BAB 13

Romance Completed 12689

“Damn! What is wrong with you?! Sikit-sikit nak bising! I dah penat bekerja sehari suntuk nak cari duit, I balik you bising with the same question!”
Tersentap! Terkedu.. I – you?

“Ikha just nak minta kepastian. Ikha tak nak terus berprasangka.” Aku merendahkan suara.
“Prasangka?” Aidan menghampiriku dengan muka bengisnya. Nafas derasnya seperti menampar keras pipiku. “Selama ni, I berkorban macam-macam. I sendiri berjanji dengan nama Tuhan, bersaksikan ibu ayah mama dan papa, you masih nak pertikaikan kesetiaan I? Kalau macam ni la, sia-sia I bagi cinta dekat you! Nonsense!” Aidan berlalu pergi meninggalkan kesan angin yang kuat.

Nak biarkan dia pergi begitu sahaja? No way! Aku mengejar langkah Aidan yang laju mendaki tangga. Aku rasa kalau tangga kayu memang sudah lama terpatah dua dek hentakan kaki Aidan.
“Aidan wait! Itu bukan maksud Ikha. Ikha percayakan abang, Ikha cuma hanya mahukan kepastian. Kalau tak, cakap tak. Ikha peraya.” Aku tetap berkata-kata walau mengah mengejar Aidan. Rumah yang dulu bagiku tidaklah sebesar mana kini rasa seperti padang bola.

Hampir aku terlanggar badan Aidan apabila dia berhenti melangkah mendadak-dadak. Aku menjarakkan diri.
“Percaya? Kalau percaya kenapa perlu ada prasangka? You tahu apa I rasa? Terhina! I rasa terhina! Meniduri perempuan yang bukan halal bagi adalah satu I aib besar bagi I dan I tak sangka, isteri I sendiri tuduh I macam tu.”
Aku sendiri rasa terluka. Aku tak akan percaya kalau ianya hanya kata-kata dan gambar tetapi ianya video! Video yang boleh dikatakan HD, jelas suaranya. Ketika itu, dunia bagaikan bergegar dan berputar.
“Ikha percayakan abang. Ikha lansung tak nak hina abang, tak pernah terlintas. Ikha sanjung abang tinggi lebih tinggi daripada ibu dan ayah Ikha sendiri. Masakan Ikha sanggup menghina abang? Ikha cuma bertanya. Kalau tak, cakap tak. Ikha percaya.”

“Diam!” Terpekik suara Aidan betul-betul sebelah telingaku. Berdengung rumah seketika.
“Tak payah nak cakap baik kalau rasa percaya tu dah terakis habis! Kalau betul Ikha sangjung abang tinggi malah lebih tinggi daripada ibu dan ayah, tak akan terpacul soalan tu di mulut Ikha walaupun di hati lansung tak akan terdetik walau sesaat. Jangan dimain darjat ibu dan ayah.”
“Tolong abang faham, Ikha cuma nak..”

“You better shut up your mouth girl! Jangan sampai you terbabit dalam dosa memfinah suami. You bersujud dekat kaki I pun I tak akan mungkin maafkan you. Jangan bagi I rasa sia-sia kahwin dengan you. Jangan bagi fikir yang selama I curahkan cinta I pada you hanya seperti mencurah air ke dalam telaga.” Aidan pusing menghadapku. “Jangan bagi ada rasa sia-sia ada dalam hati I sebab kenal dengan you.”

Allah! Gelap! Air mata sudah tidak tertahan. Aku jatuh terduduk dek terasa dosa-dosa yang menekanku jatuh. Bahu kiri terasa begitu berat. Angin deras menyapa tubuhku bersama harumannya.
“Abang.”

Aidan tetap berlalu bersama beg baju kecil. Aku berlari mengikutnya ke bawah.
“Abang!”

Dibuat pekak oleh Aidan dan pintu rumah terhempas kuat.
Ya Allah aku berdosa. Ya Allah aku berdosa. Ya Allah aku berdosa.. Meratap dan air mata tetap tidak mahu kering. Tiba-tiba tubuh terasa jijik, bahu kiri terasa memikul beban yang maha berat. Abang…
Tiga hari selepas itu, berita yang tak pernah mahu akhirnya sampai kepada ku. Dua minggu Aidan koma. Bermula dengan kritikal hinggalah akhirnya dia stabil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience