BAB 21

Romance Completed 763

Hari ini hari yang Violet nanti-nantikan. Wajah ceria rakan-rakan dan juga
dirinya sendiri dirakam di dalam kamera. Bergambar sakan mereka! Apa
taknya, usaha masing-masing sudah membuahkan hasil. Ingat senang
nak graduate on time? Kalau iman tak kuat, hati tak tetap boleh
terngadah tengah jalan. Berapa ramai rakan Violet yang lain tak habis
belajar… terpaksa extend sem dan sebagainya.

“Say cheese!”

“Cheeseee!!”

“Muka kau macam terkepit dengan pintu la Mat!” Achu menjerit. Gamat
suasana dengan gelak tawa mereka.

Violet menggelengkan kepala melihat teletah kawan-kawannya.
Itu jelah yang termampu pun. Kalau dia ada, mesti lagi berserikan
suasana. Violet tersenyum sendiri seketika. Kemanalah dia menghilang diri…

Kalaulah Violet tahu yang hari yang mereka berjumpa di foyer siswa tu
adalah hari terakhir Violet akan jumpa Daud … mesti Violet dah
berterus-terang dengan Daud kan? Yang dia pun sebenarnya dah lama
sukakan Daud . Tapi… kalau Violet berterus-terang masa tu rasa-rasanya Violet
akan berjaya macam hari ni ke? Entahlah… di luar kemampuan Violet untuk tahu.

Yang dia tahu hari ni, dia berjaya mencapai matlamatnya. Dia berjaya
menggenggam segulung ijazah ANC dan membuatkan kedua ibubapanya bangga
dengannya. Itu lebih penting dari rasa hatinya kan? Mungkin…

Seketika kemudian Violet meminta diri, sesi bergambar dengan kawan dah.
Sekarang dengan keluarga pula.

Violet tersenyum gembira, bila melihat mama dan abahnya tersenyum bangga.
Violet membuka selempang pinknya. Lalu disarungkan pada tubuh mamanya.

“Untuk mama.” Seraya tu Violet mencium pipi mamanya. Menitis air mata Puan
Naisa. Terharu dan bangga dengan kejayaan anaknya.

“Abah takde ke?” Encik Akhil sengaja menyoal Violet , sebenarnya dia tak
kisah pun bila Violet mendahulukan isterinya. Sungguh hati ayah mana tak
gembira melihat kejayaan anaknya.

“Abah kena take turn.” Ketawa mereka sekeluarga meletus. Ah, bahagianya!

“Jom ambil gambar buat kenangan.” Abah memberi arahan.

“Ala, bah… semua masuklah baru best. Adik pun nak masuk jugak.” Adik
atau namanya Adnin Firzana adik Violet memuncung mulut bila diberi arahan
untuk mengambil gambar. Mentang-mentanglah dia adik paling bongsu… bias!

“Habis tu kalau semua masuk siapa yang nak tolong ambikkan?” Aira
Fidzana pula bersuara. Yang ni kakak sulung Violet . Mereka cuma tiga
beradik dan ketiga-tiganya perempuan tiada lelaki.

Encik Akhil memandang sekeliling, kalau-kalau ada yang dia boleh minta
tolong untuk ambil gambar mereka sekeluarga. Tiba-tiba matanya tertancap
pada seorang pemuda berkaca mata yang berdiri tak jauh dari mereka
sedang mengambil gambar. Nampak macam dia seorang saja… terus Encik
Akhil mendapatkan lelaki tadi.

“Nak, pak cik nak minta tolong ambil gambar pak cik sekeluarga boleh?
Sekejap saja.” Encik Akhil memaniskan mukanya. Pemuda berkaca mata tu
tersenyum.

“Boleh pak cik.” Dia menyambut huluran DSLR dari tangan Encik Akhil.
Mereka terus bergerak menuju ke arah keluarga Violet berdiri.

“Ok, senyum semua… 3, 2, 1.” Pemuda tadi countdown. Klik! Klik!
Beberapa gambar Violet sekeluarga terpotret. Violet tersenyum gembira.
Nampak manis sangat wajahnya ketika itu.

“Cik, boleh saya ambil gambar dengan awak?”

Violet terdiam seketika, pelik dan ermmm… pelik? Apahal
tiba-tiba nak bergambar dengan dia mamat ni? Tahulah tadi abah minta
tolong dia… tapi dia bukan artis! Violet memandang abahnya.

“Err, abah saya…”

“Abah awak bagi punya.” Pemuda tadi memintas kata-kata Violet .

Lagilah Violet rasa pelik. Confident je cakap abah bagi… abah aku ke
abah dia ni?

“Abah ok je, tapi jaga jarak tu…” Encik Akhil memberi izin sekaligus
ingatan. Ingatan tu bahasa sopan. Bahasa kasar… amaran!

Violet tarik muka sikit… Apa abah ni? Suka-suka hati bagi dia tangkap
gambar dengan lelaki entah apa-apa…

Adik Violet si Adnin tu yang tukang ambil gambar. “Kak Violet senyumlah
sikit!” banyak songeh la budak ni. Violet memaniskan wajahnya yang tak
rela masa tu.

Tiba-tiba…

“Takkanlah, nak ambil gambar dengan bakal suami pun muka masam?”

Eh?

Violet yang tadi memandang ke hadapan straight sambil tersenyum terus
termati senyumannya. Terkejut gila dengar statement maut pemuda tadi.
Bakal suami? Like what?? Spontan kepalanya pusing memandang pemuda tu.

Klik!

Candid… nampak sweet pulak gambar tu.

“Ala, kak Violet . Kenapa kepala pusing. One more.”

Violet memandang depan semula. Dipaksa bibirnya mengukir senyuman paling
manis!

“Buang tebiat ke ha?” Sempat lagi Violet menyoal lelaki tu. Tapi riak
wajah yang tersenyum dikawal sehabis mungkin. Lelaki tadi ketawa. Tak
sangka itu respon Violet . Nampaknya Violet tak tahu dan tak kenal dia. Bukan
salah Violet kalau Violet tak cam dia. Memand penampilan dia dah sedikit
berubah. Tak sama macam dulu masa Violet kenal dia…

“Tak kenal saya?” Lelaki itu menanya Violet . Tapi muka maintain tengok
camera bila Adnin suruh ambil posing lain pulak. Si Adnin ni pun, satu
gambar cukuplah! Macam sengaja nak suruh dia ambil gambar dengan lelaki
gila ni banyak-banyak! Violet merungut dalam hati.

“Perlu ke nak kenal?”

“Sangat perlu.”

“Tak nak kenal.” Violet bantah.

“Kena kenal.”

“Kenapa?”

“Hanya Tuhan Yang Tahu.” Lelaki tadi menjawab selamba. Termati senyuman
Violet . Kepalanya pantas kalih memandang sang jejaka. Tak berkelip
matanya… de ja vu?

Pemuda tu pun turut sama memandang Violet . It is definately not de ja
vu. “Lagu kita… remember?”

Ting! Loceng berbunyi… loceng hati Violet .

Daud !

Violet masih tergamam. Macam mana boleh dia tak perasan ini Daud ? Buah
hati idaman dia… Ah, mana Violet nak kenal dia dah berubah. Daud nampak
lebih matang berbanding dulu. Nampak… nampak… lahi hensem? Aha, sangat.

Klikkk! Petikan kamera berbunyi. Another candid pictures… Adnin
sengih je tengok kakaknya dan bakal abang iparnya yang saling
bertenung mata. Nampaknya Kak Violet dah tahu…

Tiba-tiba, Daud melutut depan Violet yang tercengang, terkejut, terkedu…
ter apa lagi? Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Kotak baldu
berwarna ungu gelap… dibukanya dengan penuh cermat penutup kotak tu lalu
terserlah sebentuk cincin emas putih bertakhtakan berlian berwarna merah
hati…

“I’m not good with words, but still will you marry
me? Jadi soulmate saya… teman saya sampai waktu tua kita. Or maybe
be my angel in paradise? Till jannah…”

Daud melamar dia? Melamar Violet di hadapan keluarganya? Violet masih
berdiri macam patung dekat situ. Macam tak percaya… mimpi ke realiti ni?

Daud menambah kata. “Lagipun awak dah habis belajar kan? So there is
no barrier… mama dan abah awak setuju. Cuma tinggal tunggu jawapan
awak je.”

Violet masih tak bersuara. Violet as usual… bisu depan Daud ! Tapi matanya
dah berlinang dengan air mata. Terharu? Sangat!

“Violet , kaki saya dah lenguh ni… your answer?” Daud membisik perlahan…

Violet ketawa kecil. Ya… memang betul kata-kata Daud . Matlamatnya yang
dulu dah dicapainya. Jadi Violet kena ada matlamat baru. Matlamat untuk
jadi isteri yang solehah pula kali ni…mungkin?

Lagipun… mama dan abah dah bagi green light tak kan Violet nak bagi red
light? Lawan tauke namanya tu.

“Saya baru habis belajar… saya nak rehat dulu. Lepas tu baru buat
persiapan kahwin. Ok?”

Daud senyum lebar.

“I’ll consider that as a yes.” Cincin di tangannya Violet ambil… Violet
pun turut sama tersenyum. Semua yang ada di situ pun sama-sama tumpang
gembira! Dah macam drama melayu, bila pelajar-pelajar lain dan orang
lain menyaksikan ‘drama cinta’ mereka tu bertepuk tangan. Tapi ada Violet
kisah? Hati tengah bahagia ni…

Ah, sweetnya!! Abah nak kahwin jugak! Adnin dah menjerit dalam hati.

Macam chipsmore Daud ni… hilang bertahun lamanya. Tiba-tiba muncul
macam hantu dekat hari konvokesyennya. Kononnya berlakon tolong ambil
gambar untuk family Violet . Last-last proposed dia spontan masa tu.
Rupa-rupanya Daud dah sepakat dengan mama abah Violet sebelum tu lagi. Kak
long dengan adik pun tahu! Mereka subahat sekali, Violet speechless…

Macam mana Daud gula-gulakan abah yang garang tu pun Violet tak tahu!
Kalau mama Violet tak peliklah, hati mama tu lembut sikit. Nak-nak pula
nak dapat menantu hensem macam Daud tu lagilah mama suka.

Abah bagi can dekat mereka bercakap dari hati ke hati… itu pun dari jauh
mata tak lepas pandang anak daranya yang satu ni.

“Macam mana awak slow talk dengan abah saya? Abah saya tu garang tahu.”

Daud ketawa.

“Agaklah… memang garang pun macam anaknya.”

Ewah, mengutuk depan-depan nampak?

“Dah tahu garang kenapa melamar jadi isteri awak?” Violet mencebik. Benci!
Ala, benci-benci sayang.

“Yang garang tu yang saya nak tu… Ustaz Azhar Idrus cakap, perempuan
yang garang-garang ni bila dah kahwin manja.” Daud tarik sengih.

Nak tersembur ketawa Violet dengar ayat Daud . Bunyi macam gatal. Tapi
fakta tu!

Walaupun dah bertahun tak jumpa, Daud still the old Daud yang suka
berterus-terang yet very the macho man ok. Tu pada pandangan Violet la…
dia kan suka specky guy macam Daud . Ni tambah ada jambang sejemput kat
dagu tu… manis ok. Lagi gila bayanglah jadinya Violet . Tapi tak apa… tak
lama lagi jadi hubby dia.. Heee…

“Ingatkan dah lupa saya.” Violet bernada rendah. Dia ingatkan Daud cuma
bergurau dengan dia dulu. Tak serius pun… apa taknya. Lepas sahaja dia
mengaku suka Violet terus dia menghilang diri. Berhenti dari universiti.
Nak ditanya pada kawan-kawannya Violet segan… sekarang baru Violet tahu…
Daud dapat offer study dekat Singapura. Bidang yang dia minati… sebab
tu dia berhenti dekat sini.

“Tak ada depan mata tak bermakna dah lupa, tak contact tak bermakna
tak ingat, tak menjelma tak bermakna tak suka. Kalau dah nama awak
terpahat kukuh dekat hati saya ni. Mana boleh lupa… lari sampai ke bulan
pun saya patah balik datang sini jumpa awak.”

Violet tahan senyum… padahal dalam hati dah berbunga-bunga dengar ayat
jiwang kasih Daud .

“Abah setuju kalau hujung tahun ni kita langsung.”

Kening Violet terangkat sebelah.

“Abah?” Amboi, tangan tok kadi pun tak goncang lagi… dah panggil
abah? Kemain…

“Ala, practise make perfect. Tak la tersasul-sasul nanti. Kan sayang
kan? Ha, yang sayang tu kena start practise panggil awal-awal jugak.”

Violet mencebik.

“So?” Daud menyoal.

“Apa yang so?” Violet tanya balik.

“Tak nak practise panggil abang ke?” Daud menggiat.

Mata Violet membulat!

“Eh, pehlislah.”

Daud ketawa.

Bertarung dengan rasa hati sendiri bukanlah perkara yang mudah. Ingat
senang Violet nak cuba lupakan Daud sebelum ni? Sakit… tapi berbaloi Violet
simpan rasa cintanya selama ini. Memang betullah percaturan si-Dia yang
esa lebih indah… lebih bahagia. He is the best planner ever.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience