BAB 3

Romance Completed 763

Violet masih lagi dalam keadaan statiknya. Hari ni dia terasa masa
berjalan dengan lambat sangat! Lambat yang maha sangat lambat… boleh
bayangkan tak?

Mija dengan Yaya dah selamat dapat tempat duduk. Elok je dekat
belakang Violet dengan guy suara garau tu. Hurmm, dah nama pun lelaki
mestilah surau garau kan?

“Hai, untung la badan orang tu… taktik mengorat menjadi. Kan Yaya ?”

“Hurmmm, untung lerrr… ada pakwe hensem duduk sebelah.”

Itu dia… sesi keji mengeji, membalas dendam sudah bermula. Sumpah keji!
Violet mengetap kuat bibirnya. Tangan yang berada elok di atas kaki
digenggam kuat menahan sabar. Dah la maha kuat suara budak berdua tu.
Rasanya satu bas boleh dengar apa yang Mija dengan Yaya cakap masa tu.
Memang kurang asam!

Violet buat-buat tak dengar, walaupun telinga tu dah pedih dengar ayat
keji Mija dengan Yaya yang nampak sangat nak mengena dia.

“Err, awak… saya nak turun.”

Violet tersedar. Bila guy suara garau tu tegur dia, baru Violet perasan
bas tu dah berhenti depan kolej lelaki. Violet cepat-cepat bangun dari
kerusinya dan memberi laluan kepada lelaki tadi untuk turun. Sekali pun
Violet tak pandang muka dia. Takut!

Sebaik sahaja kelibat lelaki tadi menghilang. Violet menarik nafas lega…
terasa beban di bahu hilang. Pelik betul budak Violet ni…

Tanpa membuang masa Violet terus berkalih ke belakang. Bibirnya mengherot
ke tepi, matanya yang comel mengecil. “Korang memang saja nak kenakan
aku tadi ya? Syok la…?”

“Eh, mestilah syok!”

“Kurang asam…”

Mija dengan Yaya ketawa terbahak-bahak.

“Wei, apa kes kau duduk statik macam tugu negara tadi? Sumpah mamat
sebelah kau tu hensem beb. Hensem banyak dari atuk aku. Lain kali
buat-buatlah jatuhkan nombor telefon kau ke? Nak lagi drastik kau jatuh
terus je kat atas mamat tu. Tak tahu nak manfaatkan peluang yang ada.”
Mija menambah.

Violet mengetap bibir. Hampeh! Mentang-mentang dia tak ada pakwe.
Sedap je budak dua ni bahan dia. “Ingat aku ni perempuan gatal ke ha?
Saja-saja nak jatuh atas orang lelaki.”

“Violet … lauk ikan yang nyum nyum dah terhidang depan mata boleh kau buat
tak nampak? Memang dasar kau ni kucing yang tak bernafsu.” Yaya
punya turn pulak menambah api. Ada ke patut dia samakan lelaki tadi
dengan ikan yang nyum nyum?!

“Hoi!” kurang asam betul… Violet menampar tangan Yaya . Bahasa memang
kurang adab betul.

Makin galak Mija dengan Yaya mengusik Violet … Violet pulak tarik muncung
panjang. Ada ke patut dia samakan aku dengan kucing tak bernafsu!
Sungguh nak minta kaki dia ni.

Violet terus tersandar ke belakang, tangan dibawa ke dahi…
penatnya. Macam-macam betullah hari ni punya hal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience