bab 16

Romance Completed 7617

"khal.. saya takutlah. rasanya dia orang marah tak eh dengan saya sebab dulu menghilangkan diri." luah safa.

"kalau dia orang marah awak, saya sebat sorang sorang." kata khal.
mereka ketawa.

"okay. ready. okay tak?" soal safa. hari ini hari reunion mereka. alang alang khaliq dan safa berada di johor, mereka rancang untuk membuat reunion.

"okay sayang.. cantik. perfect. jap.. nak amik gambar awak kejap." kata khaliq. dia sudah memegang telefonnya.

"eh.. nak buat apa nak amik gambar?" soal safa.

"sebab saya nak buktikan dekat orang yang bidadari memang wujud." jawab khaliq sambil tersenyum.

"cehhh.. klise" balas safa. "ni kalau orang luar nampak ni, malu saya tau."

"cermin kereta saya kan gelap. takkan orang nampak punya. dah cepat senyum." kata khaliq.

_____________________
"shaf.." jerit khairah.
"khairah..." jerit safa.

again.. ladies.. pastu pipi bertemu pipi.

"wahh.. khal. kat mana kau jumpa shaf ni? rindunya dekat dia." kata khairah. dia sudah memeluk safa.
safa membalas pelukan itu.

"kat KL lah." jawab khaliq sambil tersenyum.

"khairah. mira dengan nayli mana? rindu kat dia orang." soal safa.

"dia orang ada dekat dalam. dah jom masuk dewan. dia orang dah tunggu bakal pengantin ni. aku disuruh untuk jemput korang." kata khairah.

khaliq dan safa tersenyum. mereka mengikut langkah khairah.

"guys.. guys dah sampai. jom.. 1,2,3." jerit aiman.
"kompang dipalu.. pengantin malu. ahah ahah. duduk bersanding.. tersipu malu.. ahah ahah." mereka menyanyi.

khaliq dan safa berdekah dekah ketawa.
"hey bro. sejak jumpa kekasih hati, lupa jalan balik johor ye bro?" jerit firdaus.

"banyaklah kau. aku busylah." balas khaliq.
"busy cari duit kahwin." balas raju.
mereka ketawa.

"shaf.. rindunya." jerit nayli.
"entah kita orang rindu kau tahu tak?" kata sufiah pula.
"aku pun rindu korang." balas safa.
"ingatkan dah lupa kita orang." kata melesa pula.
"aku tak pernah lupa korang. meh nak peluk sorang sorang." kata safa.
semua berebut rebut nak peluk safa.
"kau dah lain lah shaf" kata hana.
"tulah. dah nampak dah seri pengantinnya." kata mira pula.
"haishh.. ada adalah korang ni." balas safa.
safa nampak mirza tersenyum. dia tarik mirza kesebelahnya.
"thank you mirza buat semua ni. and thank you bagi nasihat kat aku haritu. aku bahagia sekarang." luah safa.
"dia orang pun bantu aku juga shaf. and fasal khal tu, aku jamin, kau akan lebih bahagia lepas kahwin nanti." balas mirza.
safa tersenyum. harap haraplah.

"everybody.. hari ini kita akan berseronok bersama sama. jemput makan sampai licin ye. dan selepas makan kita akan adakan aktiviti." kata aiman.

mereka semua bersorak gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience