BAB 17

Romance Completed 12689

Apabila mata terbuka, suasana sudah gelap. Dah malam? Aku tidur tak sedar apa.
Aku cuba untuk duduk, lega ngilu itu tidak terasa lagi. Nurse tak ada bagi ubat ke tadi? Persoalan itu aku abaikan apabila mataku tertancap pada tubuh yang tersandar lesu di sofa depanku. Patuh anak itu, tidak membantah arahan mamanya. Bertuah sungguh mama. Hatiku terjentik, aku tahu ini bukan mahunya. Dia sendiri tersepit dalam keadaan yang sebenarnya dia ting tong.

Aku turun daripada katilku bersama selimut, aku duduk disebelahnya merenung mukanya yang jelas letih. Entah letih kerana hari ini atau letih dengan perasaan sendiri. Aku mengusap pipinya yang ditampar mama. Perbuatanku itu buat dia tersedar. Aku tidak lari malah merenungnya sayu.
Aku bangkit dan selimutkan dia. Aku pandang sekali lagi wajah yang tak akan menjemukan aku ini dengan penuh kasih, dengan berani aku mencium pipinya. “Ikha tahu, mesti sakit. Tidurlah..”
Aidan senyap sahaja. Entah terkejut dengan perbuatan berani matiku atau dia masih berusaha dalam mengeraskan lagi hatinya.

Aku kembali ke katil. Cuba untuk tidur dalam melawan kesejukan malam.
Tiba-tiba dari kaki ke dada terasa ada benda lembut yang menyapa. Aku buka mata, selimut. Aku diselimutkan.
Aidan bukan lagi di sofa, tapi dia duduk di kerusi sebelahku. Aku terkelip-kelip memandangnya dalam kelam, Aidan merenungku tetapi pandangannya kosong. Kami sama-sama membisu.

“Jika diizinkan-Nya untuk I ingat balik, percayalah I memang nak sangat. Jika tidak, I tak mampu berbuat apa, itu bukan kuasa I. Setiap detik I berusaha. Dalam setiap kemarahan I pada you, dalam setiap I tolak bukti-bukti, dalam hanya memandang you dari jauh, percayalah I berusaha untuk ingat siapa gadis yang begitu sabar dengan karenah I. I bukan jenis yang akan terus percaya apa yang orang hidang depan I, akan I tanya apa isinya, apa fungsinya, apa kesannya. I tak mahu mudah tertipu. Tapi melihat you, I tahu you tidak menipu tapi ringan mulut I mengatakan you berdusta semata-mata.” Aidan diam, mungkin mencari kata.

“Jika ditanya apa persaan I. I keliru, banyak sangat kekeliruan hingga I malas mahu fikir. Mungkin I lupa tapi perasaan tak menipu. Betul. Kadang-kadang kehadiran you sangat I dambakan, kadang-kadang kahadiran you buat I rasa sesak. Perasaan I sendiri celaru. Jatuh cinta? Cinta? Kenapa I perlu cintakan orang I tak kenal?” Aidan merenung mataku yang membundar.

“Jika benar you cinta I, kenapa I tak kenal you? Apa yang menghalang untuk I ingat you? Jiwa I rasa terkurung dan kadang meronta ingin keluar menunjukkan betapa sempitnya dada I.”
Bantal sudah basah. Aidan..

“Malam-malam I tak setenang yang you sangka. Setiap malam I rasa hidup I tergantung tetapi pada apa.. I tak tahu. Hinggalah malam you mengusap pipi I, I rasa tenang. Pelik tapi hati I.. tenang. Sangat sukar untuk dijelaskan kerana I sendiri tak faham.”
“Aidan..” Aku teresak.

“Berapa dalam you dah sentuh hati I? Kenapa begitu sukar untuk I jejaki? Berapa lama I kena menyelam? Hingga ke dasarnya? Maaf I tak pandai berenang.” Aidan tersenyum.
Terhenti esakanku. Ia tampak ikhlas..

“Jika benar you memang untuk I tidak kira apa jua keadaannya, I ingat atau I lupa, I sihat atau I sakit maka boleh I ambil you sebagai pedamping I.. untuk sekali lagi mungkin.” Senyumnya hingga menampakkan lesung pipit.
Boleh!!!!! Bersinar-sinar mata seperti melihat bintang-bintang. Air mata aku kesat.
“Ya..” Aku terbisik perlahan. Mana jeritanku tadi?

“Maaf jika I tak sempurna, tapi bermula untuk yang baru mungkin masih panjang penghujungnya. Harap you sudi menyusurinya bersama I.”

Aku menggamitnya mendekatiku.
Dia patuh.
Aku berdiri dengan lutut diatas katil sambil tangan mencengkam jaketnya. Hanya dengan satu nafas bibir kami bertaut.

Apabila bibir dilepaskan aku dapat lihat Aidan terkedu, terpaku, terbeku. Satu tindakan yang tak dijangka dari seorang gadis sepertiku mungkin. Sudah lama impian ini aku simpan dan hari ni ia dapat direalisasikan dengan penuh gemilangnya di dalam wad yang suram.

Aidan memandangku. “Ini baru I bagi dua patah kata, kalau lebih..”
“Kalau lebih?” Keningku terjungkit sebelah dengan senyuman nakal. Wah! Wah! Aidan baru baru bagi suku greelight, keghairahanku dah mencanak naik hingga pecah thermometer.
Aidan kelihatan tidak tentu arah. Aidam malu? Comel!!!

“You sakit, pergi tidur.” Dia ingin berlalu ke sofa semula. Lorh!
Aku segera menarik jaketnya. Tindakanku buat dia mencerlung tajam ke arahku. Namun sedikit tidak aku gentar. Aku tariknya lebih dekat, “Ikha takkan bernarkan abang pergi lagi. Tidak kali ini.”
Nafas kami bersatu dan wangian nafasnya kembali mewarnai jiwa sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience