BAB 10

Romance Completed 763

Borang zakat yang berada dalam failnya dipegang kejap. Sungguh Violet
terlupa yang dia kena pos borang zakat ni pada abah minggu lepas. Tapi
dek kerana terlampau sibuk dengan kerja yang menimbum Violet terlupa terus
dengan borang ni. Nasib baik abah telefon tanya tentang borang tu, kalau
tidak memang sampai kesudahlah terperam saja borang tu dalam laci meja
belajarnya.

Pejabat pos dekat UiTM ni cuma ada satu sahaja. Itupun di Menara Sultan
Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Menara SAAS dalam kalangan
pelajar di sini. Dan bahagian yang paling best untuk Violet adalah… kena
naik bas! Benda yang paling Violet tak suka… tapi bas tu la yang banyak
berjasa untuk dia. Nak tak nak Violet kena redha sajalah setiap kali bas
ni bergerak dan dia terpaksa buka langkah kuda-kuda supaya tak jatuh.
Sigh.

Matanya memerhati keadaan sekeliling bas itu. Ada yang tengah berbalas
mesej, ada yang termenung sambil memandang ke luar tingkap, ada yang
berbual sesama sendiri, ada yang tidur… eh? Pun boleh ya tidur dalam
bas… Violet tersenyum sendiri.

Kemudian matanya memandang ke sebelah kirinya pula…

Violet teruja.

Dia!

Lelaki yang berkaca mata itu sedang khusyuk membaca buku yang berada di
tangannya sehinggakan tak sedar dirinya diperhatikan Violet .

Violet tak tahu nak bereaksi macam mana. Nak tegur ke? Cakap hai je kut?
Eh, macam perempuan tak tahu malu!

Violet terdiam… akhirnya Violet tak tegur. Usya dari jauh saja…

Alahai, sedih betul…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience