BAB 1

Romance Completed 12689

Masuk ni dah kali kelima aku layan filem ni hari ni. Parah! Ni sudah boleh diklasifikasikan kerja gila.. Aku berhenti pun apabila terdengar azan Asar. Dulu apabila filem ini dikeluarkan, aku hanya menonton demi memenuhi permintaan kawan-kawan untuk melihat Adi Putra dan Nora Danish mereka. Namun kini aku menonton kerana aku. Inilah jalan cerita hidupku kini. ‘’Aku terima Nikahnya’’, iya, ia sangat sinonim dengan tulisan takdir ku saat ini.
“Argh!” Bising lagi rumah ini dengan barang pecah.

Aku hanya mampu memejam mata. Inilah muzik harianku. Prang sana! Dumm sini! Sesekali tengkingan itu juga hampir merosakkan gegendang telingaku.

Aku tidak terus menjenguk. Malas. Pastinya nanti aku juga yang kena. Baik aku biarkan dulu minyak panas itu sejuk.
Bibirku mengeluh lagi, mampukah aku setabah Alisa yang akhirnya juga mengeluh penat. Mampukah aku kecapi bahagia seperti Alisa tatkala dia sudah pun putus harapan. Itu jalan cerita yang telah ditentukan pengakhirannya sebagai ‘happy ending’. Aku? Jalan ceritaku juga telah ditetapkan oleh-Nya. Untuk tahu pengakhirannya, tunggu dan sabar sahaja Ikha.
Ya, sabar itu kuncinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience