BAB 2

Romance Completed 763

Akhirnya, misi Violet untuk mengheret dua orang hamba ALLAH yang dia gelar
sebagai Mija dan Yaya tu ke Giant berjaya juga!

Yang sebetulnya Violet tak kisah pun kena keluar sorang-sorang hujung
minggu macam ni. Yalah setakat nak pergi Giant dekat seksyen 7
tu je pun. Kecoh betul budak Violet ni kalau siap nak berteman bagai.
Padahal kalau menapak dekat je supermarket tu dengan UiTM Shah Alam ni.

Tapi masalahnya dia tahu kawan-kawannya yang dua orang tu mesti nak
sambung tidur bila dia keluar nanti. Mentang-mentanglah hujung minggu
nak berlingkar atas katil saja kerja diaorang. Itu yang Violet tak suka
tu. Mak Violet pesan jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk,
ilmu pun susah juga nak masuk. Ilmu kan rezeki juga? Sebab tu bagai nak
rak dia pujuk kawan-kawannya tu untuk teman dia keluar. Dari mereka
berdua tu tidur baik ikut dia keluar ada juga faedahnya kan?

Nasib mereka memang baik hari ni. Selepas membeli belah barang keperluan
mereka tadi, terus ada bas rapid yang masuk kawasan universiti di
perhentian bas. Langkah kanan betul mereka, tak payah nak tunggu bas
lama-lama macam selalu. Tapi yang langkah kirinya, bila dalam bas tu dah
rupa macam tin sardine! Sesaknya…. Fuh, sesak nafas tengok. Tapi untuk
tunggu bas keduanya datang memang tak la kan. Mereka lebih rela bersesak
dari kena menunggu bas kedua yang entah bila nak wujud! Sacrifices…
sacrifices…

Bas rapid bergerak dengan rakusnya! Siapa yang pernah naik rapid saja
boleh faham situasi bila naik bas tu macam mana. Kalau tak pegang tempat
pemegang betul-betul… alamatnya adalah tu aksi stunt yang tercium lantai
bas tu nanti.

Violet ni dah la kecil molek saja badannya. Mija , badan agak confidentlah
jugak dari segi saiznya… jadi tak ada masalah. Yaya pula sedang-sedang…
yang paling merana sekali Violet la. Sekali bas bergerak dengan dia-dia
sekali corner lap. Ringan sangat! Macam lalang kena tiup
angin je rupa dia masa tu.

Mija dah ketawa tak ingat dah tengok Violet . Yaya pun tunggu
lagi? Join sekaki la bahan Violet . Violet tahan hati je tengok
kawan-kawan dia ketawakannya. Fine…

Bas rapid berhenti di hentian depan Kolej Seroja. Berderum manusia turun
dari bas. Mata Violet dah mula mencari sasaran. Kerusi kosong di bahagian
belakang dah kosong. Badan Violet yang kecil itu menyebabkan dia mudah
untuk menyelit masuk ke belakang.

“Hah…” Violet melepaskan keluhan kecil. Puas hati dapat duduk.

Giliran dia pula ketawakan Mija dengan Yaya yang ‘tersekat’ dicelah
orang ramai ketika itu. Keburukan orang yang badan tak berapa nak kecil
macam Violet memang susah nak menyelinap, last-last kerusi kosong habis
semua dah diduduki orang lain. Mija dan Yaya pula yang terkandas
terpaksa berdiri lagi. Mencemberut muka masing-masing bila Violet
tayang thumbs up kepada mereka berdua.

“Kurang asam betul budak Violet ni.”

Yaya mengangguk setuju dengan kenyataan Mija .

Violet ketawa kecil bila melihat Mija dengan Yaya buat muka. Seolah-olah
bagi warning dekat dia masa tu. Tapi ada Violet kisah? Janji dia dapat
duduk… dah la kolej mereka jauh lagi. Lenguh kaki kalau nak berdiri
dalam bas lama-lama dalam keadaan yang sesak macam ni.

Violet tersenyum puas. Dia membetulkan letak tali begnya yang jatuh dari
bahunya ketika itu sebelum membetulkan duduknya agar lebih selesa dengan
sandar ke belakang. Ketika membetulkan tali begnya tu tangannya
terlanggar bahu orang yang duduk di sebelahnya.

“Sorry.”

“It’s ok.” Satu suara garau menjawab.

Violet menelan air liurnya sebaik mendengar suara itu.

Alamak-alamak lelaki! Violet panik!

Berderau darah Violet masa tu. Tiba-tiba mukanya pucat. Seumur hidup tak
pernah dia nak naik bas dan duduk disebelah orang lelaki. Tba-tiba Violet
rasa pergerakkannya seakan-akan terhenti. Tak berani dia pandang lelaki
disebelahnya itu. Kiri tak toleh, kanan tak pandang, belakang lagilah
tak! Depan sahaja yang jadi fokusnya. Malu pun ada masa tu. Akhirnya,
Violet tak berani nak bergerak lagi. Statik!

Tahu patung cendana? Ha, macam itulah Violet masa tu.

Dup dap dup dap dup dap dup dup dup dup dup… makin rancak.

Bila nak sampai kolej ni! Hati Violet menjerit kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience