bab 10

Romance Completed 7617

"mirza.. saya sayangkan dia." luah khaliq.

"luahkan lah khal. lama awak cari dia. takkan awak nak biarkan perasaan awak hancur macam tu je." balas mirza.

"dia dah tunanglah mirza." luah khaliq lagi.

"sejak bila khaliq yang saya kenal ni baik sangat ni? bukan dulu awak cakap. apa yang awak nak, awak akan pastikan awak dapat ke? dia baru tunanglah khal." balas mirza.

"saya tahu saya tak baik. tapi putuskan pertunangan orang tu kejam." kata khaliq.

"ohh.. okay, then. lupakan dia." jawab mirza tenang.

"saya dah try. tapi saya tak boleh. apa yang saya nak buat ni?" ada juga dia rasa putus asa sebelum ni. malaysia ni bukan kecil. walau dia berpindah ke KL sekalipun belum tentu dia dapat berjumpa dengan safa. tapi Allah temukan dia dan safa kembali. tapi saat perempuan itu dimiliki.

"saya tak tahu nak buat apa khal." khal dah banyak berubah dari yang dulu. dan dia tahu ini semua sebab safa. dan sebab itu dia tidak teragak agak mahu lepaskan khal walaupun ketika itu, dia masih sukakan khal.

"awak sampai bila kat KL ni?" khaliq sudah tukar topik.

"sampai urusan suami saya kat sini selesai. awak tahu tak khal...." mirza cuba untuk bercerita dengan khaliq.

tapi khaliq sudah tertumpu pada perkara lain. selang dua meja daripada tempat mereka duduk, dia lihat sepasang kekasih yang sangat romantik.

tak. bukan pasal romantiknya itu. lelaki itu, walaupun khaliq hanya pernah lihat dia gambar sahaja. tetapi dia sangat kenal lelaki ini. tapi benarkah lelaki ini. takkan panduk dua serupa pula.

"khal? dengar tak ni?" tegur mirza.
"yes." khaliq mula tersedar.
"what? saya bercerita panjang tadi. satu pun awak tak dengar. apa ni khal." marah mirza.
"wait mirza. saya rasa saya kenal lelaki tu."

"lelaki mana? yang tengah peluk peluk dengan perempuan tu?" apalah. tak hormat orang sekeliling betul. aku dengan suami aku pun tak pernah buat macam tu.

"yes." jawab khaliq.
"siapa lelaki tu?" soal mirza malas.
"tunang safa. 99% confirmed" kata khaliq.
"apa? biar betul? entah entah panduk dua serupa ke." mata mirza terkejut.

"i'm not sure. tapi saya rasa tulah tunang safa." kata khaliq. tiba tiba, perempuan itu bangun dan pergi ke tandas.

"jap. saya pergi tandas. saya tanya perempuan tu." mirza turut ikut langkah perempuan itu.

selang dua minit, mirza duduk kembali ke tempat itu.

"macam mana?" soal khaliq.
"nama dia ratna. lelaki tu nama ashraf. mereka pasangan kekasih." jelas mirza.

"ashraf.. confirm. tu memang tunang safa. tak guna punya jantan." dia pernah dengar safa sebut nama itu pada malam kereta safa rosak.

khaliq sudah mula berdiri dan menggenggam penumbuknya. tapi cepat cepat dihalang oleh mirza.

"awak jangan nak buat hal eh." marah mirza.
"kalau dia tanak safa, boleh bagi kat sayalah." marah khaliq pula. kesian pula dia lihat safa.

_______________________
"hai safa. dah makan?" tegur khaliq. dia duduk di meja safa.

safa yang sedang tekun menaip sesuatu pada telefonnya mula memandangkan khal. "hai. dah." balas safa.

"massage dengan kekasih hati ke?" soal khaliq lagi. dia menahan rasa. haishh.. kalau dapat bagi penumbuk sebiji dekat lelaki tu memang sedap.

"haah." balas safa.
"saya nak tanya awak sekali lagi. do you love him?" soal khaliq.
"yes. why?" soal safa pelik.
"nothing.. just.. you deserve better" like me. hahaha.
"what do you mean khal?" soal safa semakin pelik.

khaliq mahu beritahu. tapi dia tahu, safa takkan percaya kata kata dia. "takda apa lah. buat kerja awak. jangan asyik main phone je." kata khaliq dan terus berlalu ke pejabatnya.

"khaliq." panggil safa. tetapi khaliq tidak menolehnya.

___________________
"hai sayang.. mimpi apa ajak i keluar harini?" soal safa. sejak beberapa bulan ni. hubungannya dengan ashraf tidak seperti dulu. lelaki itu makin jadi pendiam.

"saja. i dah lama tak ajak you keluar. ini hujung minggu ni kita keluarlah." kata ashraf.

safa hanya tersenyum.

sepanjang hari itu, mereka luangkan masa mereka bersama sahaja. shopping, tengok wayang..

"bestnya harini.." safa menjerit riang.
"kan." balas ashraf.
"thank you sayang layan i harini. i happy." kata safa.
"i pun happy." balas ashraf lagi.

tiba tiba lagu di telefon ashraf berbunyi. betul betul dia sebelah safa. 'ratna sayang'

cepat cepat ashraf mematikan panggilan tersebut.

safa cuba untuk tenang. "kenapa tak angkat?"

"tak penting." balas ashraf.
telefon itu berbunyi lagi.
"angkatlah. ke nak i yang angkat?" safa masih cuba sabar.

ashraf terus mengangkat panggilan tersebut.

"siapa ratna?" soal safa apabila ashraf sudah tamat menjawab panggilannya.
"kawan. takyah cemburulah." balas ashraf.

"memang semua kat contact you, you letak 'sayang' ke kat belakangnya?" soal safa lagi.

"you jangan cemburulah. kita orang just kawan." balas ashraf mula berang.
"okay ashraf. just terus terang dengan i." kata safa.

"terus terang apa?" balas ashraf lagi.
"terus terang ashraf." kata safa lagi.

mereka diam.
"fine. i dah jatuh cinta dengan dia. puas?" luah ashraf.
"sejak bila?" soal safa.
"dua bulan lepas." jawab ashraf tenang.

safa diam. perit. air matanya mula bergenang.
"habistu i?" soal safa perlahan.

"you apa?"
"wedding kita?" soal safa lagi.
"teruskan jelah. i boleh pasang empat kan." tenang saja jawapannya.

muka safa mula merah. marah. "the hell. apa yang awak cuba cakap ni? so you memang dah pasang niat nak bagi i madu lah?"

"why not?"
"why not? you bergurau ke? ke you dah gila. i lebih rela wedding kita dibatalkan daripada layan you yang tak cukup satu ni?" marah safa.

"nak batalkan wedding? batalkan lah. i memang tunggu tu keluar dari mulut you. i dah tak cintakan you lah." luah ashraf.

safa terkejut. air matanya sudah seperti air terjun. dia tanggalkan cincinnya dan letak di dashboard.

"turunkan i." arah safa.
ashraf yang tanpa rasa bersalahnya, dia berhenti di tepi jalan.
"turunlah." arah ashraf.
safa terkejut. tetapi dia tetap membuka pintu kereta itu dan melangkah keluar.

kereta ashraf terus meluncur laju. meninggalkan safa keseorangan di tepi jalan. "you kejam ash.. you kejam." safa mula menangis teresak esak di tepi jalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience