BAB 11

Romance Completed 763

Selesai sahaja urusan posnya, Violet terus keluar menuju ke perpustakaan
utama. Bukan selalu dia datang ke menara ni, sebab itu alang-alang dah
sampai ke sini dia masuk terus perpustakaan utama itu. Mentelaah buku
dekat sana bestlahjuga… feelingmacam budak universiti la sikit kan?

Violet memilih meja yang agak tersorok sedikit. Privasi sikit katanya…

Pen di tangan dipusing berkali-kali…

Buku yang terbuka luas hanya dipandang sipi…

Kata nak studi? Tapi kenapa minda asyik menerawang fikirkan benda lain
ni? Fikirkan si dia… Violet mengeluh perlahan.

Violet fokus! Datang sini nak studi bukan nak menggatal! Kata hatinya cuba
menyedarkan dirinya dari terus terbuai-buai dengan perasaan yang baru
menjelma dalam hatinya.

Buku dicapai semula… minda cuba difokuskan.

Tapi!

Tiba-tiba…

“Assalamualaikum… boleh saya pinjam pen biru sekejap tak?”

Violet mengangkat wajahnya.

Ting!

Loceng dalam hatinya berbunyi…

Ting…

Ting!

TING!

Makin kuat.

“Boleh tak?”

Violet tersentak… “Err, boleh-boleh. Gunalah.”

Lelaki itu tersenyum.

Violet dah tak tentu arah… UiTM ni dah semakin mengecil ke? Kenapa Violet
kerap sangat berjumpa dengan dia?

Tahu tak setiap kali berjumpa dengan dia, setiap kali terpandang wajah
dia… jantung Violet berdegup laju dari kadar biasa? Setiap kali tu pula
mesti Violet rasa gelisah!

Ya ALLAH…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience