BAB 10

Romance Completed 12689

Haruman English garden menusuk ke hidung dan memenuhi segenap ruang.. Alhamdulillah.. Aku masih diberi peluang bernafas dan menempuh hari baru di dunia Mu ini Ya Allah.
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepadanya kami kembali. Ameen..” Aku senyum. Rahsia awet muda! Mudah dan senang.
Haiyarghhhhhhhhh!

Ahh… puasnya dapat mengeliat. Penuh katil queen size itu aku guling-guling. Bahagia betul kalau dapat lakukan habit ku yang ini. Kalau ibu dengar la, mahu aku dihumbannya ke dalam tempayan.

“Kalau nak jadi anak dara buat cara anak dara. Kalau tak, ibu sunatkan kamu sekali lagi Ikha!” Itulah antara ayat pedas ibu sebelum aku kahwin dulu. Haihh.. rindu pulak nak dengar leteran ibu.
“You dah kenapa? Mengeliat macam singa nak mengawan. Pagi-pagi dah memekak!”
Gulp! Mataku terarah ke pintu pemisah. Kepala Aidan yang basah tercongok di situ namun hanya untuk beberapa saat sebelum pintu dihempas hingga terhenjut bahu.

Aku pandang di luar tingkap. Dunia sudah mahu sampai ke penghujungnyakah? Buat julung-julung kalinya Aidan memegang tombol pintu itu dan menjenguk ke sini semenjak otaknya rosak. Tertelan air banyak sangat kut masa mandi tadi.
Aku bangun sambil membetulkan rambut yang aku pasti sudah seperti Anna Frozen ketika bangun tidur tolak air basi tu je.

Rasanya aku aku tak akan sempat mandi sebab Aidan nak dah bangun. Tu pun buat julung-julung kali. Kalau tak, selagi tak pukul 7.50 iaitu sepuluh minit sebelum waktu pejabat bermula pastinya mata tu tak akan tercelik.

Aku memicit keluar isi pencuci mukaku tidak sampai 1cm. Meletakkan sedikit air dan aku sapu hingga berbuih lalu aku bawa kemuka. Bulatan penuh sekali, bulatan separuh sekali. Mencuci kotoran dan sel mati, lepas itu kita silang, silang silang bintik hitam pun hilang. Sampai hafal aku lagu ni dek hari-hari dengar. Dalam membuat bulatan penuh dipipi otakku dah terbang ke peristiwa malam tadi. Rasanya aku di bilik Aidan dan aku baring sebelah Aidan dan aku.. Tertidur? Aku tertidur di bilik Aidan? Tak mungkin… Aku kat bilik tadi.Tapi tak ingat pulak kalau aku ada bangun masuk bilik lepas buat drama sentimental malam tadi.

Tuih! Tuih! Sabun masuk mulut! Aku tahan kelat dan aku segera berkumur-kumur sekaligus membasuh muka. Alahh.. time macam ni la nak kenang peristiwa-peristiwa lama pun. Sarapan pagi Aidan tu tak siap lagi. Tak ada fasal telinga hangus dek disambar halilintar lagi. Tapi aku rela..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience