BAB 3

Romance Completed 12689

“Tskk..” Pastilah pedih kalau terkena air.
“Sebab tu bagi saya cuci dulu, sapu ubat sikit. Mari.” Kali ini aku bertegas dan lengannya aku tarik sekali lagi dan dia hanya menurut aku hingga ke katil.
“Duduk.” Dia duduk.

Aku pula melabuhkan punggung di hujung kakinya. Lalu kakinya aku angkat yang letakkan di atas lututku. Aku belek luka itu kalau-kalau ada serpihan kayu yang terlekat. Garis panjang itu mengeluarkan darah yang tidak begitu banyak selepas dibasuh tadi namun hujung luka itu agak dalam. Aku senyap mencuci luka di telapak kakinya, lansung tidak memandang wajah Aidan yang dari tadi merenungku. Tanpa dia sedar, dia buat aku resah dengan renungannya.
“Who are you?” Terangkat juga wajahku mengadapnya. Soalan yang sudah dia ulang beratus kali. Sejak dia mula melangkah ke rumah ini hinggalah ke hari ni.

“Your wife.” Juga jawapan yang sudah beratus kali aku berikan.
“Please, tell me the truth.”
“Who do you thing I am?” Aku tidak lagi memandangnya. Aku tekun menyuci luka walaupun sebenarnya ia sudah lama siap.

“I’m not marry yet. I don’t know, maybe you’re my girlfriend before this and then my dad payed you to take care of me.” Dia menarik kakinya dan pandangannya tepat memanahku.
Inilah komplikasi besar kesan daripada pelanggaran itu. Aidan mudah keliru dan itu sebab hobinya kini hanya marah, marah dan marah. Dia tak mudah menerima maklumat apatah berkaitan masa lalunya tetapi apa yang bernasib baik, dia tidak lupa pekara asas dan kemahirannya lansung tidak terjejas. Memberi peluang dia hidup seperti orang lain untuk berkerja.

Aku tetap duduk menatapnya hiba. Entah apa lagi jawapan yang patut aku berikan supaya dia faham. Tunjukkan sijil, kad nikah semua ditolak mentah-mentah olehnya. Paling aku tidak faham kenapa dituduhnya aku ni ex-girlfriendnya yang dibayar papa untuk menjaganya. Kenapa tidak aku hanya seorang nurse yang diupah untuk mejaganya. Aku ni tak ada rupa nurse ke? Dengan muka lembutku dan senyum mesraku, pastinya aku boleh dinobatkan nurse terbaik Malaysia, cuma tidak ada kelayakan saja. Apa yang paling aku geram, sibuk nak mengaku diri tu tak kahwin lagi. Entah apa la dia buat kalau di luar tu dengan status bujang sendirian berhadnya tu. Ikutkan rasa sudah lama aku mahu tambat dia di tiang rumah ni biar dia sentiasa dibawah pengawasanku. Cemburu seorang isteri masih tetap menyala walaupun perangainya begini.

Aku ambil keputusan untuk diam sahaja daripada menjawab soalannya. Bangkit mengemas kembali kotak first aid dan masuk ke dalam bilik persalinan tadi. Aku lihat kaki pintu almari itu telah keluar dari landasannya. Aku cuba membetulkan dengan mengangkat pintu dan cuba memasukkan ke dalam landasannya kembali. Pintu yang lebarnya dua kali ganda dariku menyukarkan aku. Dah macam memeluk orang yang saiznya sama giant dengan bapak gajah. Apabila pintu itu terangkat lansung takku sangka berat sungguh pintu ini. Macam mana Aidan boleh menyepaknya hingga menampakkan kesan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience