bab 17

Romance Completed 7617

akhirnya.. dengan sekali lafaz, safa alena sah menjadi isteri kepada khaliq zafran. safa cantik dengan jubah putihnya. khaliq juga kacak dengan baju melayu putihnya.

malam itu, mereka bersanding di sebuah dewan yang tidak kurang mewahnya. sekali lagi, safa anggun dengan gaun kembang berwarna rose gold dan khaliq juga segak dalan sut dengan warna yang sama.

"abang, okay tak saya?" soal safa.
"you look perfect sayang. cantik sangat." luah khaliq.

rekaan pakaian mereka safa minta untuk diubah daripada konsep sebenar. dia tidak mahu mengambil konsep yang sepatutnya digunakan olehnya dan ashraf. safa kata, dia tidak kesah bayar lebih, asalkan dapat ubah rekaannya.

malam itu mereka dihadiri tetamu yang cukup ramai. majlis itu sangat meriah.

"para tetamu yang dikasihi sekalian. sudah sampai masanya untuk kejutan. untuk pengetahuan semua. pengantin lelaki kita ada membuat kejutan untuk isterinya yang tercinta. apakah kejutan itu? mari sama sama kita lihat pada skrin besar itu." kata pengacara majlis itu.

"kejutan apa abang?" soal safa pelik.
"sayang tengoklah skrin tu." khaliq tersenyum pada safa.
safa menumpukan perhatiannya pada skrin besar itu.

sebuah video dengan menggunakan back sound lagu perfect nyanyian ed sheeran.
paparan pertama hanyalah background gelap dan betuliskan 'safaXkhaliq - I found my love -

safa terharu. air matanya mula bertakung.
paparan seterusnya berupakan gambar gambarnya ketika mereka bersekolah dahulu. dan lagi membuatkan air mata safa mengalir, setiap gambar itu akan ada satu ayat manis. itu menjadikan video lebih romantik.

ada juga gamba ketika dia melaporkan diri pada hari pertama bekerja. aku tak perasan pun dia amik gambar semua ni. patutlah selalu pegang telefon. ingatkan memang tabiat. desis hati safa.

"Ya Allah.. gambar aku putus tunang pun ada? malunya." kata safa geram.
khaliq hanya diam.
"ehh.. fail tu." safa ketawa. fail yang safa gunakan untuk meletakkan nota kecil tanda dia menerima lamaran khaliq.
"Astagfirullah.. gambar aku tidur. tidur pun nampak indah? kaki dia!" bebel safa lagi.
"patutlah sibuk nak amik gamba saya masa reunion tu. sedapnya ayat tu." bebel safa.

video itu diakhiri dengan video akad nikah mereka semalam. saat khaliq melafazkan kabul semalam. air mata tidak berhenti menangis.

"sayang. look at me." kata khaliq.
safa pandang ke arah khaliq.
khaliq mengelap air mata safa yang mengalir.
"comot dah. sorry. amacam? sweet tak? jatuh cinta tak dengan abang?" soal khaliq.
safa tersenyum manis. "thank you sayang." ucap safa. dia memegang tangan khaliq erat.
khaliq tersenyum. dia panggil aku sayang..

sekarang waktu untuk pasangan pengantin menyambut tetamu.

"el.. sampai hati. tak cakap pun bercinta eh. tahu tahu dapat kat kahwin. dengan bos kita sendiri pula tu. patutlah hari itu sibuk nak bagi fail itu sendiri. ada makna lain rupanya." luah nabilah.

safa ketawa. "saja nak buat suprise? terkejut tak?"

mereka ketawa.
"tak sangat.. memang dah syak masa dua dua minta cuti sama sama hari itu." kata nabilah.

"encik khaliq, sweet tadi. even bukan untuk saya pun saya terharu. sayang.. nanti buat macam tu eh." kata nabilah pada kekasih yang berada di sebelahnya kini.

lelaki itu ketawa. "saya mana pandai romantik macam encik khaliq ni."

kalini khaliq pula ketawa. "ada ada je kamu ni nabilah. ehh.. makanlah sana. makan sampai kenyang.." kata khaliq.

nabilah ketawa sebelum berlalu pergi.

"hai sayang.. kahwin juga you rupanya. ingatkan dah serik." ashraf datang menegur mereka.

panas sahaja hati safa.
"ehh.. you datang ashraf. thank you datang. ohh.. lupa nak cakap hari itu. I nak ucap terima kasih sebab putuskan tunang dengan i. kalau tak mesti i tak dapat macam ni." amik kau.

"ohh sama sama. tapi tak sangka pula i, you boleh dapat pengganti secepat ni." balas ashraf.
"tapi tak secepat you." aku balas balik.
tidak sempat ashraf balas, khaliq menyampuk.
"bro.. aku pun rasa nak ucap terima kasih lah. thanks sebab buang dia tepi jalan hari itu. benda cantik bro, kau buang cepat jelah orang amik. sayang kau buang. tapi bagus juga. bagi aku. aku simpan. berharga ni bro. sepatutnya kita menghargai." balas khaliq.

ashraf menjeling mereka berdua sebelum pergi dari situ.

"padan muka kau. tapi amboi abang.. sedap je samakan saya dengan benda ya." marah safa.

khaliq ketawa.

"shaf.. khal.." tegur mirza.
dibelakang mirza ada rakan rakannya.
"tahniah korang. semoga berbahagia dan dapat anak anak yang soleh dan solehah." ucap nayli.
"dan anak anak yang comel." sambung mira.
"terima kasih.. aminn.. thank you korang sebab sanggup datang dari jauh. terharu sangat." kata safa.
"mestilah kita orang datang. khas untuk korang berdua." kata hana.
"tahu tak pe. kita orang sanggup tempah van tau untuk pergi wedding kau ni. mirza ni, tak sampai hati nak tinggalkan laki dia." kata sufiah.
mereka ketawa.

"bro. nak tanya. video tadi tu, kau buat ke?" soal aiman.
"mestilah aku buat. kau ingat sapa buat?" balas khaliq marah.
"takda lah khal. sejak bila kau jadi jiwang ni? kau bukan hati batu ke?" kata firdaus pula.
khaliq tersenyum. "sejak.. aku tahu yang bidadari itu wujud." kata khaliq sambil memandang safa.
mereka ketawa. muka safa sudah merah.

"khal. kau belajar kat mana semua ni? sebab aku rasa nak hantar boyfriend aku ke sanalah." kata khairah.
"ohh.. aku tak belajar kat mana mana. aku cuma menggunakan hati yang suci ini dan penuh cinta ini." balas khaliq selamba.
"eee.. ada juga yang aku tampar kejap lagi." kata mirza.
mereka ketawa lagi.

____________________
"abang. shaf nak tanya boleh?" soal safa yang sedang berada dalam dakapan khaliq. mereka sedang menikmati keindahan malam dari balkoni kondominium mereka.

"tanyalah sayang." jawab khaliq.

"sepanjang saya takda 8 tahun tu, takkanlah abang takda jatuh hati dekat sesiapa?"
"entahlah.. rasanya macam takda. sebab abang dah malas kot. atau, abang masih tak boleh lupakan sayang." jawab khaliq tenang.

"yeke?" soal safa sengaja.
"abang tak pernah tipu sayang." jawab khaliq lagi.
"okay.. lagi satu. saya nak tanya soalan yang dia orang tanya lagi. betul ke abang yang buat video tu?" yerlah.. sebab lelaki ini bukannya romantik sangat.

"awak pun tak percaya eh. hahah.. okay lah. tu rancangan abang dengan abang amran. abang cuma cadang nak letak gamba tu je. dia kata bosan. so dia cadang letak ayat ayat tu. sweetkan. abang baca pun sweet. tapi yang pasti, ayat tu bukan dari google k." kata khaliq.

mereka ketawa.
"shaf. kenapa awak pindah tak bagitahu abang dulu? abang betul betul tak penting ke?" soal khaliq pula.

safa tersenyum. "taklah. sebab saya rasa saya yang tak penting untuk abang. abang tak sukakan sayakan. jadi saya anggap kalau saya bagitahu abang, mesti abang gembira atau tak kesah. saya tak nak tengok macam tu. sakit hati tahu tak. jadi, saya tak bagitahu abang lah."

"abang kesah tahu tak!" luah khaliq.
safa tersengih.
"now. abang nak tanya lagi sekali. not him but me. do you love me?" soal khaliq.

safa memusingkan badannya menghadap khaliq. "ermm.. love ke tak love eh?" safa mengusap ngusap dada khaliq.

khaliq tersentak. "sayang.. are you trying to seduce me?" soal khaliq.

"kalau ya?" jawab safa.
"jawab dulu pertanyaan tadi sayang." kata khaliq lembut.
"ermmm.. yes. saya sangat cintakan awak." kata safa perlahan.
khaliq tersenyum puas.
safa sudah mahu masuk ke dalam rumah tetapi tangannya ditarik oleh khaliq.
kali ini dia benar benar berada dalam pelukan khaliq. erat.
"safa alena binti sufian, I can't imagine living my life without you. I want to see your face in the morning, and then at night, and a hundred times in between. I want to grow old with you, I want to laugh with you, and I want to sigh to my friends about how managing you are, all the while secretly knowing I am the luckiest man in town. i love u sayang.” luah khaliq. dia mencium ubun ubun safa.

"sementara itu saya bersyukur kerana Allah jadikan awak sebagai jodoh saya. ternyata awak adalah yang lebih baik daripada sebelum ni. I love you too." luah safa. dia membalas pelukan khaliq.

huh.. kan aku dah kata. kata hati khaliq. khaliq terus mencempung safa dan membawanya ke dalam rumah.


-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience