BAB 7

Romance Completed 12689

Udara sejuk yang berkabus buat jiwaku rasa nyaman biarpun tubuhku sudah mengecut beku. Suasana malam yang kelam lebih kelam apabila kabus memenuhi ruang pandangan yang jauh. Rambut ikalku sengaja aku biar lepas bebas. Disebalik jubah tidurku tersembunyi baju singkat yang bertali halus. Hadiah dari mama. Kain sutera Jepun ini memang lembut dan kelihatan halus buatannya. Selesa tetapi bagiku tersangatlah seksi, hanya paras paha! Kalau Aidan nampak aku pakai baju ni, mungkin akan dikurungnya aku dalam bilik ni. Tak keluar dah!
“Sayang!”

Tersentak aku. “Kenapa abang?” Aku memandang Aidan dimuka pintu sliding yang hanya memakai seluar pijama bersama t-shirt fit kelabu berlengan panjang. Aidan.. awak menggoda saya dalam diam.. Karang aku yang kurung dia tak keluar bilik.

Dia tidak berkata apa. Hanya memandangku dengan lembut seperti biasa. Pandangannya buat aku tertanya-tanya. Tadi komain lagi jeritnya, sekarang dia buat acara renung-merenung pula.

“Tak reti sejuk keeee..” Dia tiba-tiba meluru kearahku dan membalutku dengan comforter resort. Aku yang dibalut mula kelemasan apabila dia memelukku dengan erat lalu digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Terkial-kial aku mengimbangi diri dengan padanganku yang gelap dek ditutupi comforter. Mula la rasa diri ni kena buli dengan suami sendiri.

“Abang! Lemaslah.” Suaraku tenggelam di dalam comforter. Badanku pula meronta-ronta minta dilepas dari comforter ini.

Aidan membuka comforter yang membalut tubuhku dengan tawa kecil. Aku sudah tarik muka cuka bergula ku. Aidan tersengih lalu hidungku dipicit. Aku mengelak mukaku.
“Duduk lagi kat luar ni lama-lama sampai pucuk hidung ni pun dah sejuk.”
Aku buat muka ‘whatever’.
“Ika..”

Hmm.. Ada orang ke panggil nama aku ke tadi?
“Cintaku Nur Zalikha..” Aku hanya menunduk ke bawah.
“Rindu..” Kali ini aku bermain dengan tali jubah tidurku.
“Kasih.. pandang abang.”

Bo layan!
“Kekasihku Nur Zalikha Syahid.” Aku bermain dengan tali seluar Aidan pula. Jangan aku tertarik hingga terlondeh sudah!

“Sayang…” Kedua-dua tanganku ditarik lalu dicium jariku satu persatu dengan matanya memandangku. Cahaya matanya sedikit sebanyak buat hatiku bergetar. Aura Aidan tetap menguasaiku.

Pinggangku dilingkari oleh tangan sasanya. Perlahan dia menarikku rapat dengannya. Dahi kami dilagakannya. Terpejam mataku menghayati setiap desahan nafasnya yang mewangi. Pucuk hidungku hangat apabila bibir nipis Aidan mengucupnya. Pinggang Aidan aku peluk erat. Hidung Aidan mula merayap ke seluruh wajahku hingga apabila hidung Aidan di leherku aku segera memegang dada Aidan.
“Kita kat luar ni..” Aku terbisik lelah.

Aidan tersenyum senget jelas menampakkan lesung pipitnya. Aku terpaku sebentar. Pertama kali aku dapat melihat lesung pipit ini secara dekat. Aku mengusap pipinya lembut lalu pipinya itu aku cium. Aidan memejamkan matanya menikmati sentuhan lembutku. Aku sedar, kasihku tumpah seluruhnya ke atas lelaki ini. Cintaku tetap akan utuh untuk lelaki ini. Cintanya buat aku lemah dan sentiasa berserah untuk lelaki ini. Setiap detap jantungku bagai terasa getarnya cinta. Mukaku sembamkan di dada bidang Aidan. Dapat kurasakan Aidan mengemaskan lagi pelukannya.
“Dengan adanya kasih di sisi abang. Abang tak akan perlukan matahari untuk menerangi siang abang. Abang tak akan perlukan bulan untuk menyuluh gelap malam abang.”

Aku melonggarkan pelukan dengan bibir yang tercebir. Ayat manis kalah gula se‘traler’. “Kalau tak ada matahari, gelap jugak dunia ni. Merapu betul.”
Aidan ketawa kecil. Lagi hidungku dipicitnya. “Baru nak romantik sikit tadi. Mulut tu menjawab je, potong stim betul.”

Aku tidak menghairankan kata-kata Aidan. Comforter di kaki kami aku ambil lalu tubuh aku balut. Baru badan ni nak rasa sejuknya suasana. Tadi kusyuk sangat main peluk-peluk. Hantu pun malu-malu nak kacau kami malam-malam buta begini berpeluk sakan.

Bila pusing sebelah tengok Aidan sudah tiada. Masuk ke dalam kut, aku dah curi selimut dia. Aku masih senang menghayati kesejukan yang masih terasa walaupun tubuh sudah ku balut dengan comforter.
“Dua cawan nescafe siap.” Secawan yang Nescafe yang masih berasp terhidang di depanku. Aku tersenyum malu. Sepatutnya aku yang buat.

“Kalau minum Nescafe ni, tiba-tiba rasa terlebih manis jangan hairan tau.”
Muka ku berubah. Tangan yang baru memegang tangkai cawan kembali meletakannya. “Kenapa? Abang bubuh racun ke?”
Aidan senyum hingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. “Yup.”
Aku menjongketkan keningku. “Ikha sanggup je.”
Kali ni Aidan pula terjungkit keningnya. “Kenapa?”

Aku merapatkan tubuhku dengan tubuhnya. Aku berbisik, “kerana cinta abang sememangnya racun buat Ikha.” Aku memandangnya dengan pandangan menggoda. Kucing parsi dah keluar tanduk!
Aidan mengecilkan matanya menunduk membalas pandangan menggodaku. Pasti dia tidak sangka isterinya boleh membancuh ayat manis kalah teh ais mamak tertumpah susu setin!
Aidan ketawa. Reaksinya buat aku rasa hairan. Hmm… nampaknya belum cukup manis untuk tangkap kedu si puitis cinta ni. Aku perlu belajar lebih.

Aku terkejut apabila tiba-tiba terasa tubuhku melayang. “Kalau cinta abang racun buat Ikha, biar rindu abang menjadi madu menyembuh sakitnya racun cinta. Akan abang selimut dirimu dengan baldu kasih. Membelai sopan setiap bunga yang telah dipelihara dengan berlandaskan syariat-Nya.” Akhirnya aku yang terkedu!
Apabila tubuhku dibaringkan di atas empuknya tilam. Aku tahu di sinilah tanggungjawabku bermula.
“Moga Nur Zalikha menjadi serikandi abang yang boleh manjadi penawar hati dan mendamaikan jiwa abang. Menjadi penyeri abang di dunia ini dan bakal menanti abang disyurga sebagai bidadari abang. Nur Zalikha adalah kekasih utuh hingga tamat nyawa ini dipanggil Sang Pencipta dan teman yang budinya sentiasa membelai sekeping jiwa Aidan Isaac.”
“I will..”

Aidan tersenyum lalu dia melagakan dahi kami dan pucuk hidungku dikucup syahdu.
“Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience