BAB 8

Romance Completed 763

Keluhan kecil terbit dari bibirnya. “Asyik-asyik kena berdiri. Asal naik
bas je aku kena berdiri. Asal kena berdiri je mesti aku naik bas.”
Violet mengeluh.

Seperti biasa Violet ‘bergoyang inul’ dalam bas setiap kali bas
itu bergerak. Itulah dah penat mak Violet leter. “Minum susu gainweight,
minum susugainweight!” Tapi si Violet ni mana faham bahasa. Dia minum
susu strawberry yang low fat tu. Takut gemuk…

Orang yang menaiki bas semakin ramai. Violet terpaksa bergerak
ke belakang lagi. Nasib baik barang yang dia pegang tak banyak sangat,
tak la seksa dia nak menanggung. Tapi pun sebelah tangan nak pegang
barang sebelah lagi nak pegang tempat pemegang tu sesekali buat Violet
hilang imbangan juga.

“Err, Violet …”

Violet tersentak. Eh, nama aku tu. Sepantas kilat Violet kalih memandang
pemilik suara yang menyeru namanya itu. Sebaik sahaja wajah itu jelas di
matanya. Keningnya bertaut dua. Siapa ni?

“Duduklah… kesian awak berdiri.”

Mata Violet terkebil-kebil. Gentlement!

“Err, tak apa… saya ok. Boleh je berdiri ni.”

“I insist… silalah.” Lelaki itu tersenyum manis. Dia bangun lantas
diberi laluan kepada Violet untuk duduk ditempatnya tadi.

Dengan berat hati dan malu-malu kucing… Violet terima juga pelawaan lelaki
itu walaupun dah penat kerah otak untuk ingat nama mamat ni. Tak
terbayang langsung namanya… pernah jumpa kat mana ya? Violet masih cuba
mengingati nama lelaki yang dah bagi dia duduk ni. Lelaki tadi seru
namanya. Maknanya mestilah dia kenal lelaki ni. Tapi kenapa dia tak
ingat? Violet memerhatikan lagi wajah lelaki itu.

Lelaki tadi cuma tersenyum bila pandangan mereka bertaut seketika. Violet
kembali menundukkan pandangan matanya. Malu bila tertangkap merenung
lelaki itu. Sungguh dia tak ingat. Siapa lelaki ni?

Dia tinggi…

Dia pakai spek mata…

Dia cerah tapi tak la putih. Sawo matang.

Dia… hensem?

Muka pun macam ada cahaya nur saja bila tengok. Muka baik la senang cakap…

Tapi, dia siapa? Violet tak ingatlah…

Tapi dia baik. Violet tersenyum…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience