BAB 12

Romance Completed 763

Kejadian tiga hari lepas masih bermain segar di minda Violet . Membuatkan dia tersenyum simpul sendirian. Bayangan Daud yang mahu meminjam pen darinya seakan-akan tidak mahu hilang. Apakah Violet yang angau ni? Hah, sangat! Masakan hanya dengan sebatang pen bisa memandu dia menjadi laju, bak kata orang putih, drive her crazy! Sesuatu sangat perasaan ini.

Violet memerhatikan jam di tangannya. 10.15 pagi. Matanya melilau
memandang sekelilingnya… sepatutnya dia dah sampai sekarang ni. Tapi tak
ada pun? Violet mengeluh hampa… orang yang dinantikan tidak muncul tiba.

Tapi tak lama kemudian Violet tersenyum gembira balik. Kelibat orang yang
Violet tunggu-tunggu tu dah muncul bersama-sama kawannya. Tahu siapa yang
Violet tunggu tu?

Daud .

Bas yang ditunggu tiba tepat pada waktunya. Mereka berasakkan untuk
menaiki bas. Violet hanya memandang Daud dan kawannya menaiki bas manakala
dia mengikuti dari belakang. Tengok sajalah yang termampu, nak tegur?
Memang taklah Violet nak buat.

Kalau nak kira, ini bukan kali pertama Violet buat macam ni. Jadistalker
si Daud tu. Dah banyak kali tahu! Sampai satu tahap tu kawan Violet yang
si Mija tu naik bengang.

Violet ingat lagi masa Mija marah dia hari tu. Bukanlah Mija tu marah
sampai tahap nak tangan-tangankan si Violet ni tapi cuma nak sedarkan si
Violet ni saja yang tindakan dia tu pelik dan tak pernah dibuat orang!

“Gila betul…”

“Apa yang gila?”

“Kau la yang gila, gila!”

“Eh? Aku pulak? Kau yang tiba-tiba cakap sorang-sorang, aku pulak
yang dikaitkan dengan gila. Kau la yang gila, gila!”

“Huh…” Mija merengus perlahan. Bunyi macam penat tapi bukan sebab
study. Penat sebab fikirkan perangai sahabatnya yang sorang ni. “Kau
tau tak yang kau ni manusia pelik?”

“Sebab?” kening Violet terangkat sebelah.

Mija tayang muka menyampah. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu lagi
mau tanya? “Mana ada orang yang suka-suka tak ada tujuan naik bas
semata-mata nak usya crush dia. Dah la tu, kalau naik bas free aku
boleh consider lagi. Ni dah sah-sah kena bayar… kalau kau kumpul duit
seringgit yang kau bayar dekat bas Rapid tu aku rasa dah boleh buat beli
banglo sebiji tau.”

Ketawa Violet terhambur. Melampau betul analogi Mija ni. Ada ke lepas buat
beli rumah banglo? Kancil sebuah pun belum tentu lepas. Mija , Mija …

“Aku tak pelik tapi akulimited edition.” Violet sengih… gigi putih!
Gunalah Darley shinning white.

“Gila…” Mija terus bangun dari katilnya. Tombol pintu bilik dicapai,
makin dilayan Violet ni makin nak maki-maki dia rasa. Dah berbuih-buih
mulut dia, nasib baik buih putih saja yang tak keluar dari mulut dia tu
nasihatkan Violet supaya hentikanlah tabiat pelik dia ni. Tapi bak kata
orang melayu zaman dulu-dulu ibarat mencurah air ke daun keladi! Ais
krim keladi tak apa sedap boleh makan. Ini daun keladi, kalau gigit pahit!

“Eh, kau nak ke mana?”

Tangan Mija terhenti. Dia menghadap Violet dan dengan muka yang tak ada
perasaan, dia jawab…“Go die.”

“Ting!” bunyi loceng bas ditekan.

Violet tersedar dari teringatkan Mija . Ada orang yang mahu turun di
hentian selepas ni. Bila orang semakin berkurangan Daud dan kawannya
mengambil tempat duduk di hadapan manakala Violet duduk di belakang
sekali. Bas terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Mesti Mija dah tekanan layan perasaan angau dia yang tak bertempat tu.
To be truth… angan Violet ni bertempat sebenarnya. Tapi tempat tu yang
tak berapa nak kena. Dia angaukan orang yang memang sah-sah susah dia
nak dapat.

Violet pun tak tahu macam mana dia boleh jadi macam tu tapi yang pasti
semata-mata nak jumpa Daud , sanggup dia naik bas hari-hari. Gila tak
gila, terbang melayang juga la duit dia beringgit-ringgit sehari.

Violet ingat lagi, hari tu hujan lebat sangat. Pendek kata Violet yang baru
pulang dari Menara SAAS memang basah lencunlah! Sudahlah basah kuyup
kemudian kena tunggu bas lagi satu hal. Nak kena berhimpit dekat hentian
bas tu dengan pelajar-pelajar lain pun satu hal lagi. Alahai, penat betul…

Tiba-tiba…

“Daud , esok macam biasa ke?”

Daud ?

Macam kenal je nama tu! Ah, Violet kalau nama Daud je telinga tu
dengar semedang. Violet terus berpaling, ternampak kelibat Daud dengan
teman-temannya sedang berborak. Terus bercahaya muka si Violet . Terbang
melayang habis penat yang dia rasa tadi.

“Yup, dah dekat final kan? Aku ingat setiap selasa, rabu, khamis aku
nak stay dekat PTAR. Study… kalau dalam bilik alamat study atas
katil la jawabnya.” Mereka ketawa.

Violet yang curi-curi dengar perbualan mereka terangguk-angguk kepalanya.
Selasa, rabu, khamis… perlahan hatinya menyebut balik tarikh-tarikh tu.

Pukul? Violet tertanya-tanya.

“Macam waktu sekarang la, 3 petang lebih-lebih sikit ke. Depends…”
Daud menjawab.

Tersengih terus Violet , macam tau-tau je dia tengah tanya dalam hati
tadi. 3 petang ya? Right, deal!

Bas yang dinanti-nantikan muncul. Semua pelajr berebut-rebut mahu
menaiki bas. Ikutkan hati Violet pun nak berasak naik juga bas tu tapi dia
ternampak yang Daud dan kawannya tak nak naik bas pertama ni, diorang
malas nak jadi sardin dalam bas tu dan buat keputusan untuk tunggu bas
seterusnya. Violet pun ikut sama tak jadi naik bas tu, dia pun nak tunggu
bas yang seterusnya dengan Daud ! Walaupun masa tu Violet dah basah lencun
sampai bibir terketar-ketar menahan kesejukan. Tapi apa ada hal? Demi
kehendak hati yang nak naik bas sekali dengan lelaki idamannya, sanggup
dia berdiri kesejukkan dekat situ.

Seolah-olah dengan memandang Daud yang sedang ketawa bersama kawannya tu
sudah cukup untuk Violet rasa ‘panas’. Bibirnya tersenyum kecil…

Mulai saat itulah Violet sudah ada habit baru. Jadi stalker…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience