BAB 6

Romance Completed 763

“Violet Nuriani.”

“Ya, saya!”

Violet yang baru melabuhkan punggung di kerusinya terus bangun berdiri
tegak! Spontan.

Fasilitator tu ketawa kecil melihat cara Violet menyahut
panggilannya dengan penuh semangat. Bahu Violet naik turun, nampak sangat
yang dia sedang bergelut menyedut oksigen! Penat berlari ke fakulti
punya pasal la ni… kan dia bangun lambat. Semua orang dalam kumpulan dia
dah sampai sebelum jam 8.30 pagi lagi. dia? Pukul 9.15 pagi. Awal kan?
Awal ke belakang.

“Tarik nafas dulu. Jangan kelam-kabut. Saya tak kisah awak
datang lambat. Saya ok je.”

Macam tak percaya saja dengan apa yang dia baru dengar.
Perghh! Baik gila fasilitator ni. Memang mantaplah! Violet terus menarik
nafas lega. Dia kembali duduk di tempatnya.

Tapi baru sekerat tarik nafas lega…

“Ok, sebagai denda awak lambat. Awak kena sebut satu persatu nama ahli
kumpulan awak. Bermula dari kawan kita yang duduk disebelah saya ni.
Mereka semua akan sebut sekali sahaja nama mereka dan awak kena hafal.
Boleh cik Violet ?”

Nafas terputus tengah jalan balik, tak sempat nak tarik! Gilalah! Ada 24
orang kut dalam bilik ni. Mahu terteleng kepala dia nak ingat satu
persatu nama ahli kumpulan dia. Cis, memang fasilitator ni saja nak
mengena dia. Baru je tadi puji dia cool, baik hati, mantap! Ah, tarik
balik! TARIK BALIK! Tak jadi puji. Huh.

Violet tak pernah jadi setekun ni seumur hidupnya. Tak pernah!
Dia pasang telinga sehabis daya. Otak dikerah hebat untuk mengingati
nama setiap ahli kumpulannya.

Seorang demi seorang Violet sebut nama mereka… lancar macam guna
minyak petrol ron 97, laju! Tapi…tiba pada orang yang terakhir.

Jem! Jem!

Aiseh, time-time ni pulak dia lupa… apa nama dia
ni? Think Violet … think!

Violet panik. Habislah aku kali ni… memang jadi masak lemak cili api la
aku dengan fasilitator ni. Hati dia berdesis risau.

Ketika Violet mengangkat wajah memandang ahli kumpulannya yang terakhir
tu, dia seolah-olah menunjukkan sesuatu pada Violet . Violet mengerutkan
dahinya… tak faham. Ahli kumpulannya itu seolah-olah menunjukkan sesuatu
pada tapak tangannya. Dia berlakon seolah-olah tengah mengelap peluh.
Tapak tangannya didedahkan sedikit pada Violet .

“So, cik Violet ? Apa nama dia?” Fasilitator tadi mencelah.

Violet yang tengah merenung tapak tangan orang tadi tersentak sedikit. “Err…”

Apa nama dia ni? Dia tulis apa? Tak nampak wei! Hati Violet menjerit lagi…

Ahli kumpulan Violet tadi sedaya upaya membantu Violet … dia membuat gaya
tengah menguap pula. Gaya lap peluh tak berkesan. Cara lain pula yang
dia praktikkan. Belakang tapak tangan dibawa ke mulut konon beradab la
tu menguap tutup mulut. Padahal, tapak tangannya terdedah luas pada Violet .

Gotcha!

Bibir Violet tersenyum lebar.

“Ahmad Daud !”

Violet bersuara dengan lantang dan penuh keyakinannya.

“Good… quite strong memories you have, miss Violet .”

Violet tersenyum bangga. Hidung kembang kempis tak hengat!

“By the way… nice try to help her, Daud .”

Banggg!

Macam orang baling batu atas kepala Violet rasa. Fasilitator tu nampaklah!
Kantoi sudah. Daud hanya mampu tersengih sahaja. Violet ? Hidungnya dah
menguncup balik. Tak jadi nak bangga dah. Kantoi terang-terangan kut.

Sigh…

Benarlah kata orang yang malang kalau dah menimpa memang tak berbau kan? Memang tak kasi signal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience