BAB 2

Romance Completed 12689

Aku merenung gambar hitam putih itu. Sayu. Entah apa la nasibnya nanti..
Dum! Dum! Dum!
Terhenjut bahuku dibuatnya.
Dumm!

Aku segera bangkit. Apa lagi ni?
Aku segera melangkah kearah pintu yang menggabungkan bilikku dengan masterbedroom, ‘pintu pemisah’. Apabila tombol dipulas ia tidak dikunci seperti selalu.
“Kenapa ni?” Aku jenguk dari pintu sahaja. Kalau tidak ada yang sejarah akan kembali berulang, free free kena dengar vocal tinggi Aidan.

“What is wrong with this wardrobe?” Sayup saja suara Aidan daripada bilik persalinan. Huhh.. wardrobe pun jadi masalah?

“Kenapa Aidan?” Aku hanya berdiri tegak di muka pintu bilik persalinan melihat Aidan yang bercekak pinggang dengan hanya bertuala memandang pintu wardrobe yang sudah senget sebelah.
Aidan cuba menolak pintu almari itu namun tidak bergerak. Dia mengeluh sebelum satu sepakan padu mengena pintu almari. Retak!

“Ahhh..” Aku pandang Aidan, dia menunduk sambil membelek tapak kakinya.
Aku hanya mampu menggeleng lalu beredar ke hujung bilik persalinan untuk mengambil first Aid. Itulah Aidan semenjak peristiwa yang telah memusingkan duniaku 352 darjah. Pantang sentuh, marah. Cakap sikit, satu rumah diamuknya. Aku sudah lali walaupun terkadang itu hampir juga ‘penat’ itu terkeluar dari bibirku. Namun aku tahu, ini belum penghujungnya.

“Mari.” Aku menarik lengannya. Aidan berdiri tegak dengan hujung kaki yang dijungkitnya.
“Pergi mana?” Tajam dan menikam. Pandangan yang biasa. Paling baik pun dia akan memandangku dengan pandangan kosong. Paling terbaik dia lansung tidak pandang aku dan rekod bersihnya hanya seminggu.
“Tidur.”

Dia berkerut. “Serious?”

Aku meangkat muka. Keningnya kini terjungkit sebelah dengan bibir berlekuk tepi. Tanpa sedar tubir mataku panas. Allah… lama sungguh aku tidak pandang wajahnya sebegini. Lesung pipitnya.. aku rindu. Aku segera menunduk dengan mata yang terpejam. Tak tertahan rasanya.

“Saya nak cuci luka tu. Mari.”

“No, its okay.” Dia menolak. Tangannya ditarik dari genggamanku.

“Tapi sakit kan?”

“Sikit je la.” Degil tetap degil. Dia terjenket-jenket ke bilik air semula. Aku pula menurut langkahnya. Tahu dah dia nak bua apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience