bab 15

Romance Completed 7617

"khaliq, kirim salam ibu bapa kamu ya. kalau penat singgah RnR. kalau dah sampai johor, bagitahu kami." pesan puan maria.

"baik cik." balas khaliq. hari ini sudah dua minggu dia bertunang dengan safa. dan lagi dua bulan mereka akan melansungkan perkahwinan.

"safa. kat rumah khaliq nanti, kamu jangan malas macam kat sini. rajin rajinkan diri kamu tolong bakal mak mertua kamu. jangan malukan ibu tau." pesan puan maria pada safa pula.

"ya ibu.." balas safa. khaliq hanya tersenyum.

"khaliq, jaga anak pak cik ya. safa, jangan buat perangai kat sana." pesan encik sufian pula.

"ayah.. ibu.. shaf tahu lah." kata safa geram.

"ibu cuma pesan je." kata puan maria juga geram.

khaliq ketawa.
selepas itu mereka salam puan safa dan encik sufian sebelum bereka bertolak ke johor.

safa rasa takut pula. masa tunang hari itu, dia dapat berkenalan sekejap sahaja. baik juga datin salwa. merendah diri.

"are you ready sayang?" soal khaliq apabila mereka berada di dalam kereta.

"ready." balas safa riang.

_____________________
"sayang.. bangun. dah sampai ni." tegur khaliq.

safa mengeliat. dia sedar je dia sudah ada depan rumah banglow khaliq.
safa cepat cepat bangun. "sorry khal. saya tertidur. tak teman awak memandu." dia tidak tidur semalaman kerana gemuruh untuk berjumpa dengan keluarga khaliq.

"it's okay." khaliq tersenyum senget.
safa pelik kenapa khaliq senyum begitu.
"awak ada buat apa apa ke?" soal safa.
"nak buat apa? kita belum kahwin lah. dah lah. jom masuk. panas ni." kata khaliq sebelum dia cepat cepat keluar dari kereta.

"ahhh.. rindu johor." kata safa. ya, kali terakhir dia datang johor adalah 5 tahun yang lepas iaitu sewaktu neneknya meninggal dunia. selepas itu, dia tidak pernah lagi jejak kaki di johor ini.

khaliq yang sedang mengangkat barang barang tersenyum apabila melihat safa yang sedang gembira.

"safa.." jerit datin salwa.
"untie" jerit safa pula.

huh perempuan. mesti macam tu. khaliq menggeleng melihat perangai mereka.

"mama." khaliq menghulur tangan untuk bersalaman dengan datin salwa.

puan menyambut huluran tangan khaliq. "khal angkat barang safa sekali ya." arah datin salwa. dia terus menarik tangan safa untuk masuk ke dalam rumah.

khaliq tercengang. hey.. aku anak dialah. geram pula dia. takpa saya bagi peluang kat awak shaf. kata hati khaliq.

__________________
"nasib baik khal jumpa awak balik safa. kalau tak, rasanya sampai tua dia tak kahwin." kata abang khaliq, khalif amran.

khaliq hampir tersedak. mereka sedang makan malam bersama. "shh.. makan jangan bercakap bang."

"haah safa. khal sanggup tinggalkan untie kat johor ni semata mata nak cari kamu kat KL. nasib baik jumpa. kalau tak sia sia." datin salwa tumpang sekaki.

mereka sekeluarga ketawa. muka safa sudah merah. khaliq juga.

"kan khal dah cakap, akan jumpa juga." balas khaliq. lantaklah tengah makan ke malu ke.
"haah. sampai taknak terima belajar kat oversea sebab lambat. takut balik balik kamu dah kahwin. tapi degree pun okay juga kan." sampuk datuk tajuddin.

"haishh.. serba salah pula saya." luah safa.
"ehh.. untie bukan nak buat shaf serba salah. tu pilihan dia. kalau apa apa dialah kena tanggung." datin salwa sudah memandang anak bongsunya itu.

khaliq tersenyum.
"auntie sukalah tengok khal happy macam sekarang. dulu diam je. terima kasih kat safa juga." sambung datin salwa lagi.

safa senyum memandang khaliq. happy sebab aku ke?

"happy sebab awak ada dengan saya sekarang." khaliq tersenyum manis sambil memandang safa.

okay. muka bukan setakat merah. taoi mahu jadi ungu rasanya. selamba dia je cakap macam tu depan keluarga dia.

"haishh.. rasa macam makan semut lah. ma. ni asam pedas ayam ke asam pedas semut ni." sampuk amran.

khaliq mencebik.
semua orang ketawa.
safa bagai mahu sorok bawah kerusi sahaja. malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience