BAB 5

Romance Completed 12689

“Aku nikahkan dikau Aidan Isaac bin Muhammad Daniel dengan anakandaku Nur Zalikha binti Syahid dengan mas kahwinnya sebanyak RM1100 tunai bersama senaskah al-Quran berserta terjemahannya.”
“Aku terima nikahnya Nur Zalikha binti Mohd Syahid dengan maskahwinnya seperti yang disebut hutang.”
Terpejam mataku menikmati saat ini. Eh! Kejab!
“Sah para saksi?”

Yang lain saling berpandangan dengan dahi berkerut. Ada yang sudah melepaskan trawa perlahan. Tok kadinya pun tak perasan!

“Eh! Kamu salah lafaz ke?” Ayah memandang Aidan tepat.
Yang lain dah ketawa, Aidan dah garu kepala, aku gigit bibir. Aidan!
“Astaghfirullahal’azim. Kamu berlatih ke tak kat rumah ni? Sekali lagi.” Ayah mengeleng-geleng kepala.
Tangan digenggam erat. Kali ini lancar secara tunai! Lega.
“Alhamdulillah.. Sah para saksi?”

“Ya sah.” Semuanya tersenyum lebar. Tangan ditadah dan suara ayah bergema perlahan di dalam masjid. Cukup untuk orang-orang yang turut hadir di majlis ini mendengar doa itu.

Perasaanku kini sukar diungkap. Aku tidak mahu menangis kerana aku terlalu gembira untuk menangis hari ini, aku hanya ingin tersenyum. Akhirnya aku menjadi hak mutlaknya. Terbukti janjinya bukan palsu. Katanya bukan sekadar mewangi di nafas wanginya. Apabila aku mengesat mata, ada juga air mata degil yang keluar.

Bahuku ditepuk lembut oleh ibu agar mengikut imamku Aidan untuk menunaikan sujud syukur dan solat sunat nikah bersama-sama. Aku hanya akur dan mengikut langkah Aidan yang senyap apabila menapak diatas karpet Masjid An-Nisa ini.

Sepi sebentar masjid menghormati kami yang sedang bersujud mengucap syukur yang tak terhingga kepada-Nya. Cinta kami kini mahal dan aku akan berusaha untuk melayarinya diatas landasan yang menuju Fidaus-Nya.
Apabila dua pasang tangan meraup muka masing-masing, kami saling berpandangan. Lembut dan redup pandangan Aidan membuatkan aku saling tak tumpah seperti pokok semalu. Kecut apabila disentuh.
Namun aku lebih parah apabila baru ditenung sudah kecut dan kucup. Rasa mahu saja lari menyorok dibelakang mimbar di depan kami ini.

Dia perlahan mendekatiku dengan mengengsot. Apabila sudah berada didepanku dengan lembut dan sopan Aidan melepaskan kucupannya di atas dahiku.

“Moga Nur Zalikha menjadi serikandi abang yang boleh manjadi penawar hati dan mendamaikan jiwa abang. Menjadi penyeri abang di dunia ini dan bakal menanti abang disyurga sebagai bidadari abang. Nur Zalikha adalah kekasih utuh hingga dipanggil nyawa ini oleh Sang Pencipta dan menjadi teman yang budinya sentiasa membelai sekeping jiwa Aidan Isaac.”

Mataku memberat dengan air apabila mendengar kata-kata Aidan. Dia mencapai dua tanganku. Sejuk apabila Aidan melepaskan kucupannya ke atas jari-jemariku. Dia mengesat airmataku dengan berhati-hati.
Kami saling berbalas pandang. Senyuman dibibir kami berdua seakan-akan tidak dapat berhenti diukir. Aku bahagia melihat cahaya di matanya namun aku kalah, tertunduk melihat tanganku yang diusap kasih oleh Aidan.

“Astaghfirullahala’zim! Anak adam berdua ni.. Pembatalan air sembahyang sana, bukan disini. Tak menyempat. Patutlah lama betul, kerja lain yang dibuatnya.”

Nah! Berdengung masjid ni dengan suara ibu yang tiba-tiba muncul di belakang Aidan. Serasa seperti sebaldi cat merah dituang di atasku kini. Aku meangkat kepala apabila terdengar Aidan ketawa. Aku memandangnya dengan mata yang menyepet. Semua dia punya pasal! Riuh sekejab masjid dengan ketawa keluarga yang melihat namun cepat-cepat ditenteram oleh papa agar menghormati tempat dimana kami berada kini.

“Abang sangka isi delima sudah cukup merahnya tapi di depan abang ni lagi merah mukanya.”
Erk! Sempat pula dia berpantun dua kerat sekarang ni. Aku menampar lengannya manja. “Awak la. Salah timing.” Aku bangkit dengan dibantu oleh Aidan.
“Terlajak. Nak buat macam mana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience