bab 7

Romance Completed 7617

8 tahun kemudian.....

"sayang..." laung safa

"sayang.. cantiknya you harini." kata ashraf.

"so, selama ni i tak cantik lah?" soal safa.

"u selalu cantik sayang." kata ashraf.

"ermm.. amik hati sangat." balas safa. mereka ketawa.

"so, macam mana? nervous tak? hari first kerja ni." soal ashraf.

"mestilah nervous." balas safa.

"dah lah. jomlah. nanti lambat pula ke tempat kerja ni." kata ashraf lagi.

safa tersenyum dan berlalu ke arah tempat duduk penumpang di hadapan. dia bukan tidak punya kereta atau lesen. tapi kata tunangnya memandangkan hari ini hari pertamanya kerja, dia dengan rela hati untuk menghantar safa ke tempat kerja.

___________________
"are you okay el?" soal ashraf.

"okay. just.. nervous" jawab safa. okay, sekarang dia betul betul ada dibawah bangunan yang cukup gah ini.

"ohh.. normal lah tu. good luck!" ashraf cuba bagi semangat.

"doakan i okay?" kata safa.

"mestilah sayang." ashraf cuba memegang tangan safa, tetapi cepat cepat safa membuka pintu kereta dan keluar dari kereta itu.

ashraf hanya tersenyum. "okay bye sayang."

"bye. i pergi dulu." balas safa sebelum dia mula melangkah masuk ke bangunan itu.

____________________
"okay.. cik alena boleh duduk dulu. sebentar lagi akan ada pekerja bantu cik." kata seorang perempuan di kaunter itu.

"okay. terima kasih ya?" safa tersenyum sejurus itu duduk di sofa yang telah disediakan.

"cik safa alena binti sufian?" tegur seorang pekerja perempuan lain.

"ya saya." safa berdiri tegak dihadapan perempuan itu.

"boleh ikut saya sekarang." kata wanita itu sambil tersenyum.

mereka mula berjalan ke arah lif.

"kita akan terus pergi jumpa majikan saya ke?" soal safa. dia cuba hilangkan rasa gemuruhnya.

"ya. oh.. saya nabilah. cik.. nak saya panggil apa? cik safa atau cik alena?" sapa perempuan itu.

"err.. takyah cik cik lah. panggil je saya alena. lagi pendek el. 'al' 'el' dekat lah tu eh." safa ketawa. nabilah juga turut ketawa. sejak dia berpindah ke KL, orang mula memanggilnya alena. dia juga selesa orang memanggilnya alena.

pintu sudah terbuka menunjukkan mereka sudah sampai ke tingkat 10.

"ikut saya el." kata nabilah.

safa hanya tersenyum dan mengikut nabilah.

"dia garang tak?" soal safa.
nabilah tersenyum. "boleh tahan lah. tapi dia handsome." balas nabilah

safa hanya senyum. eh dia taste orang tua ke?

nabilah mengetuk pintu kayu itu.
safa sudah tidak senang duduk. gemuruh bukan main lagi. sebelum ini, dia temuduga dengan orang lain.

"masuk." kata orang di dalam.
pintu sudah dikuak. mereka mula memasuki bilik itu.

wanginya bilik ni? dapat lelaki macam ni. indah hidup. bisik hati safa. eh. fokus.

safa lihat. lelaki itu sedang menaip sesuatu pada komputernya. ohh.. muda. ingat dah tua. mukanya hanya nampak separuh sahaja.

"encik khaliq, ini pekerja baharu kita." kata nabilah.

khaliq? haishh.. tak boleh lari betul aku dengan nama ni.

lelaki itu mula pandang ke hadapan. dia tersenyum pada safa.

safa sudah beriak terkejut. jantungnya bagaikan mahu pecah.

"cik alena?" tegur nabilah.

safa tersedar. "ya.. ya.. saya. ma.. maafkan saya." kata safa gagap.

nabilah tersenyum. tidak pelik kalau wanita tiba tiba gagap apabila bertemu dengan majikannya ini. kacak bukan main lagi.

"ini majikan awak. encik khaliq zafran." kata nabilah.

safa hanya diam. boleh tak saya nak berhenti kerja sekarang? eh.. safa abaikan dia.

"encik khaliq. ini akauntan baru kita, cik safa alena." kata nabilah lagi.

khaliq tersenyum. "selamat datang ke berjaya holding." kata khaliq.

safa masih diam.
"okay.. nabilah. awak boleh keluar. saya ingin bagitahu dia peraturan syarikat ini." kata khaliq lagi.

nabilah mengangguk dan terus berlalu keluar.

"cik.. safa?" soal khaliq.

"cik alena." jawab safa selamba. tenang safa.

"ohh.. tukar nama dah." kata khaliq perlahan. "but, i lagi prefer safa. so.. cik safa." khaliq duduk tegak. kedua dua tangannya mula diletakkan di atas meja. dia menolak satu fail ke arah safa.

safa malas mahu melayan. lantak kau lah. safa hanya diam. betullah ini khaliq yang menyakitkan hati tu.

"ini surat perjanjian. baca dan tanda tangan. dalam surat tu ada menyatakan, awak tidak boleh berhenti dalam masa 3 bulan ini. in case, awak ada tak suka dengan pekerja kat sini. awak kena tahan je...." bebel khaliq.

eheh dia ni.. macam tahu tahu je. safa merungut dalam hati. dia hanya mendengar saja khaliq jelaskan peraturan peraturan itu. malas mahu menyampuk. sekarang ni aku kena fikir, teruskan bekerja dengan dia atau cari kerja lain. hey safa... sekarang susah nak cari kerja tau. bersyukur lah dapat kerja ni.

"hello.. cik safa?" tegur khaliq.
safa tersedar. terus pandang muka khaliq.
"awak dengar tak apa yang saya jelaskan tadi?" aku jelaskan punya panjang, kau termenung.
safa mengangguk.
"so awak setuju?" soal khaliq.

safa mula berfikir.. jarinya kanannya mula memusing musingkan cincin yang berada di jari manis kirinya. sejak bertunang dan ada cincin di jarinya, sudah jadi habitat pula memusing musingkan cincin itu apabila sedang berfikir.

khaliq nampak cincin itu.. dia mula rasa tak sedap hati. perempuan itu masih belum kahwin.. tapi cincin itu. don't tell me...

"cincin? awak belum kahwin kan?" soal khaliq selamba.

"hah.. tunang." itu sahaja yang safa mampu katakan.

khaliq mengangguk tenang. "so macam mana? setuju? kalau setuju tanda tangan di sini."

safa mula mengambil pen itu. dia berfikir sejenak. huh.. kalau aku kerja lain, aku tak terima kerja sini. tangannya mula menanda tangani surat perjanjian itu.

khaliq mula tersenyum. "okay. tu je. nanti awak keluar jumpa dengan nabilah untuk dia tunjukkan ruang kerja awak."

safa hanya mengangguk. dia mula berdiri untuk melangkah keluar.

"safa.." panggil khaliq.
safa yang baru sahaja membuka pintu, terus toleh ke arah khaliq.

"kenapa awak pergi tak bagitahu saya dahulu?" soalan itu sering berlegar legar dalam kepalanya. akhirnya, dapat juga dia luahkan.

tetapi safa hanya tersenyum. "tak penting untuk encik tahu." safa terus keluar dari bilik itu.

khaliq terdiam. dia yang sedang memegang iphonenya mula menelefon seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience