bab 4

Romance Completed 7617

"hai mirza." tegur khaliq ragu ragu.
"hai khaliq." balas mirza sambil tersenyum.
khaliq terdiam.

"hai mirza. hai khaliq. okay tu je. tamat. masing masing boleh duduk tempat masing masing." tegur safa pula.

"hai safa." tegur firdaus.
"oh hai firdaus." balas safa.
"hai melisa" kata firdaus lagi.
"hai firdaus." balas melisa.
masing masing ketawa.

"korang boleh diam tak? korang duduklah tempat korang sana." marah khaliq.

"alaa.. kita orang nak berborak jugak." balas melisa.

"lain kalilah." kata khaliq. khaliq sudah jeling safa tajam. seperti bagi isyarat.

safa telan air liur. takut pula dia. tapi safa diam sahaja. dia sudah berjanji pada mirza tidak mahu tinggalkan dia berduaan dengan khaliq.

"ermm.. takpelah mirza. lain kali kita berbual lagi yer." kata khaliq geram. safa lansung tak membantunya.

ketika itu, ada seorang perempuan memasuki kelas mereka. mereka terdiam. mereka jangka itu mungkin cikgu baru.

"MasyaAllah.. cantiknya?" kata aiman.
"pardon?" soal cikgu itu.
"errr.. nothing" jawab aiman sambil tersengih.

"ketua kelas? salam?" soal cikgu itu.
"ohh.. selamat sejahtera cikgu..." laung raju. ya. dia merupakan ketua kelas. sejak tahun lepas lagi.
" selamat sejahtera cikgu...." laung pelajar dari kelas itu pula.

"oh ye. nama saya nur mawar binti suhaimi. boleh panggil saya cikgu mawar. jangan risau, saya hanya cikgu ganti kelas kamu." terang cikgu mawar.

"patutlah cantik macam bunga mawar." kata khaliq pula perlahan.

"Alright. hari ini saya ganti cikgu add math awak. dia ada urusan di PPD. dia minta saya edarkan latihan ini pada kamu."

semua mengeluh.

_____________________
kringggggg!!!!!
"Alhamdulillah.. habis juga waktu yang paling aku benci ni." kata firdaus.
kami semua ketawa. ya. kami sangat benci addmath.

"tapi.. lawa siot cikgu tu." kata aiman.

"ermm.. aku yang perempuan ni pun kata dia lawa. lawa sangat." kata safa pula.

"tulah.. tak macam kau safa. tak cantik. gemuk." kata khaliq.

"wahh... kau dah lebih. ooo.. kau tunggu eh. bila aku dah besar nanti. dah cantik. dah kurus slim. kau.. sebelah mata pun aku tak pandang." marah safa. dia tak tahu kata kata khaliq itu sensetif bagi perempuan. safa takda lah tak cantik dan gemuk. cuma dia agak gelap kerana banyak berjemur dan cubby sedikit.

"kau tengok muka aku yang handsome ni. ada aku kesah? aku pun tak teringin nak pandang kau walau kau dah cantik sekalipun." kata khaliq pula. makin menambahkan api kemarahan safa.

"aku akan pastikan kau termakan dengan kata kata kau." kata safa sebelum beredar.

rakan rakan yang lain hanya diam. tudak pelik lagi kalau melihat mereka berdua ini bergaduh.

"mirza. kau tengok khaliq tu. geram betullah aku ngan dia ni." safa mengadu kepada mirza.

mirza pandang khaliq.

"kau tak payah mengadulah safa alena. benda macam tu pun kau nak ngadu." marah khaliq pula. kalau sampai mirza marah aku siap kau safa.

"I don't care. I don't care." safa seperti mengejek.

mirza hanya diam. terselit rasa cemburu juga dalam hatinya.

_________________
"hey shaf.. muncung je. kenapa?" soal mira.

"khaliq tu hah.. ada dia kata aku tak cantik and gemuk. tak guna betul. merundum mood aku harini." terang safa geram.

"fuhh.. dua perkataan yang perempuan tak boleg dengar tu." kata nayli.

"kan." balas safa setuju.

"busuknya mulut dia." kata khairah pula.
mereka ketawa.

"tulah. kalau aku dapat mukut dia tu. aku cubit, putar putar seratus lapan puluh darjah." marah safa lagi.

"shaf.." tiba tiba mira menyampuk saat safa sesang membebel.

"ya." balas safa.

"kau.. suka khaliq ke?" soal mira ragu ragu.

"the hell? no! mana ada. kenapa tanya?" bantah safa. dia suka khaliq ke? ohh.. tak tak tak.

"tak lah.. orang kata jangan selalu gaduh, nanti sayang." kata mira lagi.

nayli dan khairah hanya tersenyum. setuju dengan kata kata mira.

"bukan dalam kes aku ngan khal ni eh. tapi an.. Ya Allah. tak nak lah. lelaki lain lah. tak nak aku dengan khal tu." safa merengek pula.

"so kau janganlah selalu gaduh dengan dia." kata khairah.

"dia yang cari pasal dulu." balas safa.

"ke dia yang suka kau?" soal nayli pula.

"taklah. dia suka mirza lah. kan aku cerita kat korang." balas safa lagi.

mereka semua diam dan sambung makan lagi.

___________________
ketika safa memasuki kelas kerana waktu rehat sudah habis. dia menuju ke tempat duduknya. mukanya masih masam.
safa melihat khaliq sudah duduk ditempatnya. cepat pula dia ni masuk kelas. biasanya safa masuk kelas dulu sebelum khaliq. mimpi apatah dia ni.

"hai safa. nak dengar cerita tak?" tegur khaliq mesra. macam takda apa apa berlaku sebelum ini.

"aku malas lah nak layan kau." kata safa.

"alaa.. safa takkan kau terasa kot dengan apa aku cakap sebelum rehat tadi." balas khaliq.

safa mengeluh. dengan orang macam khaliq ni. kena lupakan hati dan perasaan.

"yerlah khaliq zafran.. kau nak cerita apa?" soal safa malas.

"tadi mirza cakap dengan aku." kenyataan yang buat safa tak rasa apa apa.

"so?" soal safa.

"kau patut happy usaha kita hampir berjaya." kata khaliq teruja.

heih.. tu je? okay safa. layan je safa. jangan buat dia marah. "ohh.. aku happy. akhirnya. bersatu pun kita semua."

khaliq tersenyum sampai menampakkan gigi putihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience