BAB 15

Romance Completed 12689

Rasa mual makin kerap, kadang sampai rasa mahu pitam. Telan ubat pun tak jalan.
Namun pagi ini seperti kemuncaknya. Aku muntah dari tadi. Yang keluar bukan apa, hanya sekadar cecair putih seperti muntah angin. Allahku.. penatnya. Aku berhenti sebentar apabila rasa mual itu hilang. Lega. Pipi yang basah dengan air mata yang terkeluar sendiri aku lap. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tidak sampai lima minit aku selesa, mual itu datang lagi. Muntah lagi.
“Hei.. what’s wrong?”

Aku tak menghiraukannya, pening dan rasa mual buat duniaku berpusing. Aku muntah lagi sebelum badan teras makin memberat apabila kakiku lemah. Aku terjelopok jatuh. Aidan yang memerhati dari pintu dapur menghampiri aku. Teragak-agak untuk duduk sebelahku.
“Are you okay?”

Aku tersandar pada pintu rak. Mataku sudah separuh terbuka, pandanganku sudah kabur. Mengah dan penat.
“Hei..” Pipi terasa ditampar lembut dan bibirku terasa dikesat. Mungkin kesan muntah tadi.
Bunyi air yang mencurah dari mulut paip makin sayup daripada pendengaranku. Gelap.
****************
Kami masing-masing senyap hinggalah kereta terparkir elok di basement rumah. Aku senyap di dalam kereta walaupun Aidan sudah keluar. Perlahan pegerakanku keluar daripada kereta, perlahan juga aku menutup pintu kereta. Selain daripada rasa pening dan tak larat, aku takut sebenarnya.
Masuk rumah, Aidan tidak terus ke biliknya tatapi melepak di ruang keluarga. Dia seperti memikirkan sesuatu kerana pandangannya beku pada suasana luar yang berkabus.

Aku bergerak ke dapur bagi menyediakan Aidan secawan fresh orange. Moga sejuk sikit hati tu kalau panas. Tapi kenapa pula dia kena panas? Sepatutnya dia gembira. Tapi itu kalau Aidan yang dulu.
Apabila air sudah terletak elok di atas meja. Satu arahan tegas keluar dari bibirnya menyuruhku duduk.
Aku diam, tidak berani.

Hembusan nafas yang kuat terlepas dari corong hidung Aidan membuatkan pandanganku jatuh padanya. Kami saling bertentang.
“Explain.”Sepatah perkataan itu buat aku terkelu. Nak explain apa? Ini anak awak. Mahu retak seribu gegendang telinga aku dengar dia mengamuk nanti.
“About?”

Dia tersenyum sinis, “the baby.”
“My child.”

Aidan dah buat muka susu tawar, “I know. But who is her..his dad? I tak nak tanggung bini orang ataupun you ni..”
“Jangan nak fikir bukan-bukan!” Suaraku meninggi.
Aidan pantas meangkat kedua tangan tanda bersalah.
“Ini anak saya yang sah dari segi undang-undang. Tak ada cop halal haram. Dia adalah hasil perkahwinan saya dengan bapanya.”

Belum apa-apa kataku dipotong, “then who is the guy?”
“Dia adalah lelaki yang terperangkap dalam jiwa awak.” Simbolik kata-kataku.
“What? You nak cakap I bapak dia?” Entah kenapa pandangannya kepadaku seperti pandangan yang hina.
Aku diam. Kalau jawab nanti takut aku yang terluka. Luka yang dalam.
“I’m warning you, jangan nak pandai-pandai tarik I jadi pak sanggup you.” Sudah ku agak. Tajam menikam.
“Awak jangan nak cuba untuk hina saya Aidan. Anak ni berbapa.”
“Go ahead. Cari bapa dia! I tak nak bela perempuan macam you.”

“Mulut awak Aidan!” Bergema suaraku di rumah ini. Pedih betul kata-kata Aidan.
“I biar you duduk sini atas arahan mama saja. I tak pernah terima kahadiran you. You ada ibu ayah kan? Balik rumah dorang, tunggu husband you datang. Rasanya dah tamat masa untuk you jaga I.”
“Saya jaga awak sebab awak suami saya. Baby ni anak awak.” Tegas kata-kataku.
“Shut up!”
Telunjuknya betul-betul di depan mukaku.

“I couldn’t keep my mouth shut until you believe that you’re my husband and this is your baby.”
“Stop saying that baby is mine. I takkan sentuh perempuan yang tidak halal bagi I.”
Kata-kata itu lagi. Dadaku rasa sempit. Senyap seketika.
“I takkan sentuh perempuan yang tidak halal bagi I.. I takkan sentuh perempuan yang tidak halal bagi I.. I takkan sentuh perempuan yang tidak halal bagi I..” Kata-kata itu terbisik dari bibirnya. Aku kaget.
“Aidan..” Aku menghampirinya yang makin mengundur. Salah langkah lagi dia akan terbalik di atas meja belakangnya.
“I takkan sentuh perempuan yang tak halal bagi I..” Dia ulang dan ulang ayat yang sama. Hatiku makin risau, hilang sudah rasa sakit hati yang berdenyut tadi. Bukan salah dia, dia tak tahu.
“Aidan..”

“I..I.. I pernah dengar kata-kata ni.” Dahinya berkerut seribu, matanya melilau, nafasnya naik turun.
“Aidan jangan paksa diri awak.” Aku pegang lengannya yang sudah mencengkam kepala.
Aku dudukkan dia. Ubat di poket seluarnya aku ambil dan aku tabur di tangan dua biji. Segera aku hulur kepada Aidan dengan membantunya suap ke mulut. Tiada mineral berdekatan namun cukup aku melihatnya tenang kembali.
“Are you okay?” Aku melutut memandangnya yang memejamkan matanya sambil bersandar. Wajhnya tampak lelah.
Aidan tidak berkata apa, dia bangkit terus memanjat tangga. Beberapa ketika terdengar pintu dihempas kuat. Sehari kalau tak buat hobinya yang satu itu memang tak aman kut hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience