BAB 15

Romance Completed 763

“Mati-mati aku ingat selama ni dia tak ada dekat bilik sebab sibuk
dengan hal debate dia tu. Tapi rupa-rupanya asyik berkepit dengan
jantan dekat luar.” Usai berkata, Mija mencapai keropok Super Ring yang
berwarna oren di tangan Yaya lalu dimamahnya.

Violet memuncung mulut. “Tak baiklah kau ni, Mija .”

Yaya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan Violet .
“Mentang-mentang Noni tak ada, dia balik … kau kutuk macam tak ingat
akhirat ya?”

“Aku bukan kutuk, fakta apa?” Mija membela diri.

“Tak sangka dia dengan Amar ya… nak pulak si Amar tu dekat
Noni. Biasa je aku tengok si Noni tu, tak ada la lawa mana pun. Kalau
nak tengok rupa Amar tu dia boleh dapat yang lagi lawa.” Yaya ….

“Ewah, aku cakap benda betul… kau cakap aku kutuk. Yang kau
siap berjela lagi menabur baja fitnah tu boleh pulak?” Mija angin.

Yaya sengih tayang gigi. “Ter… terkutuk. Dah lama pendam.
TERkeluar pulak. Opss...” Sengaja dia tekankan perkataan Ter. Memang
dari awal semester lagi sehinggalah sudah hendak habis semester satu ni
Mija dengan Yaya memang tak sebulu dengan Noni. Cara Noni yang sangat
sosial tu berapa mereka berkenan sebab tu setiap apa yang Noni buat ada
sahaja yang tak kena di mata mereka berdua. Violet pula walaupun dia tak
selesa, dia lebih suka ambil jalan tengah… buat tak tahu.

“Alasan.”

Violet walaupun nampak macam tak ambil kisah dengan apa yang Yaya dengan
Mija cakap, sebenarnya pasang telinga juga. Kadang-kadang tergelak juga
dia dengar.

“Eh, eh… tapikan Mija , hari tu aku ada ternampak carrymarks Noni untuk
akaun. Carrymarks dia rendah gila! 1240…”

Membulat mata Mija . “Kau biar betul 12? Nak mati… macam
mana survive tu final nanti?”

“Manalah aku tahu. Dengar cerita dia selalu ponteng
kelas. Carrymarks dia untuk subject lain pun semua tak lepas 20
dengar kata.”

Mija dah tergeleng kepalanya berkali-kali. “Itulah padahnya… nak
bercinta, nak! Tapi bahagi masanya tak nak pulak. Last-last jadi macam
ni. Bila pakwe lari tinggal dia seorang diri terkontang-kanting baru ada
akal. Pakwe tak ada, pelajaran tak ada, study sangkut, ilmu hilang.
Apa pun tak ada. Habuk!”

Violet dah telan air liur… terus mindanya teringatkan dekat Daud . Macam
mana kalau dia terlampau angau sangat dekat Daud sampai pelajaran dia
terabai nanti macam Noni? Sekarang dah study week… tinggal seminggu
lebih saja lagi nak final exam.

Tiba-tiba hati Violet tak tenang.

Tapi aku study!

Memanglah kau study… tapi kau sedar tak yang masa kau untuk study dah
makin berkurang? Masa kau banyak kau terbuang dengan tunggu Daud dekat
hentian bas tu?

Gluppp… Fakta! Violet terdiam sendiri.

Violet … apa tujuan kau datang sini?

Belajar.

Lagi?

Sebab mama dan abah.

Lagi?

Sebab nak berjaya genggam segulung ijazah, Aim NCA. Supaya mama dan
abah bangga dengan aku dan yang paling penting untuk masa depan aku.

Jadi?

Apa yang jadinya? Violet bingung dengan persoalan dirinya sendiri.

Kenapa mesti ada Daud dalam perancangan kau, Violet ? Kau dah terpesong
jauh dari matlamat asal kau. Yang paling bahaya, kau dah mula terleka.

Violet tersentak dengan kata hatinya sendiri!

Berdialog dengan hati sendiri bukan bermakna kita gila bercakap seorang
diri tapi untuk kita fahami lebih mendalam tentang hati kita sendiri.

Ya, Violet sedar dia terlampau leka melayani perasaannya sekarang.
Perasaan yang tak berbalas pula tu. Bertepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi, Violet . Umpama bertepuk dengan angin… tak berbunyi dan sia-sia.

Violet lupakan Daud . Ada benda yang lagi penting kau perlu tumpukan
sekarang. Biarlah cinta itu dipendam di dalam hati. Biar tuhan sahaja
yang tahu… let it be unknown love.

Hatinya mengingatkan Violet … memujuk Violet supaya lupakan Daud .

“Violet .”

“Violet ?”

“Violet Nuriani!”

Violet tersedar dari lamunan. “Apa? Apa?”

“Kau mengelamun apa? Sampai ke Canada tak lagi? Ke baru naik kapal
terbang?” Yaya menembak. Mija ketawa kecil.

“Hurmm, baru turun teksi on the way masuk airport.” Sengaja Violet
balas sarkastik juga cuba nak tutup rasa gugup dalam hatinya sendiri.

“Kau dengar tak apa yang Lisa cakap tadi?”

“Lisa?? Bila masa Lisa ada dekat sini. Bukan kita bertiga je ke dalam
bilik ni?” Violet bingung.

“Sah, kau memang tak berpijak di bumi yang nyata. Kan ke baru
tadi je budak tu muncul dalam bilik kita ni menyampai berita
terhangat. Paling latest.”

Mata Violet tak berkelip. Ya Allah… sampai macam tu sekali dia layan
perasaan! Langsung tak sedar ada orang datang bilik diorang tadi.
Teruknya kau Violet !

“Dia cakap apa?”

Mija dengan Yaya saling berpandangan.

“Noni berhenti belajar.”

“Apa?!” Terkejut betul dengan berita yang baru dia dengar sekarang.

“Memang betullah cinta tu buta. Sampai yang salah pun dah nampak macam
betul je. Sebab frust putus cinta je sanggup nak berhenti
universiti. Pendek betul akal minah tu.” Mija mengeluh perlahan, kesal
dengan tindakan teman sebilik mereka. Dalam masa satu hari sahaja
macam-macam yang dia dengar tentang Noni.

Love is not blind, it sees more not less.
But because it sees more it chooses to see less.

Violet terdiam… bahana cinta. Daud memang perlu dijauhi. Walaupun Violet
tahu Daud dengan Amar tu dah sah-sah tak sama jauh berbeza. Tapi tetap…
bercinta semasa belajar perlu dijauhi.

Violet …

Lupakan Daud .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience