BAB 14

Romance Completed 763

Kunci bilik dipulas perlahan. Penat bekejar ke sana ke mari belum
hilang. Macam ni rupanya rasa hidup dekat universiti. Penat…

Elok sahaja pintu biliknya terbuka… terbelik biji mata Violet
melihat keadaan bilik mereka. Berselerak! Macam dilanggar garuda.
Kemudian matanya menangkap kelibat Noni yang terperap di hujung bilik
sedang duduk memeluk kedua-dua belah kakinya.

“Noni?”

Noni tak menjawab panggilan Violet . Dia mengangkat kepalanya. Matanya
merah berair dek baru lepas menangis.

“Noni… kenapa ni?” Violet diburu rasa resah melihat keadaan teman
sebiliknya itu.

“Violet …..” mendayu sahaja suara Noni memanggilnya, diselangi dengan esak
tangis. “Dia… buat hal. Dia main kayu tiga. Dia tipu aku Violet .”

Dahi Violet berkerut seribu.

“Siapa?”

“Amar. Dia tinggalkan aku.” Esak tangis Noni semakin menjadi-jadi.

Baru Violet faham. Amar kekasih Noni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience