BAB 17

Romance Completed 763

Habis sahaja kelas ganti mereka tadi, mereka terus bergerak ke hentian
bas berhadapan Fakulti Sains Komputer. Tak sampai 5 minit, bas untuk ke
seksyen 7 sampai. Tak payah tunggu lama-lama macam selalu. Langkah kaki
kanan mereka hari ni.

Sebaik sahaja bas Rapid KL tu berhenti di hadapan mereka, Violet
terus teringatkan ‘hobi’ peliknya dulu. Hobi pelik yang sanggup naik bas
semata-mata kerana Daud tu Violet dah buang jauh-jauh. Sekarang dia naik
bas bukan sebab Daud tapi sebab diri dia sendiri.

“Violet kau order dulu.”

Snack plate di depan Violet dan Mija . Yaya pula cuma order
coeslow dan wedges tanpa cheese. On diet katanya… tapi berat
badan tak pernah nak susut pun. Geleng kepala... masing-masing diam.
Makanan depan mata, mana nak bunyi dah. Tapi… tapi!

Tiba-tiba…

“Violet !” Yaya yang duduk bersebelahan dengan Violet menyigung tangannya.

Violet mengangkat kepala memandang Yaya . Keningnya dijongketkan sedikit
membawa maksud ‘Apa?’

Mulutnya terjuih-juih ke arah belakang Mija yang ketika itu duduk
berhadapan dengan mereka. Mija yang pelik dengan reaksi Yaya turut sama
berpaling ke belakangnnya. 5 saat kemudian dia berpaling ke depan dengan
wajah excited yang tak berbelah bahagi.

“Tengoklah cepat!” Mija pula yang terlebih excited.

“Apa korang ni… macam bu…” Violet yang sedikit bengang terus mengangkat
kepalanya memandang ke belakang Mija . Termati terus katanya… tak sempat
nak habis ayat. Dia terdiam.

Gulpp… air liur tiba-tiba tersekat!

Dup dap dup dap dup dap! Jantung tiba-tiba berdegup laju.

Daud .

“Dia buat apa dekat sini?” Violet menyoal perlahan tiba-tiba tapi lebih
kepada menyoal dirinya sendiri.

Mija yang dengar suara halus Violet tu tolong jawabkan. “Eii, dah sah-sah
sini KFC tempat orang makan. Takkan dia nak belajar buat kek kat sini?
Tolong relevan sikit Violet . Please ok…”

Yaya gelak. Violet ? Tak ada reaksi langsung. Apa taknya, ingatkan senang
nak buang bayangan si Daud tu, tapi… susah juga rupanya. Bagai nak rak
dia elak jumpa Daud , sekali Daud datang tercangak depan matanya. Alahai,
kesian kau hati…

Mata Violet masih terpaku memandang Daud . Lama tak nampak… rindu? Sangat.
Tiba-tiba pandangan mereka bersatu ketika Daud secara tak sengaja
terpandang ke arah Violet . Agaknya Daud sedar dirinya diperhatikan.
Violet pulak cepat-cepat menundukkan pandangan
matanya. Cover, buat-buat makan padahal…

Cis, kantoi!

Mija tiba-tiba bangun nak ke tandas yang Yaya pulak… “Eh, kawan aku
la…” terus dia bangun tinggalkan Violet diri dekat situ. Violet mencebik.
Masa-masa ni la nak pergi tandas, masa-masa ni la terus jumpa kawan kan?
Ah, alasan!

“Hai.”

Violet mengangkat kepalanya.

Erkk…

Dia…

Daud !

Wajah tu tersenyum.

“Tumpang duduk boleh?” Daud menyoal.

“Tak boleh!” Pantas Violet menjawab. Dalam gugup tu sempat lagi…

“Kenapa ya tak boleh?”

“Kawan saya duduk situ.”

Daud ketawa. “Ok, kalau seat ni?” tempat duduk Yaya pula ditunjukkan.

Cepat-cepat Violet menggelengkan kepalanya. “Situ pun kawan saya duduk.”
Violet menjawab kalut.

Daud senyum saja. Alahai, cair hati Violet tengok senyuman dia ni. “Then,
this seat must be empty, right?” Tak sempat Violet nak cakap apa-apa, dia
terus menarik kerusi yang betul-betul berhadapan dengan Violet dan terus
duduk di situ. Violet terdiam terus.

Sepi sekejap antara mereka. Tak pernah dia bayangkan yang Daud akan
duduk di hadapannya seperti sekarang. Macam tengah mimpi pun ada Violet
rasa masa tu.

“Err, awak ingat saya tak?” Daud menyoal Violet .

Violet tunduk diam. Mustahil tak ingat! Sangat mustahil… siang malam Violet
ingat.

“Kita pernah satu LDK dan saya pernah offer seat saya pada awak dalam
bas hari tu. Saya pernah pinjam pen awak dekat PTAR dulu. Ingat tak?”

Violet masih lagi diam tak berkutik membiarkan Daud bercakap seorang diri.
Padahal dalam hati Violet dah jawab soalan Daud tu. Dia ingat… dia ingat
sangat! Masakan dia tak ingat buah hatinya yang dia puja secara
diam-diam tu.

Daud membetulkan duduknya di kerusi itu. Rasa pelik cakap sorang-sorang
dekat situ tapi dia akan terus bercakap selagi Violet tak bersuara. “Kalau
awak ingat lagilah, masa awal sem dulu awak pernah nyaris-nyaris nak
kena langgar dengan motor kan depan stadium? Tapi ada seorang lelaki
yang tarik awak ke tepi… awak ingat tak incident tu? Kalau awak ingat,
sayalah lelaki tu.”

Violet mengangkat kepalanya perlahan-lahan memandang Daud . Daud senyum
lega. Akhirnya, Violet pandang juga dia.

Kalaulah Daud tahu yang Violet sekalipun tak pernah lupakan detik-detik
yang Daud sebut tu… tak pernah lupa, tak pernah tak ingat. Semuanya
kukuh dalam ingatannya.

Kata hati… Violet inilah peluangnya. Berterus-terang dengan Daud yang
kau suka dia! Peluang macam ni jangan dilepaskan. Confess Violet …

Violet dah buka mulut… tapi tiba-tiba akal pula membantah. Jangan Violet !
Jangan berterus-terang dengan Daud . Kalau Daud tahu mungkin hubungan ni
akan pergi jauh. Nanti kau akan terbuai dengan mainan perasaan cinta.
Nanti pelajaran kau terabai! Kau ingatkan apa yang jadi dengan Noni? Kau
nak jadi macam dia?

Mulut Violet terkatup balik. Dia kembali berfikir mengikut akal bukan
mengikut kata hati. Orang cakap ikut rasa… binasa, ikut hati… mati! ikut
akal??

Ini jawapannya.

“Oo, ye ke? Saya tak ingat pun.”

Tipu!

Riak Daud sedikit berubah.

“Maaflah ye, awak nama apa?” sengaja Violet buat-buat tak tahu namanya.

“Daud … Ahmad Daud …” nadanya sedikit berubah ketika perkenalkan dirinya.
Tapi dirinya tetap kekal tenang. Dia ingatkan Violet ingat dia… nampaknya
dia silap.

Violet mengangguk perlahan.

“Daud , terima kasih tolong saya dulu. Saya kena balik dah ni.
Assalamualaikum.” Violet terus bangun meninggalkan Daud tanpa sempat pun
Daud menjawab salamnya.

“Waalaikummussalam.” Perlahan salam itu dijawab oleh Daud walaupun tuan
badan yang memberi salam tu sudah menjauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience