bab 11

Romance Completed 7617

kenapa aku selalu kena macam ni. aku tak layak ke untuk dapat semua ni.

safa masih menangis di bahu jalan itu. rasanya sudah 10 minit dia disitu. akhirnya dia cuba untuk berdiri. dia kena kuat. badannya mula lemah. jalannya mula terhuyung hayang.

baru sahaja beberapa langkah dia berjalan, tiba tiba ada sebuah kereta berdiri dihadapannya. mungkin dia kenal kereta tu. tolonglah orang yang keluar dari kereta itu adalah orang yang dia tunggu tunggukan.

"safa.. ya Allah shaf." khaliq berlari ke arah safa yang nampak sudah tidak bermaya itu.

"awak buat apa kat sini shaf?" soal khaliq panik.
safa senyum nipis, tetapi tidak sempat dia membalas. akhirnya, dia pengsan.

_________________________
"alhamdulillah safa. sedar pun awak." khaliq menekup mukanya.

"klinik?" soal safa. dia lihat ada seorang doktor dan seorang jururawat juga sedang perhatikan dia.

khaliq mengangguk. "awak pengsan tadi. nasib baik awak takda apa apa." kata khaliq.

"boleh saya balik?" tadi kata takda apa apakan. so boleh balik lah ni. nanti ibu bapanya risau pula.

"saya akan check cik dulu. kalau benar tiada apa apa, awak dibenarkan pulang." balas doktor itu.

____________________
di dalam kereta mereka hanya duduk diam.
khaliq yang memikirkan banyak soalan untuk ditanya.
safa pula melayan perasaannya.

"khal -"
"shaf -"
mereka berkata serentak.
khaliq memberi safa berkata dulu.
"jangan cerita dengan orang apa yang jadi tadi. saya malu." kata safa.

"alright.."
"ermm.. apa dah jadi sebenarnya?" soal khaliq.

safa diam.
"safa.. kenapa awak susah nak cerita masalah awak kat saya? sebab saya tak penting?" soal khaliq mula tarik hati.

safa mengeluh.
"saya dah putus tunang." air mata safa mula bertakung kembali.
khaliq terkejut. tidak sangka pula dia secepat ini.

"ooo.. baguslah." kata khaliq perlahan.
"apa?" soal safa.
"takda apa. ermm.. kalau awak nak luahkan apa apa, luahkanlah. saya sedia dengar. jangan simpan dalam hati." kata khaliq lagi.

safa sudah terangkat kening sebelah. "awak jangan hina saya lagi." memang dia mahu seseorang untuk dia luahkan perasaannya. dia mahu ceritakan pada mak dia. tapi dia jadi takut pula. yerlah. hari perkahwinannya hampir tiba. tiba tiba jadi macam ni pula. mesti ibu bapanya malu.

"safa.. saya janji saya takkan hina awak lagi." kata khaliq.
safa menarik nafas dalam
"awak tahu tak perasaan bila kita sayang orang, kita cinta orang tu. tapi dia tinggalkan kita macam tu je. sebab dia cintakan orang lain. rasa macam bodoh. kita bagai nak rak cintakan dia, tapi dia senang senang cintakan orang lain. tak guna. dia memang tak guna!" luah safa. kali ini air mata dia mula bergenang.

khaliq sudah berhentikan keretanya ditepi jalan. susah pula dia mahu fokuskan pada pemanduannya bila dia melihat safa nangis. entah kenapa sejak dulu, dia tidak senang duduk bila melihat safa nangis. tapi dulu dia ego! khaliq mengambil telefonnya di poket.

"dah.. jangan menangis. lupakan dia ya. jangan ingat orang yang macam tu." khaliq mahu saja mengusap pipi yang sudah basah itu, tapi dia tahu batasnya.

"menyesalnya saya.. menyesal saya bagi hati saya pada dia. apa salah saya? apa kurangnya saya sampai dia buat saya macam ni?" safa mengabaikan pujukan khaliq tadi.

"shhh.. safa.. sabar. jangan menangis kalau ada orang tinggalkan awak. anggap ini semua dugaan. dugaan sebelum awak dapat yang lebih baik daripada itu. jangan menangis sebab Allah dah ciptakan yang lebih layak untuk awak." cehh.. macam nak cakap akulah orang yang layak tu.

safa masih lagi dengan tangisannya.
"safa.. please don't cry." pujuk khaliq lagi.

safa mula mengelap air matanya. dia mula pandang ke hadapan.
"kenapa awak berhenti tepi jalan ni?" soal safa pelik.

"ahhh.. takut awak tiba hilang kawalan pukul saya." kata khaliq sambil ketawa.
"nonsense." balas safa. dia lihat jam tangannya. alamak..
"khal. singgah masjid boleh. saya belum solat asar. lagi berapa minit nak masuk waktu maghrib ni. tak sempat kalau sampai rumah ni." kata safa.

khaliq juga memandang jam tangannya. "okay. rasanya ada masjid tak jauh dari sini." kata khaliq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience