bab 1

Romance Completed 7617

200X
"okay.. cikgu akan umumkan pelajar yang akan memasuki kelas 4 prinsip perakaunan pula. Ahmad Aiman bin Zukifli. Khaliq Zafran bin Tajuddin. Muhammad Firdaus bin Ismail...." kata cikgu Zaimah.

"please sebut nama aku.. sebut nama aku.." kata safa sambil pejam mata. dia berharap samgat cikgu sebut namanya. mana taknya kawan perempuannya semua dah disebut namanya di kelas sains. malulah dia kalau namanya tak disebut dikelas akaun.

lagi pula, dia rasa kelas akaun ini adalah pilihan yg bijak untuk dia mencapai cita cita untuk menjadi ahli perniagaan. mana tahu dalam kelas itu dia akan dapat beberapa ilmu tentang pengurusan perniagaan.

"Safa Alena binti Sufian..."
"yes.. Alhamdulillah." kata safa. dia terus berdiri dengan bangga dan terus beratur di barisan kelas barunya.

apabila 20 nama sudah habis disebut, dia pandang kedepan dan kebelakang untuk mencari orang yg boleh dijadikan kawannya.

"aikk.. 4 orang je lelaki. lain pupus ke apa?" kata safa perlahan. "alamak.. takda kawan lah pulak. ni dorang punya pasal lah ni. pandai sangat. terpaksa cari kawan baru." sambungnya lagi. dia paling tak suka untuk mencari kawan baru.

________________________________
waktu rehat:
"girls.. apani korang tinggalkan aku." kata safa.

"rezeki wey. nak buat macam mana. tapi kau pun ada rezekinya jugak." balas khairah.

"rezeki apa?" soal safa sambil pandang muka khairah. nayli dan mira juga pandang khairah.

"kau sama kelas dengan khaliq kot. budak yang baru masuk tahun lepas tu. handsome kot." kata khairah teruja.

"ohh.. dialah khaliq. biasa je." kata safa selamba.

"buta kau ni shaf." balas mira.

safa mencebik. serius. dia lihat biasa je. sebab dia merasakan lelaki itu sombong dan berlagak.

"tapi korang okay lah masuk kelas sains dengan akaun. aku tercampak kat kelas ERT kot. hmm" kata nayli.

"ermm.. maybe kau ade rezeki lain." balas khairah. mereka berempat ketawa. mereka sudah berkawan dari tingkatan 1 lagi.

________________________
4 bulan kemudian..
"mel.. kita ni dah 4 bulan sekelas.. tapi khaliq tu pernah tegur kau tak?" soal safa.

"pernah lah.. tapi boleh kira dengan jari berapa kali aku bercakap dengan dia." balas melisa. dia duduk bersebelahan dengan safa.

"sombong kan dia. aku pernah sekali je cakap dengan dia. tu pun masa math." kata safa lagi. tapi memang dia tidak pelik kalau khaliq sombong. kerana dia sudah dapat tahu yang khaliq itu anak orang berada dan bapanya mempunyai syarikat sendiri. syarikat apa pun safa tidak mahu amik tahu.

"maybe sebab dia couple dengan mirza kot." kata melisa.

"what? serius ah? so selama ni cerita yang aku dengar dorang suka sama suka ni betul lah?" safa terkejut. hebatnya mirza. mirza juga rakan sekelasnya. tapi masih belum rapat lagi. mungkin sebab tempat duduk dia dan mirza berjauhan.

"aku pun tahu masa aku datang kemas kelas haritu. kau tak datang kan. aku tengok dorang macam ade something je. aku tanya daus, daus cakap dorang couple. aku pun terkejut" jelas melisa.

"wow.. hahaha." ni kena bagitahu geng aku ni. bisik hati safa.

______________________
"wey.. sejak aku dapat 12 markah dalam addmath, aku rasa aku nak insaf lah. nak duduk depan lah. depan mirza ngan sufiah kosong tu." kata safa. meja dikelas ini adalah secara berkumpulan. satu kumpulan mempunyai 4 orang pelajar. kata cikgu, dengan kedudukan meja yang begitu mereka akan lebih mudah untuk membuat kerja kumpulan kerana duduk berhadapan.

tapi bagi pelajar pula, ia memudahkan untuk mereka berborak.

"aku pun rasa lah wey. kita duduk sini asyik bercakap je. mana tahu duduk depan kita insaf." balas melisa. mereka ketawa dan berdiri untuk menukar tempat.

"mirza, sufiah. sini kosongkan. kita orang nak duduk sini boleh?" soal melisa.

"hahh.. kosong. duduk lah." jawab sufiah.

"tapi kenapa tiba tiba nak duduk sini?" tanya mirza pelik.

"duduk belakang asyik bercakap lah. nak try duduk depan pula." balas safa. sejak daripada itu, mereka berkawan baik dan kadang kadang mereka menghabiskan masa bersama selepas tamat persekolahan.

__________________________
"mirza, kau dengan khal macam mana?" soal safa. dia takut juga sebenarnya. takut di cop busy body. tapi dia ingin tahu.

"aku dengan khal? kenapa?" soal mirza kembali.

"yerlah.. korang kan bersama." balas safa.

"hahaha.. aku dah takda apa apa dengan dia lah. dah sebulan dah." jawab mirza tenang.

"hah.. yeke? kenapa putus?" soal safa lagi. dia memang busy body.

"takda jodoh. eeee.. hahaha. taklah. bila aku fikir balik shaf, umur kita ni belum layak untuk bercinta. lagipun parents kita hantar kita untuk study. yedak?" jawab mirza.

"fuhhh.. deep." balas safa. mereka berdua gelak.

____________________

"okay.. sekarang kita akan dengar perbentangan dari kumpulan khaliq. siapa yang akan bentang?" soal cikgu najwa.

khaliq sudah berdiri untuk membuat perbentangan. perbentangan sudah berlansung selama 5 minit dan sudah sampai masa untuk sesi soal jawab.

"okay.. saya nak tanya dekat........ hah kau safa." kata khaliq.

safa terkedu. satu, dia terkejut khaliq panggil namanya. first time rasanya. kedua, dia takut dengan soalan yang akan diberikan.

"Malaysia merupakan sistem ekonomi apa dan berikan satu cirinya." soal khaliq.

fuhh.. nasib malaysia. "Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran. dan salah satu cirinya adalah individu dan firma bebas memiliki sumber dan kerajaan akan menyediakan barang awam." terang safa dengan yakin.

"salahhhh..." kata khaliq.

"apahal pula salah. aku dah hafal tau." marah safa.

"alamak.. aku nak gurau je. takyah marah. betul.. jawapan kau betul. tahniah ye." balas khaliq sambil tersenyum.

"eee.. dia ni. geram pulak aku." jawab safa perlahan sambil tersenyum. dia dah jawab punya yakin kalau salah malu lah digelakkan.

tetapi sejak daripada itu, hubungannya dengan khaliq sudah makin rapat dan asyik berlaku pergaduhan antara safa alena dan khaliq zafran. sehinggalah mereka memasuki tingkatan 5.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience