BAB 18

Romance Completed 763

Paper final Violet dah bermula. Lega hati Violet masa tengok
jadual finalnya. Setiap paper ada gap sebanyak tiga hari. Sempat
lagilah dia nak study kalau macam ni. Hari ni pun
Violet plan nak study di PTAR dengan Yaya … tapi dah sejam menunggu.
Batang hidung Yaya pun tak nampak… bayang dia lagilah tak nampak!

Mana kau? cakap nak datang… dah sejam aku tunggu ni. – Violet

Beberapa saat kemudian, handphonenya bergetar. Vibrate tanda mesej
masuk.

Sorry, wei… perut tiba-tiba memulas. Tak jadi pergi. T.T ampun… – Yaya

Violet mengetap bibirnya… dah agak dah! Minah ni banyak sungguh alasan
kalau nak diajak study dekat library. Handphone diletak kembali di
atas meja. Pen kembali dicapai.

Ah, study sorang pun boleh! Tak matinyalah duduk sini sorang-sorang…

Srettt… tiba-tiba kerusi dihadapannya ditarik perlahan. Violet memandang
gerangan tuan punya badan yang tiba-tiba duduk dihadapannya ketika itu.

Eh? Mata Violet tak berkelip…

Wajah dihadapannya tu tersengih.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam…” Tergagap-gagap Violet menjawab salam itu.

“Sorang je ke?”

Violet diam tak menjawab.

“Saya datang dengan kawan-kawan saya. Diaorang duduk dekat sana, selang
dua meja dari sini. Saya nampak awak tu yang saya ke sini.”

Violet mengetap bibirnya. Tak tanya pun! Eleh, tak tanya konon… padahal
dalam hati tu macam meleleh nak tanya dia datang dengan siapa? Violet
memang pandai berlakon.

“Ooo, ye ke… dah tu kawan awak dekat sana, kenapa nak duduk sini?” Violet
menyoal dengan tenang. Violet kan memang pandai berlakon cool depan Daud
tapi pun macam nak keluar tak keluar aje suara tu. Tengok tu, lain di
hati lain pula yang keluarnya.

“Kawan saya dekat sana tapi hati saya dekat sini.” Lancar Daud menjawab.

Spontan kepala Violet terangkat, matanya membulat memandang Daud . Wajah
lelaki itu masih maintain tersenyum ke arahnya. Ni nak try
tackle Violet ke apa?

“A… aaa… apa?”

Daud ketawa melihat reaksi Violet yang dia rasa nampak comel sangat.

“Saya cakap, kawan saya je yang ada dekat sana. Hati saya ada dekat sini.”

Violet blushing.

Merah pipi tu macam pakai pemerah pipi.

“Kenapa dah lama tak nampak dekat PTAR sebelum ni?” Daud
mengubah topik perbualan tak mahu Violet rasa tak selesa dengan
kehadirannya. Sebenarnya, Daud rasa lega bila dia cakap begitu dekat
Violet . Sebenarnya dia pun dah lama sukakan Violet . Tapi masa yang sesuai
untuk berterus-terang dengan Violet tak muncul-muncul… tadi secara tak
sengaja dia TERcakap… TER yang dirancang. Tapi mungkin Violet akan rasa
dia cuma bergurau sebab tu Daud terus ubah topik perbualan mereka.

Violet lagi sekali tersentak. Daud sedar kewujudan Violet dekat
PTAR sebelum ni? Maknanya dia tahulah Violet stalk dia selama ni? Malunya!!

“Busy.” Violet menjawab sepatah sambil kepalanya kembali menunduk.

“Owh, patutlah dah lama tak nampak awak dekat bus stop.” Daud senyum.
Violet ? Sekali lagi terangkat kepalanya! Ni kalau ada spring dekat
lehernya. Mahu tercabut dah rasanya…

“A… aw… awak, namm… pak… saya?” gagap habis Violet jadinya.
Rahsia besarnya telah terbocor rupanya selama ni.

Daud mengangguk kepalanya. “Nampak, selalu nampak awak dekat bus
stop seroja tu, kita selalu naik bas sekali… bas yang sama. Kebetulan
kan? Ada jodoh tu.”

Cis, ayat kasanova betul si Daud ni.

Violet menggigit bibirnya. Rupa-rupanya Daud sedar kewujudan Violet selama
ni. Violet ingatkan dia dah habis invisible depan Daud tu… rupanya
TAK! Big no ok… Daud nampak dia trang tang tang.

“Kebetulan? A’ah… kebetulan.” Violet senyum kaget.

Kebetulan yang dirancang! Violet menyambung jawab di dalam hati.

Violet terus mengemas alat-alat tulisnya. Tak betah lagi dia berlama-lama
dekat situ… malu dah makin menebal dalam diri masa tu. Daud pula,
termati senyumannya.

“Eh, awak nak balik dah ke?”

Violet tersenyum pendek. Kepalanya mengangguk perlahan.

“Violet … boleh tak awak duduk dulu. Saya ada hal nak cakap dengan awak.”
Hal hati dan perasaan. Daud menyambung kata di dalam hatinya.

“Sorry, saya kena balik sekarang.”

Daud tak mengalah. “Boleh kita jumpa lagi lepas ni? Boleh saya tahu
nombor phone awak?”

Violet terdiam. Terhenti seketika perbuatannya tadi… Daud minta nombor
telefonnya? Daud nak jumpa dia? Violet … inilah peluang yang kau
nanti-nantikan selama ni!

“Sorry… saya tak bagi nombor telefon saya dekat lelaki. Dan… tolong
jangan jumpa saya lepas ni.”

“Tapi Violet … please… saya suka awak.”

Violet memandang Daud . Tak percaya dengan kata-kata Daud … Daud pun suka
dia? Maknanya selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan. Bukan angin
yang ditepuknya! Memang tepuknya itu berbalas. Berbunyi!

Tapi Violet tak boleh…

Violet tak mengendahkan kata-kata Daud dia terus mengambil begnya dan
lekas-lekas meninggalkan Daud termanggu seorang diri di situ dengan
jawapan yang tergantung dari Violet . Violet tak balas perasaannya...

Sekali lagi Daud ditinggalkan tanpa jawapan dari Violet .

Jual mahal? Mungkin tu pada pandangan Daud . Tapi pada Violet , ada sebab
kenapa dia bertindak sedemikian… bercinta bukan matlamat utamanya
sekarang. Kalau dia cakap YA pada Daud kemungkinan besar Violet akan leka
dengan ‘dunia barunya’ nanti, dunia orang bercinta. Violet tak nak benda
tu terjadi. Dia tak akan mampu membahagikan masa untuk bercinta dan
belajar. Dua perkara yang berbeza. Violet tahu kemampuannya…

Violet sudah tekad Daud perlu dilupakan… sedangkan Daud pula rasa Violet
perlu diburu. Kalau dulu Violet yang mengejar secara diam-diam sekarang
Daud pula yang mengejarnya secara terang-terangan.

Violet berjalan melepasi Pintu PTAR… tubir matanya tiba-tiba panas. Air
mata tiba-tiba berlinang di dalam matanya. Kenapa perlu dia nafikan
perasaannya? Sedangkan peluang keemasan sudah terbuka luas di
hadapannya. Bukan sekali tetapi dua kali! Peluang yang dia impikan untuk
jadi kekasih hati Daud . Tapi kedua-duanya dia biarkan berlalu sebegitu
sahaja.

Violet …

Hati menyoal… kenapa tak berterus-terang?

“Aku tak boleh…”

Kenapa?

“Masa depan lebih penting.”

Ya, Violet tak akan sesekali tewas dengan permainan perasaan cinta.
Prinsipnya belajar dahulu… genggam dulu kejayaan. Itu matlamatnya…

Penamatnya cerita mereka bagaimana? Violet akan terus menolak atau dia
akan mempertimbangkan perasaan Daud ? Daud si jantung hati idamannya
dulu… yang dia angaukan siang dan malam. Bila Daud dah luahkan rasa
hatinya pada Violet , Violet pula menidakkannya. Macam mana ni?

Bagi Violet pelajaran tu lagi penting… ultimate priority.

Bagi Daud perasaan tu pun sama penting… kenapa perlu dinafikan?

If we deny the love that is given to us, if we refuse to give love
because we fear pain or loss, then our lives will be empty, our loss
greater.

Adakah Violet yang rugi sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience