bab 9

Romance Completed 7617

"shaf.. sarapan dulu." tegur puan maria.

"tak sempat ibu. khal dah tunggu kat luar." hai.. si khal ni pun. semalam kata 7:30. ni baru 7:20.

"khal? dia jemput kamu?" soal puan maria pelik. saat itu encik sufian baru mengambil tempat duduk di meja makan.

"khal?" soal encik sufian pelik.

safa hanya mengangguk.
"macam tu jemputlah dia sarapan dulu kat sini." kata puan maria. tiba tiba lagi berkenan dengan khaliq pula daripada ashraf.

"tak payahlah bu." jawab safa. dia sedang berdiri dan minum air teh.

"safa. ajaklah sekejap. ayah nak kenal juga kawan kamu." kata puan maria lagi.

encik sufian sudah pandang puan maria semacam.

safa sudah mencebik. tapi kakinya tetap melangkah ke luar rumah.

"khal." panggil safa.

khaliq memandang safa. ya. safa dah tak macam dulu. dia cantik dan kurus. hahh.. menyesal kau khal.

"dah habis tengok saya dah?" soal safa geram. main tengok tengok aku pula.

khaliq tersenyum.
"ni ibu saya jemput awak sarapan kat sini. sempat ke tak?" soal safa.

khaliq sudah memandang jam tangannya.
"sempat. tapi boleh ke?" soal khaliq.

"ibu saya yang ajak khal." boleh ditanya lagi boleh ke tak.

khaliq hanya tersengih. kakinya mula membuka kasut dan melangkah ke dalam rumah safa. dia hanya mengekori safa ke meja makan.

"Assalammualaikum pak cik, mak cik." tegur khaliq.

"waalaikumussalam." jawab encik sufian dan puan maria.

"jemput makan khal." pelawa puan maria.

khal mengambil tempat di meja makan itu.
safa juga.

banyak juga perkara yang diborakkan antara encik sufian dan puan maria bersama khaliq. termasuk cerita lapan tahun lepas. safa hanya diam. malas mahu mengikut sama.

"tu syarikat ayah kamu ke khal?" soal encik sufian.

"tidaklah. syarikat ayah saya di johor. ni saya kerja bawah orang." balas khaliq. senyumannya masih terukir di bibirnya.

"laa.. kenapa tak kerja dengan ayah kamu je. macam dalam drama selalu tu." kata encik sufian lagi.

"saya taknak. lagipun, abang saya sedang uruskan syarikat itu. saya yang buat pilihan untuk kerja di KL. alhamdulillah mereka faham pilihan saya ni." balas khaliq.

"kenapa nak kerja kat KL? safa sibuk mahu kerja di johor." soal puan maria pula.

"yeke?" khaliq sudah pandang safa.

"dah sudah makan kan? jomlah. nanti lambat pula sampai pejabat. kot kot sesak ke nanti." kata safa tiba tiba. dia sudah bangun dan membawa pinggannya untuk basuh. dia tidak kisah semua orang yang sedang memandangnya itu.

khaliq hanya tersenyum dan mula berdiri. dia juga membawa pinggannya ke dapur.

"khaliq. bagi je safa pinggan tu. jangan kamu basuh pula."

khaliq yang mendengar terus tersenyum pada safa. dua hulurkan pinggan pada safa. safa sudah mendengus.

"sedap cik masak." kata khaliq.

"kan." kata encik sufian pula.

puan maria sudah memukul lembut bahu encik sufian.

khaliq suka melihat pasangan itu. macam papa dan mamanya di johor. rindu pula dia.

"ada ada jelah kamu ni khaliq. lepasni kalau nak rasa makan cik lagi, datanglah sini." pelawa puan maria.

"dah jom. dah lambat." tidak sempat khaliq membalas, safa cepat sahaja memintas kata katanya.

safa menyalam kedua ibu bapanya. khaliq juga menyalam encik sufian.

____________________
"hey el.." tegur nabilah.

safa yang sedang minum hampir tersedak dengan teguran nabilah itu.

"haishh awak ni nabilah. nasib baik tak tersembur." marah safa.

nabilah tersenyum. "maaf.. ni saya ada dengar gosip ni. nak awak betul ke tidak."

"amboi.. layan gosip jugak eh. apa dia?" soal safa.

"taklah. ni perempuan yang jaga kaunter tu yang cakap. dia nampak awak keluar dari kereta encik khal pagi tadi. betul ke? amboi.. saya dah kerja sini lama pun tak dapat layanan macam tu." kata nabilah.

safa sedikit cemas. ini yang dia tidak suka ni. "ohh.. kereta saya rosak. entah dia baik sangat tolong hantar saya semalam. pastu dia kata nak amik saya pula. dah rezeki terima jelah." jelas safa.

"untung eh. sejak dia kerja kat sini setahun lepas, tak pernah nampak dia buat macam tu." kata nabilah lagi.

"pelik lah. dia kerja setahun lepas, tapi pangkat tinggi juga eh? dia kerja mana sebelum ni?" tiba tiba mahu ambil tahu pula.

"yang saya tahu. sebelum ni dia kerja dengan ayah dia. lepas dia graduan. pastu dia pindah sini. syarikat pakcik dia. tapi tulah. dia profesional. tak pernah dia merungut apa apa dekat pakcik dia." kata nabilah.

"ooo.. dia pernah marah awak?" soal safa.
"pernah. banyak kali jugalah." jawab nabilah.
"dia..." tidak sempat mahu bertanyakan soalan lagi. tiba tiba.

"dia apa lagi safa?" soal khaliq.
safa dan nabilah bagaikan mahu jatuh rahang melihat khaliq sudah berdiri di depan pintu pantri itu.

"dah tak ada kerja dah masing masing?" soal khaliq lagi.
mereka berdua cepat cepat berdiri dan mula membasuh cawan yang digunakan tadi.

"safa. buatkan saya kopi panas." arah khaliq.
"hah?" soal safa terkejut. dia dan nabilah saling berpandangan. sejak bila aku jadi pembantu dia ni?

"buatkan saya kopi safa." kata khaliq lagi.
"biarkan saya buat ye bos." balas nabilah.
"nope. saya suruh safa." mereka berdua berpandangan lagi. akhirnya safa akur dan membuat air untuk khaliq.

safa meletakkan air kopi itu dihadapan khaliq. sudah sebulan dia kerja disini, tidak pernah dia nampak khaliq ke pantri.

"duduk safa." arah khaliq lagi.
"saya ada kerja belum siap." jawab safa
"kenapa lagi tadi gosip tak ingat pasal kerja?" soal khaliq.
safa bengang. dia ikut arahan khaliq.

khaliq tersenyum. "kereta awak dah siap. nanti bagi alamat rumah awak."

"suruh hantar kat pejabat lah. nanti saya boleh balik naik kereta." jawab safa.

"awak balik dengan saya. bagi alamat rumah awak nanti." dahi khaliq sudah berkerut.
safa mengeluh. dia mengikut sahaja arahan khaliq.

"makin dengar kata. bagus." kata khaliq sebelum menghirup air kopinya. sedap.

safa menjeling dan mahu pergi dari pantri itu.
"safa." panggil khaliq.
safa menoleh.
"kalau nak tahu pasal saya, tanya saya je. saya rela hati untuk menjawab." khaliq tersenyum.
muka safa sudah bertukar merah.. dia terus melangkah keluar.

___________________
"khal.. saya nak tanya boleh? saya bukan nak busy body. cuma saya pelik." soal safa.

khaliq sudah mengangkat kening sebelah. "tanyalah. apa yang awak nak tahu?"

"kenapa awak tak kerja dengan ayah awak ye? taklah. kat sana confirm awak dapat jawatan lagi tinggi kan. and awak akan selalu dekat dengan family awak. tapi kenapa awak pilih untuk kerja di KL?" akhirnya... yerlah. khaliq ni seperti yang safa tahu. adalah orang yang sukakan kemewahan.

khaliq tersenyum. "series awak nak tahu? awak nanti jangan marah pula."

safa sudah buat muka pelik. "kenapa nak marah?"

"alright.. saya pilih untuk kerja di KL. sebab.. saya nak cari awak." ringkas saja jawapan khaliq. khaliq sudah nampak safa seperti mahu marah.

"no.. no.. no.. jangan marah."
"series khal? buat apa awak nak cari saya? awak masih ada dendam dengan saya?" safa cuba untuk tenang.
"saya tak pernah dendam dengan awak shaf. saya rasa saya perlukan awak." balas khaliq.
"nonsense lah khal." kata safa. "and one more khal. kenapa baru sekarang awak perasan yang awak perlukan saya? and kenapa awak perlukan saya? untuk hina saya lagi?"

"tak lah safa. saya minta maaf sebab pernah hina awak dulu. saya.. saya cuma nak bergurau." jawab khaliq.

"what? bergurau? fizikal manusia awak bawa bergurau? saya tahu awak perfect khal. tapi jangan ingat benda macam tu boleh bawa bergurau. okay.. first saya memang ingat awak bergurau. dan saya boleh terima pada mulanya. tapi awak makin melampau. awak malukan saya khal." marah safa.

"ok.. ok. im sorry. maafkan saya. lapan tahun safa. saya cuba contact awak. tapi awak tolak macam tu je. maafkan saya safa." rayu khaliq.

safa cuba untuk tenang. "okay khal."

"safa. awak dah tunangkan. bila mahu kahwinnya?" series. kalau aku jahat safa, benda pertama aku buat adalah putuskan pertunangan kau safa.

"4 bulan lagi." jawab safa.
"nak dekat tu. dah prepair semua?" khaliq cuba menahan sesak dia dada. kau yang tanya, terimalah padahnya khal.
"70% siap." jawab safa lagi.
"ohh tahniah. nak tengok gambar dia boleh?" handsome macam aku tak?

safa ikut perintah. teruja dia mahu tunjukkan gambar tunang tersayangnya.

khaliq tersenyum nipis. hatinya sakit. takdalah handsome sangat. aku lagi handsome. "do you love him?" soal khaliq lagi.

"of course." jawab safa.
"okay."
"awak dengan mirza macam mana?" soal safa pula.
"lapan tahun dah berlalu safa." jawab khaliq pula.
"ohh.. so usaha kita dulu takda hasil?"
"takda." sebab rupanya hati aku untuk kau safa.

"sufiah?" soal safa lagi.
"kenapa dengan sufiah?" soal khaliq pelik.
"dia suka awakkan." balas safa.
"saya tak tahu." sebenarnya dia tahu. selepas mereka tamat SPM, sufiah ada luahkan perasaannya. tetapi dia sedia undur diri kerana sufiah sendiri tahu hati khaliq bukan untuknya.

"huh.. betullah orang cakap. cinta zaman sekolah. takkan kekal." kata safa.

khaliq hanya tersenyum.

____________________
"terima kasih khal." ucap safa.

khal tersenyum. "sama sama. jumpa esok." ucap khal pula.

safa pula tersenyum. "and... thank you sebab tolong baiki kereta saya. oh ya. berapa ya?"

"saya bayarkan. saya belanja." balas khaliq.
"sure?" orang nak belanja. rezeki ni.
"yes sure." khaliq masih tersenyum.
"alright. thank you very much." kata safa sebelum dia keluar daripada kereta itu.
khaliq perhatikan safa sehingga dia benar benar sudah masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience