BAB 12

Romance Completed 12689

“Sayang.. Aidan macam mana?” Suara tua itu lembut bertanya dan slang siamnya tetap kedengaran.
“Aidan.. Macam tu lah. Nothing change.” Aku menunduk bermain dengan baju. Sekali-sekala mata menjeling Aidan di sofa sebelah sana. Dia juga kadang-kadang menjelingku. Sudah lima minit kami bermain jeling-menjeling.
Terdengar suara mama mengeluh, pasti hati ibu itu juga risau.
“Tapi mama jangan risau. Aidan sihat.” Ton suaraku betul-betul berapa ditahap paling perlahan. Takut si Aidan pelik. Apa perempuan ni buat dok sebut-sebut nama dia?

“Itu mama tahu.. Ikha jaga Aidan dengan baik sekali. Sihat tak sihat badan makin naik. Cuma takkan tak ada perubahan lansung?” Berat sungguh nafas yang dilepas mama dari corong telefon.
“Mama jangan risau Aidan akan okay. Kita yakin dengan Aidan.” Aku memujuk mama lembut.
Dapat ku dengar mama ketawa yang dibuat-buat. Suara mama pun dah serak.
“Apalah mama ni.. Sepatutnya mama yang pujuk kamu.”

Aku tersenyum walaupun mama tak dapat melihatnya. Mama yang aku kenali sangat lembut hatinya. Senang sayang akan sesuatu walaupun hanya sepasu bunga kertas yang telah kering, akan dibelanya hingga bunga itu kembang mekar. Mama suka tersenyum dan mudah juga ketawa. Tak hairan Aidan juga seorang yang seorang periang dan mesra. Perangai dan wajahnya banyak mengikut mama. Cuma dari apa yang mama beitahu, keras kepala dan baran Aidan turun dari papa. Marah betul papa bila mama cakap begitu. Negatif semuanya dia! Namun mama hanya ketawa sambil memeluk lengan papa tanda memujuk.
“Ikha..”

“Arr.. ya mama?” Sempat pula aku menerewang masa sembang dengan mak mertua.Pantang keturunan ni!
“Kalau… Kalaulah Aidan masih tetap tak boleh ingat, adakah Ikha akan tinggalkan Aidan? I know Aidan layan Ikha tak macam dulu..”

Aku terus memotong kata-kata mama, “Mama. Ikha janji insyaAllah, Ikha akan jaga Aidan sehingga Allah menentukan Ikha bukan lagi penjaga Aidan, bukan lagi pedamping Aidan.” Sebak pula kena cakap macam ni.
“Allah.. Ikha.. Kamu begitu baik. Mama tahu Aidan melayan kamu dengan begitu teruk sekali. Malah dia lansung menafikan hak kamu sebagai isterinya. Moga kamu tabah anak.. Mama tahu, walaupun dia lupa tapi perasaannya tidak boleh menipu. Suatu hari nanti, dia akan kembali.”
Aku meangguk. “Mama jangan menangis tau..”

Mama ketawa lagi. “Mama tak manangis.” Kata mama dengan suara seraknya. Aku turut tertawa.
Dalam melayan perasaan dengan mama tiba-tiba bunyi suara orang berdehem di belakangku hampir membuat aku terlompat. Allahu… nasib tak terbang semangat.

“I want to talk with mama.” Tangan dah menadah meminta telefon bimbitku yang masih terpekap di telinga.
Aku menjelingnya buat kesekian kalinya, sibuk betul dia ni. Tahu pulak aku call mama. “Mama, Aidan wanna talk with you.”

Apabila telefon bertukar tangan aku segera ingin berlalu ke dapur. Dah pukul lapan, tapi masak tak lagi. Mahu bising pulak Aidan nanti.

Aku hampir sahaja jatuh tertungging ke belakang apabila tanganku direntap. Aku pusing mengadap Aidan. Dia dah kenapa? Tak pernah-pernah nak pegang aku selama ni.

Aidan buat kering kontang. Tak melihat aku, tetapi tangannya tetap utuh memegang tanganku dengan mulut yang hanya ‘hm’ ‘ya’ ‘okay’dan kepala yang terangguk-angguk. Pasti dibeleter mama! Aku tak dapat menahan senyum. Aidan memandangku dengan penuh amaran. Apa? Bukan selalu dia nak kena leter. Namun aku tetap setia berdiri dengan merelakan tanganku ditangannya. Bukan selalu dia nak buat. Muehehe
Aku memandangnya yang serius merenung pintu kaca yang terbuka luas.

Angin yang lembut membuai rambut. Aku menghirup suasana itu dengan tanganku di tangan Aidan. Tenang sekali rasa ini. Aku mengalih pandang kearah Aidan. Zup! Aidan turut merenungku. Renungan Aidanku! Baru mahu tenggelam Aidan sudah mengalihkan pandangannya. Aku tertunduk.
“Okay ma, I’ll try. Hm.. Bye. Walaikumusalam.”
Suasana sunyi sebentar, Aidan masih tidak berbunyi apa. Tanganku masih belum dilepasnya.
“We need to talk.”

Aku meangguk akur. Tangan aku tarik dari pegangannya dan berlalu ke koridor, buaian single menjadi labuhan duduk ku. Aidan menurut, dia duduk di buaian single disebelahku. Aku cuba bersila. Buaian yang bergoyang buat lutut kami saling berlaga. Aidan memegang buaian agar tidak bergoyang dan dengan mudah aku bersila. Aku memberi senyuman terima kasih, namun lansung tak dipandang Aidan.
“Menurut kata Dr. Chew, I sepatutnya dah ingat everthing two or three weeks after I’ve had an accident. Yes. I dah ingat semua.”

Aku memandangan wajah Aidan tepat.
“I dah ingat I ada kerja dekat Kluang sebelum kemalangan tu. I ingat, I ada jumpa Nazrul dan Amir dekat Old Town Café dua minggu sebelum the accident. I ingat, I ada pergi..pergi..” Dahi Aidan berkerut-kerut.
Risau.
Aidan melepaskan nafas yang berat.

“Bila awak pulih?” Kecik juga hati ni. Pekara penting sebegitu tak diberitahu. Ya, Aidan tahu dia hilang ingatan, segala rawatan fisioterapi dan kaunseling dia pergi. Namun semuanya diurus sendiri walaupun sudah ditawar papa dan ayah. Maka segala maklumat dan perkembangan hanya dia yang tahu. Walaupun doktor sendiri menegaskan perlu ada waris sebagai wakil, tetapi ditolak keras oleh Aidan. Sejak dia hilang ingatan dia makin menjauhkan diri dengan keluarga apatah lagi aku. Hampir sahaja mahu dibuangnya aku hinggalah mama memujuknya dan menyuntik sedikit keyakinan yang aku isterinya walaupun dia lansung tak percaya, tetapi hanya kerana mama. Sebab itu juga, ikhtiarku untuk menunjukkan gambar-gambar kami dan membawanya ke tempat kami honeymoon lansung di‘bo layan’kan olehnya. Mama tahu tak agaknya?

“Saya masih belum pulih. Bedasarkan apa yang mama cakap, papa cakap, you sendiri cakap.. I am your husband and you’re my wife. Tapi kenapa I lansung tak ingat?”
Aku diam. Tak terjawab aku soalan Aidan.

“Ikut apa yang kaunseling I beritahu, there was something bad happened before the accident. Itu kenapa otak I luputkan peristiwa tu dan pekara yang berkaitan denganya. Kalau betul you nak tolong I ingat siapa you, tell me what was happened before the accident.”

Tepat mata Aidan menembusi kepalaku buat aku terkelu pula kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience