BAB 16

Romance Completed 12689

Aku merenung siling putih itu kosong. Pedih masih terasa. Ngilu juga kadang-kadang menyerang jika pegerakanku agak laju.

Hanya sekejapan sahaja nyawa anakku hampir hilang dan nyawaku jika terlambat beberapa saat juga hilang. Entah kenapa aku rasa itu lebih baik. Kehadiran kami dinafikan insan terpenting di dalam kehidupan kami. Dari terus sakit hati, baik kami hidup berdua saja.
*****************
“Aidan, kenapa masih nak berkeras dalam keadaan Ikha macam ni? Cuba jaga Ikha elok-elok sikit. Dalam perut dia anak Aidan jugak!”

Senyap saja Aidan mendengar leteran mama.
“Ikha.” Terangkat kepalaku apabila mama menyebut namaku pula. Aku pun kena juga?
“Kenapa tak beritahu mama yang kamu pregnant? Nak serah nasib kamu pada lelaki macam Aidan ni. Marah tak kena tempat, mengamuk tak kena masa. Celik sikit Aidan. Sikit saja lagi, nyawa isteri kamu anak kamu masuk ke gaung. D?k n? toxn n??. s?ìng th?? c?h?n kohwr ca baxk k?b mæ? k?ohxng ?her.” Mama terus berlalu keluar.

Nah kau! Bila mama dah marah keluar habis siamnya. Aku lihat Aidan tetap diam, malah mukanya beku sahaja. Dia sepertinya bukan di sini. Dah terbang jauh. Perasaan sebersalah mula menyelinap. Aku yang buat aku sakit, Aidan yang kena..
“Awak..”
“Your parents will arrive tomorrow morning. Then it’s up to you want go back to Langkawi or stay here.” Dia bercakap tanpa memandang aku.

“I’ll stay here with you, beside you.”
“I don’t need you!” Jari telunjuknya hampir mengena pucuk hidungku. Mukanya tampak jemu dan hatiku terguris.
“Aidan!” Mama meluru masuk dan satu punyi yang pedih sepedih hatiku apabila melihat yang tersayangku dibuat.
Aku terkelu, Aidan terdiam, mama terpana.
“Kalau kamu sayang mama, layan Ikha sebagaimana kamu melayan mama. Jangan tinggal Ikha walau sesaat pun.”
Keadaan senyap ketika. Hening.

Apabila tubuh mama berlalu keluar, papa mengambil ganti. Papa berjalan tenang dan mencium dahiku. Sungguh aku tak pernah terasa terasing dengan mereka. Papa mendekati Aidan yang beku disebalah katilku, namun rahangnya jelas diketap-ketap.

“Come. Lets we make a talk. Ikha, take a rest okay?”
Aku hanya meanggukkan kepala, melihat mereka berlalu keluar.
Apabila pintu terkatup rapat. Nafas lelah aku lepaskan, ngilu dibahagian ari-ari makin terasa. Aku cuba tenangkan diri dengan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience