BAB 4

Romance Completed 763

Matanya melorot ke bawah… naik balik ke atas… turun balik ke bawah… naik
balik ke atas. Sikit lagi nak juling mata dia rasa. “Mana nama budak ni?”

“Kau cari nama siapa?” Yaya menyoal Mija yang dari tadi
khusyuk betul meneliti senarai nama untuk LDK kumpulan sesi pertama itu.

“Violet .” Sepatah Mija balas. Pelik dia rasa, selalu nama mereka bertiga
pasti ada dalam satu kumpulan. Tapi kali ni nama Violet macam tak
ada je dalam kumpulan dia dengan Yaya .

“Nama aku memang tak ada dalam group korang.” Violet yang baru keluar
dari bilik kuliah terus menyelit. Nada confident habis yang nama dia
memang tak ada dekat situ.

“Eh?”

“Pihak pengurusan bahagi kumpulan berdasarkan abjad nama.”

“So?” Mija soal.

“So? Nama aku mula huruf apa?” Violet menyoal balik.

“A.”

“Kau dengan Yaya punya nama?”

Mija diam seketika. Violet hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
Lambat loading betullah Mija ni.

“Eii, kau ni telan semut hitam banyak sangat ke apa ha?” Yaya mencelah.

“Nama kau tu Nur Shariza. Aku Nurin Zakira. Dua-dua huruf N! Tu pun nak
kena fikir ke wei? Siput betul.” Yaya mulut memang mengundang nestapa.

Violet ketawa.

Nampaknya kali ni Violet terpisah dengan kawan-kawannya. Untuk dua hari ni
sahaja Violet terpaksa jadi lone ranger.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience