BAB 7

Romance Completed 763

Pashmina berlatarkan warna tanah diserikan lagi dengan corak bunga-bunga
berwarna kuning cair terletak elok di atas kepala Violet . Sesekali tangan
Violet membetulkan kedudukan pashmina itu agar lebih kemas.

Done…

Cantik! Bibir Violet tersenyum puas. Sumpah perasan…

“Ni nak ke mana pula? Tak sedar-sedar lagi ke yang esok kau ada test?”

Termati sekejap senyuman Violet . Potong betullah mak cik ni… baru nak
feel-feel Cinderella depan cermin.

“Sedar… dah baca buku dah tadi. Ni nak keluar kejap, pergi bayar
broadband aku. Dah tamat tempoh.”

Mija menganggukkan kepalanya, puas hati dengan jawapan Violet . Pandangan
matanya kembali fokus kepada buku financial accountingnya. Ketuk ketak
ketuk ketak! Macam nak terkeluar butang-butang kalkulator tu ditekannya.

Violet hanya memerhatikan Mija . “Dia ni kira akaun ke nak balas
dendam?” perlahan sahaja suara Violet mengutuk Mija .

Tapi…

“Kau cakap apa beb?”

Cis, dia dengarlah!

Violet menggaru pipinya… “Nothing. Ok, aku keluar dulu. Bye… apa-apa
nanti mesej je aku.”

“Bummm!” Pintu bilik mereka ditutup kuat. Mija mencebik sebaik sahaja
bayangan Violet hilang dari matanya...

“Ingat aku tak dengar apa kau cakap tadi, Violet ?” Matanya kembali fokus
kepada buku-buku dihadapannya.

Lima saat kemudian…

“Tak balance!! Stress!”

Bergema bilik 4A-04-14 dek jeritan Mija ... puaka sih. Siapa-siapa yang
pernah belajar subjek akaun ni mesti boleh faham perasaan bilamana akaun
yang kita kira setengah mati tak balance! Pergh, sumpah… macam nak
bakar buku tu buat BBQ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience