bab 12

Romance Completed 7617

"safa, masuk bilik saya sekarang." kata khaliq melalui interkom.

safa telan air liur. suara macam takda mood je. dia mula melangkah ke bilik khaliq.

"bos mood okay?" soal safa pada nabilah.
nabilah hanya menggeleng.
safa telan air liur lagi. dia mengetuk pintu bilik khal.
"masuk." safa mula membuka pintu dan memasuki ke dalam bilik khaliq.

"duduk." safa menurut perintah.
"sepanjang awak kerja dekat sini, kerja awak semua okay. perfect. tapi kenapa harini kerja awak macam ni?" kata khaliq. dia sedaya upaya untuk menahan marah.

safa terkejut apabila khaliq memhempas fail kerjanya di atas meja. dia tahu silap dia.

"safa. saya tahu awak ada masalah. tapi ni kerja safa. awak tak boleh libatkan masalah peribadi awak dalam kerja awak." kata khaliq lagi.

"maafkan saya encik khaliq." ucap safa. dia tidak marahkan khaliq. betul apa yang dikatakan khaliq. "saya hilang fokus." air matanya mula bertakung.

"tak kisahlah apapun alasan awak safa. kerja tetap kerja. jangan main main. ni untung tau saya tak marah awak. sepatutnya awak boleh gunakan alasan sibuk bekerja untuk hilangkan perasaan awak tu. tapi ni tak." kata khaliq lagi.

"saya akan cuba lakukan. saya minta maaf sekali lagi." safa menunduk. air matanya mula bergenang.

"awak ada masalah lain ke?" dia seperti dapat membaca fikiran safa.

safa diam.

"balik ni pukul 5 ikut saya." arah khaliq.
safa memandang khaliq pelik. "pergi mana?" soal safa. dengan sisa tangisannya.
"ikut je." balas khaliq. sabar khal. jangan sentuh dia.

safa mengangguk. dia percayakan khaliq. "boleh saya keluar?" soalnya.
"boleh. bawa fail ni. betulkan. esok saya nak. dah. jangan menangis. lap air mata awak. saya tak marah pun. tengok tu, basah dah tudung awak yang cantik ni." kata khaliq sambil tersenyum.

safa mengelap air matanya. dia lihat tudungnya, ada beberapa tompok air. dia senyum.

safa berdiri dan mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu.

tutup sahaja pintu bilik itu, "okay tak?" soal nabilah.

safa hanya menggeleng dan beredar ke tempatnya. fokus safa.

__________________
"kenapa shaf?" soal khaliq.
"kenapa apa?" soal safa. tak sangka khaliq membawanya ke pantai. kata khaliq, bila dengar bunyi laut hati kita tenang.

"awak ada masalah lain? ke masih masalah yang sama?" soal khaliq lagi.

"masih masalah yang sama." kata safa tenang.
"what's happen?" soal khaliq.
"parents saya marah habis. siap call family ashraf semalam. family ashraf salahkan saya tak pandai jaga dia. belum kahwinkan, nak jaga lebih lebih buat apa. sekarang ni keluarga saya rugi. hampir keseluruhan barang kahwin saya siap, tapi tiba tiba jadi macam ni. semua dah tempah tau. dewan, katering, baju kahwin dan kad kahwin. semua tu dah buat sebab tak nak kelam kabut lah nanti. tapi sekarang macam ni pula." luah safa. ingat safa. jangan menangis.

khaliq terdiam. dia ada cadangan. tapi dia tidak berani pula. hey khal. pengecut ke?

"kalau saya bagi cadangan, awak boleh terima tak?" soal khaliq.
"cadangan apa?" soal safa.
"kalau saya ganti tunang awak?"
"tak faham." tiba tiba bebal pula.
"awak kahwin dengan saya?" kalini jelas.
safa terdiam. tiba tiba ketawa. "awak kalau nak hilangkan stress saya tak perlu buat macam ni."

"saya serius. kahwin dengan saya." khaliq sudah buat muka serius.

safa berhenti ketawa. "tak perlu libatkan awak dalam masalah ni khal. awak yang susah nanti." kata safa yang juga sudah serius.

"saya tak susah. serius. kalau kita kahwin, masalah ni selesai." kata khaliq.

"ada ada jelah awak ni khal. dah lah. jom balik. dah petang sangat ni. haishh.. basah dah seluar saya kena air." safa mula bangun dan menuju ke kereta.

khaliq mengeluh. dia mengikut langkah safa.

____________________
"shaf. saya tak main main tau pasal tadi." kata khaliq.
safa yang baru hendak membuka pintu kereta terhenti.
"macam mana kita nak kahwin kalau kita tak cinta satu sama lain khal." jawab safa.

"kita boleh cuba shaf." balas khaliq.
"awak ingat kahwin ni eksperimen ke khal?" soal safa bengang.

"saya yakin kita akan cinta satu sama lain satu hari nanti. lagipun, ini untuk kebaikan awak juga." balas khaliq tenang.

safa terdiam untuk beberapa saat. "tengoklah khal. bagi saya masa. dan terima kasih." ucap safa sebelum dia melangkah keluar daripada kereta itu.

khaliq hanya melihat safa sehingga safa sudah masuk ke dalam rumah. dia berharap sangat safa terima cadangannya itu.

_____________________
"tak dengar bunyi kereta pun." kata puan maria yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"balik dengan khal." balas safa. safa duduk disebelah puan maria. dia memeluk puan maria.

"kenapa? kereta kamu rosak lagi?" soal puan maria pelik.

"taklah. dia ajak balik dengan dia. dia singgah pantai tadi. suruh shaf hilangkan tekanan kat sana." balas safa lagi.

"ooo.. hilang tak tekanannya?" puan maria tersenyum memandang safa.

"tak sangat. tapi dah datang tekanan lain." kata safa.

"apa?" soal puan maria tenang. anaknya jarang dapat simpan perasaannya lama lama dengan dia.

"khal ajak kahwin. dia kata ni boleh settlekan masalah kita." balas safa lagi.

puan maria terkejut. "dia sanggup jadi pak sanggup ke?"

"entah dia."
tiba tiba puan maria tersenyum. khaliq memang pernah memberitahunya dan suaminya tentang perasaan khaliq yang satu itu. jadi kenapa mahu pelik kalau khaliq buat macam ni. muka puan kembali tenang.

"habis kamu terima ke?" soal puan maria.
"ibu rasa nak terima ke tak?" soal safa pula. dia juga keliru.
"kamu sayang dia? cintakan dia?" soal puan maria.
"sayang tu mungkinlah. tapi cinta tu... tak kot." jawab safa.
"sebab kamu masih cintakan ashraf?" soal puan maria.
safa terdiam.

"kamu buatlah pilihan safa. berdoa pada Allah. ibu dengan ayah ikut je apa kehendak kamu. kami cuma mahu lihat kamu bahagia. solat istikharah ye. fikir betul betul." kata puan maria.

safa makin mengeratkan pelukannya. dia bersyukur kerana dia masih mempunyai ibu dan ayah yang sering membantunya dan memberi semangat padanya. kalau tiada mereka macam manalah keadaannya sekarang ini.

"safa. cari seseorang yang sayangkan kamu, bukan seseorang yang kamu sayang. dan ibu tahu khaliq sayangkan kamu." aikk.. kata kata ibu ni macam nak suruh aku terima je.

safa tersenyum. "dah lah bu. nak naik atas nak mandi, nak solat. dah busuk dah ni." kata safa.

"tulah. ibu lagi tadi tahan bau busuk je ni." balas puan maria.

safa ketawa.

"nanti turun makan tau." kata puan maria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience