BAB 22

Romance Completed 763

Few months later… after happily married ever after? Insyaallah…

“Sayang tahu tak, masa abang luahkan rasa hati dekat sayang masa di PTAR
dulu tu kan… lepas tu pipi sayang jadi merah. Comel sangat masa tu…”

“Eii… mesti abang cakap nak cubit-cubit je kan?”

“Taklah… abang rasa macam nak usap lembut je pipi sayang masa tu. Rasa
macam nak sayang macam ni.” Spontan pipi Violet dicium lembut.

Violet ketawa.

“Amboi, bukan main dia ek? Berani angan bukan-bukan dengan anak dara orang.”

Daud pula yang ketawa. “Siapa suruh sayang comel sangat? Tapi tu la
kalau ikutkan hati abang buat macam tu memang menempah kaki sayang kat
mukalah kan masa tu?”

Violet angguk kepalanya. Tahu pun… berani-berani nak pegang anak dara
orang suka hati memang nak minta kaki kat muka la tu jawabnya.

“Tapi sekarang dah boleh buat dah.” Violet sengih. Giliran Daud pula yang
ketawa dengan keletah isteri tersayangnya tu.

“Tahu… sekarang bukan setakat boleh usap pipi je nak buat apa pun
boleh. Kan sayang kan?”

Violet menggigit bibirnya. Mukanya memerah lagi, faham dengan kata-kata
suaminya tu…

Daud makin galak ketawa melihat wajah isterinya yang semakin memerah.

“Stop it… tidur luar kang malam ni.” Violet mengugut, tak suka bila
digiat sebegitu oleh suaminya.

Daud mengangkat kedua belah tangannya. “Ok-ok… surrender. Mana boleh
tidur luar. Takde sayang nak peluk.” Daud menguatkan pelukannya lagi…
Violet tersenyum senang.

Sepi menghiasi ruang antara mereka seketika sebelum Violet bersuara kembali.

“Abang…”

“Hurmm…” si suami menyahut panggilan isteri tercinta.

“Antara banyak-banyak cerita cinta dekat muka bumi ni. Cerita cinta mana
paling abang suka? Romeo Juliet, Laila Majnun, Uda Dara… titanic?
hurmm, anyone else?” Sengaja Violet menyoal soalan tu. Randomly… saja
dia nak tahu.

Bibir Daud membentuk senyuman manis buat sang ratu hatinya…

“None of those.”

“Then? Tak akan tak ada langsung yang abang suka?” Violet pelik. Daud
cakap dia suka tengok cerita cinta tapi…

“Ada je yang abang suka?”

“Cerita apa?”

Laju Daud menjawab… “Cerita cinta kita.”

Violet tersenyum puas. Hah!

Kita tak perlu mengejar cinta kerana cinta itu akan datang dengan
sendirinya. Bukankah jodoh kita dah ditentukan beratus tahun lamanya
dulu sebelum kita sendiri wujud? Yakin dengan janjinya…
SELESAI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience