BAB 6

Romance Completed 12689

Aku duduk kembali di atas kushen baldu putih tadi. Aidan pula duduk melutut di depanku. Namun matanya lansung tak lepas daripadaku hingga ditegur oleh mama. Aidan ni, memang suka buat aku kebas muka. Ada yang dapat bini cepat kedut karang ni.

“Aidan.” Mama memanggil sambil menghulurkan sedulang talam yang terletak cincin di atasnya. Cincin itu diletak bertindih antara cincinku dengan cincin Aidan di dalam replika sarang burung yang dicucuk bunga kelilingnya. Cantik dan kreatif!

Aidan ni kalau panggil sepuluh kali pun belum tentu dia mahu alih pandang daripadaku. Tangannya hanya menghulur dan mamalah yang meletak cincin ke dalam telapaknya.

Tangan kanan aku hulur dan dipegang lembut oleh Aidan. Apabila cincin disarung dahi kami sama-sama berkerut. Cincin itu bukan tersarung tetapi tergantung dijari manisku.
“Eh! Besarnya.” Keluar ayat itu daripada mulut Aidan. Aku sudah lama menahan tawa manakala yang lain sudah pecah tawa.
“Ha.. tu lah. Menghulur je kamu.”

Aidan senyum sumbing. Dia menjelingku dan aku hanya tersenyum padanya penuh makna.
Sekali lagi aku menghulur tangan kananku, kali ini cincin tersarung elok, seperti tertanam sebutir permata di jariku. Aku sengaja memilih cincin silver. Silver itu hampir dengan putih, ia kelihatan suci. Maka janji-janji cinta kami akan terukir bersama-sama cincin ini.

Aku mengambil pula cincin belah rotan lalu disarungkan ke jari Aidan.
Aidan terlebih dahulu memegang ubun-ubunku.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan pengamal sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”
Doa itu terlafas perlahan dibibirnya namun jelas pada pendengaranku.

Daguku diangkat dan dahiku sekali lagi dicium kali ini bersama kerlipan lampu flash daripada kamera. Dia tidak berhenti setakat itu. Kedua keningku dikucup syahdu. Terkedu aku dengan perilakunya, tak diduga! Menurun ke mataku dan kedua pipiku berserta pucuk hidungku. Dia ketempat seterusnya. Mataku sudah membeliak besar. Mata mama dan ibu lagilah besar tak disangka-sangka. Aidann!!

Aidan tersengih nakal. Dia menjauhkan kembali badannya. Mama dan ibu menarik nafas lega. Aku pula melepaskan nafas yang tersekat-sekat dari tadi. Kalau tak buat aku rasa semput memang bukan Aidan Isaac!
“Awak melebih..”

“Dah terlajak.” Geram je hati mendengar jawapannya.
Aku genggam tangannya dan dapat kurasakan genggamanku dibalas lembut oleh Aidan. Aku mencium tangannya dengan mata yang terpejam.

Selesai upacara pembatalan air sembahyang. Acara tangkap-menangkap gambar dibuat diluar masjid. Pastinya kurang sopan bergelak ketawa di dalam masjid walaupun hanya sekadar untuk menangkap sekeping gambar.
Kawan-kawan dari pihakku dan Aidan tidak melepas peluang bergambar bersama kami. Begitu juga saudara mara yang turut sama hadir.

Berakhir dengan bergambar bersama kelurgaku dan keluarga Aidan.
“Mulai saat ini, no more awak. Call me abang.” Aidan berbisik ketika gambar kami berdua sedang dirakam dengan dia memelukku dari belakang.
Aku mengiyakan dengan mengenggam lengannya yang melingkari pinggangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience