayah dia minta kita orang putus. bukan setakat ayah. mak dia pun minta kita orang putus. mak dia siap bagi amaran lagi. aku tak tahu sampai jadi macam tu. aku jadi trauma nak dekat dengan dia lagi. bila aku tengok dia, aku ingat amaran mak dia. aku takut wey. sampai sekarang benda tu kacau aku even benda tu dah hampir setahun lepas pun." terang mirza.

"kenapa kau tak pernah cerita kat aku?" soal safa. benda dikira serius ni. tapi tidak dapat salahkan mak khaliq apa yang dibuat itu benar. mereka masih belajar. tidak perlu memikirkan soal cinta ini. safa tidak pula mahu tanya apa amaran itu. bukan jadi masalah dia kalau dia tidak tahu amaran itu.

"sebab aku nak lupakan semua ni. lagipun dah tak penting bagi aku dah. dan bila fikir secara rasional, betul lah apa yang mak dia buat tu. ini semua untuk kebaikan dia jugak." jelas mirza lagi.

"tapi takkanlah berkawan pun tak boleh?" soal safa pelik.

"boleh lah kot. tapi tulah. yang aku cakap kat kau tadi." balas mirza. dia juga mahu berkawan dengan khaliq. dia juga mahu kena marah dengan khaliq. dia cemburu dengan safa dan rakan rakan lain yang dapat berbual dengan khaliq. dia merasakan kena marah lebih baik daripada tidak berbual. seperti tidak kenal pula gayanya.

"kau tegurlah dia sesekali." kata safa.
"tak macam perigi cari timba ke?" soal mirza pula. mereka berdua ketawa.
"mana ada. ni untuk berkawan lah." balas safa masih dengan sisa tawanya.

"amboi.. seronok gelak gelak tak ajak." tegur melisa.

"cerita apa?" soal sufiah.

"ni hah. aku suruh mirza tegur khal balik. ada pula alasannya." kata safa

"ooo.. haah mirza. aku kadang kadang tengok dia macam nak tegur kau, tapi kau tak pandang dia pun." jata melisa.

mirza hanya tersenyum.

"korang. sebenarnyakan. aku suka khaliq."
okay.. safa ingat kenyataan ni daripada mulut mirza. tapi bila dia angkat muka. ternyata kenyataan itu datangnya dari mulut sufiah.

series. awkward kali kedua... masing masing terdiam lagi.

_________________________
"macam mana shaf?" soal khaliq. waktu ini cikgu bahasa inggeris tidak hadir. jadi mereka diberikan latihan dan dijaga oleh cikgu ganti.

"kau pergilah tegur dia. dia dah okay dah. dah lepasni jangan libatkan aku." kata safa selamba.

"yeke.. pastu kau cakap apa je dengan dia tadi? sampai gelak gelak eh korang." soal khaliq lagi.

safa sudah terangkat kening sebelah. tiba tiba dia mempunyai rancangan. terus tersenyum senget. macam ala ala jahat gitu. "ohh.. yang kita orang ketawa tadi tu?"

khaliq mengangguk teruja.

"dia cakap. kau ni kelakar. dia suka kau sebab kau kelakar. lepastu dia cakap kau baik. aku mula mula tak percaya yerlah sebab kau layan macam jahanam kan. tapi dia cerita kisah kisah korang dulu. aku tak sangka khal. baik rupanya kau ni. and kelakar. dia adalah cerita benda kelakar yang kau buat. aku lupa pula pasal apa. tapi memang kelakar lah. baik ah kau khal. cenggini hah." jelas safa dengan muka terujanya. sambil mengangkat kedua dua ibu jarinya.

"yeke shaf.. tak sangkanya aku." kata khaliq semakin teruja.

"yerlah." bodoh kau khaliq. safa tiba tiba tergelak kuat. sorry lah khal. aku tak boleh tahan gelak.

"asal katawa? kau tipu eh?" soal khaliq mula curiga.

"mana ada tipu. aku teringat muka dia masa cerita kat aku tadi. semangat." kata safa dan terus menyambung katawa. kali ini khaliq mengikut safa ketawa sekali.

"amboi.. safa.. khaliq.. bukan main seronok lagi ye ketawa. kelakar ke latihan yang kamu buat tu?" soal cikgu maimunah.

hilang terus ketawa tadi. "ehh.. kena lagi. semua kau punya pasal khal." kata safa perlahan.

"aku pulak. kau yang ketawa macam pontianak tadi." balas khaliq. "safa, kau tak tipukan apa yang kau cakap tadi?" soal khaliq lagi.

"ermm. tak khaliq" sorry khal. aku tipu. safa gelak dalam hati. "khal. kawal lah muka teruja kau tu. hidung tu nampak kembang sangat lah." safa ketawa lagi. tapi kali ini lebih perlahan.

muka khaliq terus merah. "kau ni kan safa.." marah khaliq tertahan tahan.

"korang diamlah. aku nak buat kerja." kata sufiah.

"okay.. maaf." nampak muka khaliq tidak berapa selesa dengan sufiah.

safa hanya diam. dia juga tidak begitu selesa dengan sufiah. kerana dia selalu potong mood bila orang tengah seronok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience