BAB 11

Romance Completed 12689

“Rindu,rindu semakin rindu. Cinta, cinta semakin cinta. Aku disini kau..”
“Kat bilik memekak, kat sini pun you nak memekak?”
Dahi sudah ku kerut sampai ke mata. Ini pekara ketiga yang pelik Aidan buat. Bersandar dipintu dapur sambil memeluk tubuh dan mengiggit epal. Aidan menggodaku dalam diam. Tapi itu pelik! Aidan mana pernah bercakap denganku lagi-lagi waktu pagi begini. Selalunya waktu pagi begini moodnya serius. Muka serius dan mata pasti macam nak telan orang. Tapi kali ini sangatlah berbeza, wajahnya santai dan matanya nampak..

“Why you are staring at me that way? There is something wrong at my face?” Muka Aidan sudah berkerut seperti biasa.
Aku hanya menggeleng kepala. Nasi goreng aku senduk ke pinggan bersama dengan jus apel, aku hidangkan di kitchen island. Aidan lebih suka bersarapan di sini, melainkan makan tengah hari dan malam akan dihidangkan di meja makan.
“Makan.” Suara antara dengar tak dengar saja. Minyak wangi apa yang Aidan pakai hari ni? Aku tahan kerut di muka.
Dia senyap menikmati nasi goreng cina yang sudah siap-siap diorder olehnya sebalik sahaja aku keluar bilik tadi.

Aku jadi tidak kena apabila Aidan turut berada di dapur ini. Selalunya apabila dia sedang makan aku sudah sibuk menguruskan kain. Sekarang ni, aku rasa sedang diperhati. Nak sental kuali pun dah jadi sopan dan terkepit!
“Seronok tak tidur bilik I malam tadi?”

Telan liur, tersekat! Aku hanya diam, biar Aidan terus berkata-kata. Malu woi! Pecah rahsia anak dara masuk bilik anak teruna. Dara? Teruna?
“Bibir perempuan?”
Aku seperti direnjat elektrik apabila suara itu betul-betul di belakangku. Aku dah tak tahu nak sorok muka di mana. Bawah sinki? Dalam besen? Ya Tuhan.. Malunyaaa!
“Did my lips look like a girl?”

Biru mukaku apabila wajah Aidan betul-betul disebelahku. Tubuhku sudah dapat merasa hangat tubuh Aidan yang begitu rapat. Namun sungguh tak selesa bagi sedangkan ini adalah posisi kegemaranku dan kegemarannya dulu. Sebenarnya, aku tidak selesa dengan bau badan Aidan.
Aku berdehem dan mengkalihkan badan menghadap Aidan membuatkan dia mengenjak tubuhnya menjauhi aku. “Arr.. awak tak kerja ke? Sekarang dah pukul 8.45.” Cakap pun macam nak tergigit lidah sendiri.
Aidan membuat muka tanpa perasaan. “Cuti. Nak jumpa Puan Raudhah.” Dia berlalu ke kitchen island lalu menghabiskan jus apelnya.

Kalau berjumpa dengan puan kaunselingnya itu, rajin je pergi. Bini kat rumah tinggal sorang-sorang.
Aku melepaskan nafas lega apabila Aidan berlalu keluar dari dapur. Rasa mual yang aku tahan sejak tadi aku luah ke sinki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience