BAB 9

Romance Completed 763

Hujan yang renyai-renyai menjadi perhatian Violet . Dirasakan merenung
titik-titik hujan yang jatuh ke bumi itu lebih menarik berbanding
membaca buku di hadapannya kini. Mija balik rumah hujung minggu macam
ni. Noni? Memang jarang ada dekat bilik. Sibuk dengan debate sana
sini. Hanya tinggal dia dan Yaya sahaja, itupun Yaya sibuk bermain
dengan game.

Spontan mindanya menerawang teringatkan kisah awal semester
dulu. Freshie lagi masa tu... Violet tak mahu ikut tapi Mija paksa juga
ikutnya pergi ke stadium. Selalunya sebelah petang memang ramai
pelajar-pelajar keluar beriadah di stadium. Ada yang berjoging, ada yang
bermain bola sepak… macam-macamlah.

Yang Mija ni bukannya nak pergi bersukan, dia ni niat menyimpang
jauh dari sukan! Niat nak pergi berdating tapi diangkutnya sekali
dengan Violet . Memang sangat tak bertamadun.

Violet duduk termenung di salah satu kerusi di stadium sambil
memerhatikan Mija dengan buah hatinya tengah berbual. Mata ke atas…
sabarjelah.

Bosan sungguh masa tu? Akhirnya Violet buat keputusan untuk cabut dari
situ. Mija nak mengamuk? Eh, lantak dia…

Dia terus keluar dari kawasan stadium. Ketika hentak melintas jalan dia
tak nampak ada sebuah motorsikal yang masa tu hendak membelok, elok
sahaja Violet berpaling ke depan dia terpaku… kakinya seolah-olah tak
mampu hendak bergerak dari situ walaupun dia nampak motorsikal tu sedang
menuju ke arahnya. Violet blank!

“Bushh!”

Violet rasa badannya ditolak kuat ke tepi, dia terduduk di situ. Sakit
betul belakangnya. Macam nak patah tulang belakangnya masa tu.

“Violet !” Mija menjerit nama Violet . Dia yang berlari untuk kejar Violet
nampak semuanya. Kelam-kabut Mija mendapatkan Violet .

“Aduh…” Violet mengaduh.

Motor tadi yang hampir melanggar Violet membunyikan honnya kuat. Violet
tersentak. “Gila! Bawa slowlah. Kawasan uni!” lelaki tadi yang baru
selamatkan Violet menjerit kuat. Bengang dengan pembonceng motor yang
kurang ajar tu. Sudahlah bawa laju dan hampir melanggar orang, tak minta
maaf pula tu. Melampau betul!

“Cik tak apa-apa ke? Cik??”

Violet terdengar suara lelaki memanggilnya. Entah kenapa dia tak tahu nak
respon macam mana masa tu.

“Tangan awak luka teruk ni. Kita ke hospital.”

Violet memandang lelaki tu kembali dan kemudian memandang Mija tetapi Violet
masih kekal diam...

“Awak, luka ni kalau dibiar nanti takut lagi teruk jadinya.”

Violet diam lagi. Mija dah pelik lihat reaksi Violet yang langsung tak
menjawab soalan lelaki tadi yang dah selamatkan dia. Aik, tiba-tiba jadi
bisu pula budak ni… tersampuk dek hantu bonceng ke?

“Violet , kau ok tak?”

Kali ni suara Mija pula yang bergema risau. Baru Violet seolah-olah
tersedar. Matanya memandang Mija … “Sakit.” Sepatah dia balas.

“Err, maaf sebab tadi saya tolak awak sampai terluka.” Lelaki tadi
bersungguh-sungguh meminta maaf dia ingat Violet diam sebab marahkannya.
Yalah sampai berdarah dibuatnya Violet tu. Tapi niat dia baik, dia nak
tolong Violet dari kena langgar!

“Err, tak apa… awak cuma nak tolong saya. Terima kasih, sebab tolong
selamatkan saya. Kalau tak mesti dah terbang jauh saya kena langgar
dengan motor tu tadi...” baru kini Violet bercakap banyak dan bibirnya
menunjukkan senyuman.

Riak muka lelaki tadi jelas kelegaan. Takut juga dia Violet marahkannya…

“Tapi luka tu?” lelaki tu menunjukkan ke arah tangan Violet .

“Sikitje. Saya boleh handle.” Violet senyum kecil dan terus bangun.
Kakinya terseliuh sikit ketika itu tidak dihiraukan. Terus dia bangun
dan meninggalkan lelaki tu disitu selepas mengucapkan terima kasih. Mija
mengikut Violet dari belakang…

Tapi tiba-tiba Violet berhenti berjalan dia berpusing ke belakang…

“Nama saya Violet !”

Lelaki tadi terdiam sekejap. Terkejut dengan aksi spontan Violet … lama
otak proses baru dia dapat respon pada Violet . Bibirnya tersenyum…

“Daud !”

Violet mengangkat tangan melambai dan kemudian terus berlalu pergi. Lelaki
tadi hanya memandang belakang Violet yang semakin menghilang.

“Violet …” sepatah keluar perkataan dari bibir lelaki tu.

Violet tersentak. Spontan dia berdiri, serta-merta kenangan dia hampir
dilanggar motor tadi tadi berkecai…
Dia!

Violet menutup mulutnya… seolah-olah tak percaya. Macam mana Violet boleh
lupa raut wajah tu. Violet bodohnya kau! Violet mengetuk kepalanya.

Dia lelaki yang selamatkan Violet dari kena langgar dengan motor tu… dia
lelaki yang Violet jumpa masa LDK hari tu… dia lelaki yang berikan Violet
tempat duduk dalam bas hari tu…

Dia!

Violet dah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Bibirnya tak lekang
dari senyuman… macam orang gila yang tengah dilamun cinta.

“Yaya …” Violet menyeru perlahan nama Yaya yang tengah sibuk bermain game
zombie versus plant tu. Entah apa yang best game tu Violet pun tak
pasti… tembak zombie tu banyak kali pun dia datang lagi banyak! Sampai
bila nak habis kalau macam tu?

“Apa?” Yaya menyahut. Tapi pandangan mata langsung tak beralih dari
komputer ribanya itu.

“Aku rasa aku dah jumpalah prince charming aku.”

“Apa?” Barulah Kita menoleh ke arah Violet .

Violet menongkat dagu di meja belajarnya sambil memandang Yaya .

“Aku rasa aku dah jatuh cintalah.”

“Apa?!” mata Yaya membesar.

“Aku dah jumpa Mr. Right akulah.”

“APA?!!” kali ni zombie versus plant ke mana… laptop Yaya ke mana…

“Aku rasa nak kahwinlah wei…”

“APA?!!!” Yaya berdiri.

Violet ketawa… bukumanagementnya ditarik dari rak buku. Dia terus
mentelaah buku itu seolah tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah dia
tak cakap apa-apa pada Yaya sebentar tadi dan terus membiarkan Yaya
termanggu seorang diri sambil berdiri dekat tengah-tengah bilik mereka
macam orang hilang akal. Kejam? Sangat…

Bibirnya terus membentuk senyuman bahagia…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience