bab 13

Romance Completed 7617

hari ini sudah masuk lima hari safa mendiamkan diri. khaliq juga sudah tiga hari tiada kerana menghadiri khusus di luar negeri.

jawapan masih belum diberikan lagi. dia sudah ada jawapan, tapi dia takut jawapannya itu salah. oleh itu, dia mengambil masa lagi untuk berfikir.

"shaf..." tegur seseorang. dia senyum pada shaf.
"ehhh.. ermm.. mirza?" soal safa.
perempuan itu mengangguk.
safa sudah menjerit perlahan. dia memeluk mirza erat. sudah beberapa tahun tidak berjumpa.

"lamanya tak jumpa. macam mana sekarang?" soal safa teruja.

"okay je.. kau macam mana? rindunya!" kata mirza.

"aku pun rindu kau." balas safa.
"sampai hati kau eh. lepas setahun kau pindah, kau terus tukar nombor semuanya eh." kata mirza dalam nada merajuk.
safa hanya tersenyum. tiada jawapan.
"kau duduk KL ke sekarang ni?" soal safa.
"taklah.. ada hal kat sini. tapi kan. kau makin cantik lah safa." series. safa sekarang lain sangat dengan safa yang dulu.

"eleh.. kau pun apa kurangnya. cantik sangat." sebenarnya ada satu perkara yang bermain main dia kepalanya.

"order?" soal safa.
"why not?" balas mirza. dia memanggil pelayan cafe itu.

"sebenarnyakan safa. aku ada benda nak cakap dengan kau. fasal khaliq." kata mirza selepas pelayan itu pergi jauh dari tempat mereka.

safa seperti dapat mengagak. "wait mirza. aku rasa aku tahu sebab apa?"

mirza terkejut.
"relax mirza. kalau kau nak aku jauhkan diri daripada khaliq, aku okay. aku dengan dia kawan je. kau jangan salah faham. tapi kalau nak aku tolong kau dapatkan khal balik, aku boleh." sedih jugak rasanya.

"eh.. apa kau cakap ni safa?" soal mirza pelik.
"kau nak suruh aku jauhkan diri daripada khal kan?" soal safa.
mirza terdiam. selepas itu dia ketawa. dia faham. "shaf.. aku dah kahwin!" luah mirza sambil menunjuk jari jari kanannya.

safa terkejut apabila melihat cincin berlian di jari manis mirza. "kau dah kahwin dengan khaliq?" okay.. lagi sedih.

"no shaf. lelaki lain. kau yang dah salah faham ni shaf." terang mirza sambil ketawa.

safa terdiam. dia pandang mirza pelik.
"okay okay.. shaf. serius okay?" kata mirza. dia mula serius.

safa masih diam.
"shaf. aku datang jumpa kau ni sebab aku nak cakap fasal 8 tahun lepas." kata mirza. ketika itu juga, pelayan membawa makanan yang mereka pesan.

"terima kasih." kata safa pada pelayan itu. 8 tahun lepas? tak habis lagi?

"kenapa dengan 8 tahun lepas?" soal safa malas.

"khaliq." khaliq lagi?
"kenapa dengan dia?" soal safa lagi.
mirza menarik nafas panjang.
"dia dah mula cintakan kau sejak 8 tahun lepas. cuma dia baru sedar semua tu waktu kau dah takda." fuhh. sekali lafaz.

safa terdiam. dia mula mencerna ayat itu dalam otaknya. tiba tiba dia ketawa.

kali ini mirza pula yang pelik.

"oooo.. i get it. ni kes khaliq suruh kau jumpa aku lah ni nak suruh aku terima lamaran ahh.. cadangan dia lah tu." kata safa masih dengan sisa tawanya.

"ehh.. tak shaf. dia tak tahu pun aku jumpa kau ni." terang mirza.

"elelele.. menipu sangat." kata safa.
"shaf. serius. dia tak tahu. and aku tak main main apa yang aku cakap tadi." balas mirza. geram pula dia.

safa berhenti ketawa. "alaa.. kau ni. tu kan masa umur dia 17 tahun. budak budak, tahu apa je fasal cinta cinta ni. bukan cinta betul pun. tak payah fikir lah." luah safa.

"yes.. mula mula pun aku fikir macam tu. tapi shaf aku nampak usaha dia. lepas kau pindah. dia jadi pendiam. aku, dia dah tak layan macam biasa dah." luah mirza.

"dia rasa bersalah lah tu." balas safa tenang.
"sabar. aku tak habis lagi." jawab mirza. dia geram.
safa berkerut dahi.
"ya.. mula mula aku pun ingat dia cuma rasa bersalah pada kau je. aku tanya daus pun dia tak tahu apa masalah khal tau. lepastu aku cuba rapat dengan khal balik. nasib baik dia okay. aku cuba untuk suruh dia luahkan perasaan dia. kau tahu, setahun baru dia luahkan perasaan dia pada aku. dia marah pada diri dia. kenapa dia tak sedar semua tu masa kau ada. tapi aku ingat masa dia masuk U nanti boleh lah dia move on. tapi dia still tak boleh move on. even dia dah gunakan cara sibuk buat assigment untuk lupakan kau. tapi dia tak boleh. lepastu dia nekad. apa yang dia nak, dia akan pastikan dia dapat. lepas graduan, dia kerja dengan family dia untuk cari pengalaman. lepastu, dia minta kerja KL. untuk cari kau. memang ada konflik masa tu. tapi akhirnya family dia faham. and dia dapat kerja dekat company uncle dia. kau tahu.. ermm.. jap haus." mirza menyisip airnya.

safa masih diam.
"kau tahu, dia happy gila kot masa dia tahu kau akan kerja under dia. aku tak pernah nampak dia happy macam tu sejak aku kawan dengan dia. tapi dia sangat sangat kecewa bila dapat tahu kau dah bertunang. aku just dengar suara dia je pun aku dapat rasakan yang dia memang sedih. sekarang kalau kau nak cakap cinta dia tu budak budak, aku rasa kau silap. dia sanggup buat apa je asal dia dapat kau balik. see, dia masih dengan kau, masih dengar masalah kau even kau cintakan orang lain. orang lain yang tak hargai pun cinta kau tu. now, dia dah melamar kau dah pun. even kalau kau nampak benda tu just nak selesaikan masalah kau, tapi dia betul betul maksudkan apa dia cakap tu. dia betul betul nak kahwin dengan kau. aku bukan nak salahkan kau kalau kau tak terima dia nanti. tapi dia. degil. aku pun tak tahu susah sangat ke nak cakap 'i love u' dekat kau. dia kata takut kau ketawakan dia. sebab dia dah termakan dengan kata kata dia sendiri. macam yang kau harapkan dulu. sekarang aku nak kau fikir fikir betul betul. boleh?" luah mirza.

safa terdiam. dia tak tahu nak katakan apa.
"wey.. aku dah habis cakap. cakaplah something. fuh.. penat." kata mirza sambil menyuap makanannya dalam mulut.

"aku tak tahu nak cakap apa." luah safa.
"so, dia happylah aku putus tunang?" soal safa.

"happy gila. tapi dia kesian dengan kau dan dia marah sangat lelaki tu. actually, aku pernah jumpa dengan dia, and kita orang nampak tunang kau dengan perempuan lain. nasib baik aku ada, kalau aku rasa masuk ICU tunang kau tu." luah mirza sambil ketawa.

safa terkejut. "korang dah tahu dulu? then kenapa dia tak bagitahu aku?"

"kau percaya ke kalau dia yang cakap? mesti kau akan ingat dia cuba nak balas dendam kat kau lagi kan?" kata mirza dengan selamba.

safa mengangguk. betul juga. safa tersenyum. "okaylah. asyik cerita fasal dia je. cerita fasal kau lah. aku tak percaya kau dah kahwin. ruginya aku tak pergi wedding kau."

mirza ketawa. "tulah. siapa suruh tukar nombor semua tu. masa wedding aku, dah macam aku reunion tahu tak. kau sorang je takda. nayli, khairah dan mira pun ada. dia orang pun rindu kau."

"alaaa.. aku pun rindu dia orang. nanti kita set masa lagi lah buat reunion." kata safa.

"okay jugak. tak sabar pula aku. dia orang mesti setuju." balas mirza teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience