BAB 8

Romance Completed 12689

Aku terkelip-kelip merenung langsir yang senyap biarpun tingkap terbuka.
Bila aku bertanyakan kenapa dia tersalah lafaz masa akad nikah dulu, jawapan dia betul-betul buat aku keras perut.
“Ayah renung abang sampau ke ulu hati, gugur habis bulu ketiak abang.”
Kenapa bahagia sering diragut?

Untuk memberikan kau bahagia yang lebih daripada yang kau bayangkan. Soalanku terjawab sendiri.
Tak kisah apapun yang berlaku. Aku akan tetap kental. Aku aku tetap menjadi isterinya walaupun kehadiranku sering ditolak..

Aku memandang pintu yang terkatup rapat. Pintu yang kini jarang sekali aku melangkauinya. Pintu yang bagiku tersimpan seeorang putera yang kini bertukar menjadi seekor raksasa. Tidak mahu didekati oleh sesiapa pun. Malangnya, raksasa ini sepeti tiada ubat penyembuhnya untuk menukarkan kembali dia sebagai putera. Tiada. Biarpun true love’s kiss. Kebal, benar-benar kebal! Kalau ada dah lama aku cium dia dengan penuh relanya.
Kejadian yang tak disangka-sangka tadi telah membuatkan aku mencemar duli melangkah masuk ke bilik itu. Apabila mataku terpejam, hangat tubuhnya kembali terasa.

Aku turun dari katil ke sinki, sempat aku jeling jam yang kini berdetik menunjukkan 3.42 minit. Pasti selepas ini aku sukar untuk tidur. Cukuplah aku tak suka!
Air paip aku buka dan aku tadahkan cawan dibawahnya lalu aku bawa ke mulut. Dengan perlahan rasa dahaga beransur hilang. Aku termenung seketika.

Entah kenapa pintu bilik yang menggabungkan bilikku dengan bilik Aidan seperti memanggilku. Sedar-sedar aku sudah berada di depan pintu itu dengan tangan sudah berada di tombol pintu. Terpinga sebentar dengan diri sendiri.Tanpa mengikut kata akal yang menyuruhku kembali ke katil tombol pintu sudah ku pulas dan dengan perlahan pintu aku tolak. Bilik yang hanya diterangi lampu tidur lansung tidak meganggu penglihatanku. Masih boleh kulihat susun atur bilik yang kemas dan meja kerja yang bersepah. Kalau sebilik dulu, sudah lama aku bebelkan dia.

Mataku menyorot ke arah sekujur tubuh yang senyap di atas katil king size-nya. Wajahnya tampak tenang dan jujur. Wajah campuran Thailand, US, Malay yang manarik perhatian setiap gadis yang memandang termasuk aku, malah wajah ini yang buat aku sering panasaran pada pertama kali memandangnya. Apatah lagi senyumannya yang nakal namun mesra tak pernah buat aku tenang setiap kali menatapnya. Aku tidak boleh tipu diriku, aku rindu Aidan tidak kisah yang baru atau lama, kerana dia tetap Aidan.

Sedar tak sedar aku sudah pun bersimpuh disebelahnya. Menilik wajahnya dari kening hingga ke dagu. Jari telunjukku taat mengikut kata hati, mengukir wajahnya yang lena. Bermula dari keningnya yang lebat buat pandanganya sentiasa kelihatan redup dan lembut. Matanya yang kecil sentiasa terkenyit nakal dan kelihatan sepet ketika dia ketawa. Hidungnya mancung dan paling sempurna jika terlihat dari sisi tepi. Aku menyentuh pipinya dan ibu jariku mengusap bibir nipisnya, berhenti lama di situ. Bibir pink dan sentiasa kelihatan basah. Bibir perempuan!

“Apa panggil abang macam tu!” Masam muka Aidan buat aku rasa mahu gelak guling-guling. First time dia bermuka macam tu. Hilang terus macho yang sering dia pelihara selama ni.

“Betul la.. Ikha pun kena pakai lip balm or lip gloss kalau nak dapat bibir macam abang. Pink.. smooth.. Erm! Look delisious!”Ketawa tak tertahan bila tengok muka Aidan yang sudah merah padam. Aidan malu? Kalau tak dia yang sakat aku tak terampun sampai muka ku meng‘oren’!

Ketawa ku terhenti apabila tiba-tiba Aidan menolakku ke dinding. Dia mengepungku dengan kedua tangannya. Lansung tidak fikir mata yang sedang memandang kami kini.
“The way you talk like you want my kiss ha?” Muka Aidan begitu hampir denganku hingga hidung kami berlaga. Aku sudah terpejam mata rapat. Aidan!!

“Shok tak gelakkan orang tadi?”

Aku membuka mata. Aidan masih mengepungku tapi dia sudah dia tidak rapat seperti tadi. Kini senyum sengetnya menghias wajahnya.

“Abang ni!” Aku menolak badannya. Takut betul aku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience