BAB 18

Romance Completed 12689

Aku sayang ummi,
Ummi ku sayang ummi,
Sayang sayang ummi,
Ummi ku sayang..

Rangkap itu diulang-ulang di dalam Ipad Adam.
Aku mengemas kertas lukisan yang bertaburan hasil sepah si Adam.
Aku jeling Adam yang terpaku memegang Ipad. Mata bulat merenung screen Ipad dengan yang mulut ternganga kecil. Nampak berminat betul dia.
“Bunda.”

“Ya sayang.” Pensel warna dan crayon yang berterabur aku masukkan ke dalam bekasnya.
“I love this song.” Katanya petah dengan mata yang tersepet gembira. Tangan montelnya ditepuk dengan badan yang goyang kiri dan kanan. Ada yang tersenget sebelah jugak dia ni. Aku tergeleng. Sambung mengemas, lap bekas crayon yang melakat di tikar mainan.

Aku berlalu ke stor sebentar mangambil penyapu. Apabila masuk, Adam masih kusyuk tawaduk mengadap Ipad, tinggal hanya tangannya yang masih menepuk perlahan.
“Bunda.” Panggilan Adam membuatkan kerja menyapuku terhenti sebentar, aku pandang Adam yang senyap namun matanya masih terpaku pada ipad.
“Yes dear..”

“Kenapa lagu ni tak habis lagi?” Soalan si comel kali ini buat aku tertawa kecil.
“Jom, teman bunda basuh tangan lepastu kita teman daddy tidur.” Aku membawa penyapu keluar dari playroom. Adam terkedek-kedek mengikutku dari belakang.
**************
“Bismiwalah huma aya wamud.” (Bismikallah humma ahya waamud)
“Wa-a-mud.”

“Wa-a-mud.” Sepatah-sepatah juga dia mengikut. Sama-sama kami meraup muka.
“Say sorry to your daddy then kiss him.” Anak yang patuh itu memanjat badan daddynya dan mencium pipi itu.
“Sorry daddy.” Suara anak kecil itu berbisik.
Aku dapat lihat Aidan tersenyum. Adam didakapnya dan dia mencium dahi anak itu.
“Say sorry to your bunda then kiss her mouth.” Aidan berbisik pada Adam. Aku tak dapat menahan senyum. Ajar anak menakal!

Anak yang taat itu merangkak pula kepadaku. Dia mencium kedua-dua pipiku dan bibirku. Allah.. Bahagianya!
“Sorry bunda.”
Aku tersenyum sambil memeluk pinggangnya. “Sorry is accepted.”
Adam membaringkan diri disebelahku.

Baru mataku mahu terpejam, suara comel itu kedengaran lagi.
“Ya sayang..” Aku mengiring mengadap Adam sambil menepuk pahanya.
“Bunda tolong nyanyi lagu tadi.”
Allah anak! Bunda awak dah ngantuk ni.. Namun tak sampai hati menghampakan permintaannya.
Sumbang sumbing, dengar tak dengar.. Aku hentam. Mengantuk betul. Tangan saja yang setia menepuk paha Adam.
“Bunda.”

Nyanyianku terhenti. “Ya habib..” Mata dah separuh celik. Samar saja wajah comel itu. Penat sepanjang hari tadi baru mahu terubat.
“Bunda nyanyi tak sedap.”
Nah! Bulat terus mataku. Anak yang taat dan baik tapi becok dan banyak songehnya. Dia kutuk aku pulak, bagus betul anak aku ni!

Perhatianku terkalih daripada Adam apabila badan sebelah sana bergegar-gegar. Kushen diatas kepala aku ambil dan baling kepadanya. “Gelakkan orang!” Aku terjerit namun masih dalam mood berbisik.
Terus sahaja Aidan melepaskan gelak besarnya. Tak tertahan dah! Adam yang tadi senyap duduk dan sama ketawa dengan daddynya.

Alahai.. Bagus betul dua putera aku ni! Dua-dua sama kepala. Bunda merajuk!!
Dalam kantukku tadi, disebabkan dua lelakiku ini. Pukul 3 baru boleh lelap mata. Adam yang tiba-tiba banyak celoteh mengambil bedak talkumnya dan ditepek ke muka Aidan. Masa itu aku membalas dendam dengan ketawakan Aidan sampai senak perut. Dek geram dengan aku Aidan menyuruh Adam menabur bedak diatas kepalaku. Perang, ketawa, bersembang dan semua kembali layu.

Muhammad Adam Isaac, kehadirannya bagaikan cahaya yang menerangi malam. Apabila hadirnya dia di kantung rahim, si ibu sudah resah memikirkan nasib si anak. Apakah bakal baik sahaja anak ini apabila celik sahaja ke dunia? Si bapa menolak kehadirannya, si ibu dambakan kehangatannya. Namun peristiwa hampir kehilangannya seperti melagakan kepala dengan kepala. Nyawa bukan mainan. Cinta boleh dipupuk, bukan kekerasan sentiasa menjadi jawapan. Bermula besarnya daripada hanya seketul daging kini telah menjadi permata kepada dua insan yang penuh khilaf, membesarnya bersama cinta yang dulu hampir layu jatuh menghempas bumi.

Allah Tuhan sekalian alam.. Mengatur bumi di bawah pengetahuan-Nya. Setiap titik darah yang tumpah segunung dibalas nikmatnya. Jangan pernah menyerah, jangan pernah kalah. Tidak perlu patah yang panjang untuk kau luahkan, ucaplah bahawa kau sedang lemah, ucaplah bahawa kau sedang lelah, dengan pemohonan yang sesungguhnya Dia mengerti. Hamba-Nya memerlukan Dia. Tidak perlu perkataan yang mekar berbunga, cukup istighfar sebagai taubatmu. Tidak ada seorang pun di muka bumi ini mampu melangkah tanpa izin-Nya. Tidak ada seorang pun di dunia ini boleh mengatur kehendaknya, kerana Allah yang Esa telah menyusunnya dengan begitu indah tanpa seorang hamba itu sangka yang dia bakal tersenyum juga akhirnya. Hanya Dia tempat kau berserah.

Malam itu kami bertiga tidur dibawah kerana katil dengan comot bedak. Aidan tidur dengan muka bertompok bedak. Adam pun tak kurang, satu badan penuh bedak, poket baju dah kembung dengan bedak yang dituangnya. Aku tidur dengan kepala yang separuh beruban. Nyenyak kami sekeluarga. Tangan yang menepuk peha Adam terhenti apabila ada tangan sasa yang mengenggam. Apabila mata terbuka dahiku dicium lembut. Adam juga menerima hadiah darinya.
“Nyawa abang.. hanya kamu berdua.”
Aku tersenyum. Dia tak nak tambah anak dah ke? Kalau nak tambah aku mohon agar Allah anugerahkan aku anak perempuan. Biar sepasang. Adam dan Hawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience