BAB 9

Romance Completed 12689

Hembusan nafas seseorang buat aku tersedar. Aku menundukkan wajah, lega dia masih lena.
Ibu jariku masih di bibirnya. Aku menarik tanganku namun mataku seperti terlekat agar terus memerhati Aidan. Aku terkaku sebentar apabila Aidan bergerak. Sudah!

Lega sekali lagi apabila Aidan hanya menukar posisi tidurnya mengiring mengadapku dengan lengan dibawah kepala. Aku tersenyum kecil, aku suka Aidan tidur begini. Dia kelihatan seperti anak kecil, wajahnya polos dan tenang. Selalunya aku hanya memandang wajah ini hingga dia mencelikkan matanya. Saat paling indah disetiap permulaan hariku. Sayang.. ianya terhenti sebentar. Nikmat itu tidak dapat aku rasa buat sementara waktu.
Aku membaringkan diri disebelah Aidan dengan jarak selamat. Mengiring menghadap wajah Aidan. Mata kian memberat dengan air mata. Allahku.. sungguh aku rindu lelaki ini. Kembalikan dia padaku..

Bibirku terbuka. “Aidan..” Apabila kelopak mata terpejam setitis air hangat menyapa kulit. “Abang..” Aku melepaskan nafasku. “Abang dah lama pergi. Bila abang mahu pulang? Ikha rindu abang.” Aku menggigit bibir bawah menahan sendu, jangan sampai Aidan terjaga. “Abang perlu kuat untuk lawan sakit tu. Kuat untuk sama-sama dengan Ikha kembali. Ikha pun sakit bila tengok abang macam ni.” Wajah itu tetap lena. “Abang tak rindu Ikha? Abang tak rindu nak senyum dengan Ikha? Nak gelak sama-sama dengan Ikha? Abang dengar tak? Abang tak rindu Ikha?” Aku sudah menutup bibirku dengan tanganku. Sangat berhati-hati aku menangis. “Abang… Ikha tahu abang ada dalam tu. Abang cuma perlu kuat untuk keluar dari kurungan jiwa Aidan. Keluar bang, Ikha tunggu. You need to back, your junior is here.” Aku meraba perutku.

Senyap sebentar melayan pilu.

Aku memandang wajah Aidan kembali. Benarkah? Aku sudah terduduk, hilang terus rasa sedih tadi gusar kini mengambil alih. Aku merapatkan wajahku ke wajahnya, mata memerhati tepat ke matanya, bagi memastikan aku meniup lembut ke matanya. Lega, tiada pegerakan pada bebola matanya yang terpejam. Mungkin aku tersalah pandang yang Aidan seperti membuka matanya sebentar tadi.

Kali ini aku terlebih berani, aku membaringkan kembali diriku rapat dengan Aidan. Aku mengambil nafasnya dan menghembus nafasku hangat. Nafasnya masih harum mewangi.
Selamanya hati ini akan selalu memujamu mencintaimu

Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience