BAB 14

Romance Completed 12689

Keluhan berat aku lepas. Hanya kerana satu video.

Apabila matanya terbuka. Dia seperti orang waras yang hanya sekadar cedera ringan walaupun impak kemalangan itu telah diberitahu oleh doktor. Apabila pemeriksaan dibuat Aidan disahkan menghadapi Anterograde amnesia, ketidakupayaan separa atau lengkap untuk mengingat masa lalu baru-baru ini, manakala ingatan jangka panjang dari sebelum ini tetap utuh. Seperti zaman-zaman belajarnya. Dia masih kenal mama dan papa. Tapi aku? Lansung tak dipandangnya walau akulah yang menjaganya siang dan malam di hospital. Ibu dan ayah hanya sekadar dilayan seperti uncle dan auntie. Apabila pulang ke rumah mama, barulah dia memberontak. Dia menolak kehadiranku. Apatah lagi aku mengakui yang aku isterinya, hampir sahaja aku mahu dihalaunya seperti sampah. Diheretku hingga ke muka pintu. Nasiblah papa cepat pulang, kalau tidak..

Hanya kerana benda hitam yang aku galas dibahu kiri ini aku tetap sabar melayannya hingga ke hari ini. Dosa ku padanya seperti menghantuiku jika aku ingin terlelap lelah dengan perangainya. Aku sabar.
“Hello.”

Seriusnya suara itu menyedarkan aku. Air mataku bergenang apabila wajahnya aku tatap. Dosaku masih belum terampun. Abang.. kembalilah..
“You nak nangis ke?” Soalan sakarstik daripada Aidan.
“Tak adalah.” Kalau dah teringat masa lampau yang perit. Hati bagai tercalar balik. Aidan memang tak sensetif, perangai macam budak-budak.

“So, you tetap tak mahu cerita pada I? Okay. You tak dapat beri kerjasama so jangan nak harap apa-apa dari I lagi.” Mudah Aidan berkata, dia bangun dan mahu berlalu.
Aku segera menahan. “Bukan. Saya cuma belum sedia.”
Dia menoleh kepadaku, “sorry to say. Peluang hanya sekali.”
Aku tertunduk kecewa. Kenapalah keras sangat Aidan sekarang ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience